Sabtu, Jun 22

Insiden kejar selebriti

Lepas balik daripada kampung, kisah ni lepas balik cuti berhari raya la kan. Kami ke rumah abang ipar kiranya abang kepada suami saya la kat area Bukit Subang yang bersebelahan dengan Denai Alam sebab nak bagi kiriman dari kampung berupa ketupat palas, mangga muda dan kuih bahulu. 

Siap beraya la dengan keluarga abang ipar yang tak balik beraya sebab seorang anaknya exam ACCA. Kiranya sepupu Dania la. ACCA ni bukan kira raya ke apa sebabnya paper all the way dari UK. Ni Dania beraya dengan sepupu Dania nama Adam Hariez. Sekarang ni senyap je tak cakap apa tapi masa kecik-kecik dulu kemain geng lagi. Malu la sebab masing-masing Adam Tingkatan 2 dan Dania Tingkatan 3 tapi masa kecik-kecik Adam kata Dania ni girlfriend dia. Tak nak tukar girlfriend dah. Kak ipar cakap hey...Dania tu tua setahun. Masa tu mana nak fahamnya. Masih kecik lagi kan?. 😃😃😃


Sebelum tu boleh tengok keakraban Dania dengan Adam ni. Boleh geng sebab beza mereka setahun je kot. Masa ni Dania berambut panjang. 

Kat pangkin rumah kat kampung Tok Wan Dania dan Adam. 


Ni tidur betul ke tidur sesaje?


Kemain geng eh?. 


Gaya angkat kaki sebelah. Gaya flamingo agaknya...😂😂😂 


Main masak-masak. Habis la bunga Tok Wan jadi mangsa. 


Ok lah sedikit perkongsian mengimbau Adam dan Dania masa kecik. Ok lepas tu kan lepas beraya rumah abag ipar, kami pun dalam perjalanan nak balik.

Tiba-tiba....

Suami ternampak motor vespa putih depan kami. Suami kata tu motor Amy Search. Jangan tak tahu suami saya follow Instagram Amy Search. 😄😄😄. Saya mengapi-apikan suruh ikut je vespa Amy Search. Isteri pun sporting kauuu....👻👻👻

Vespa Amy Search berhenti depan 7 11 kemudian saya masuk dalam 7 11 terus panggil nama Amy sebab suami nak ambik gambar. Entah la siapa yang excited sebenarnya. Amy dengan singlet yang berpeluh dengan sepasang selipar Jepun macam muka musykil. Saya kata dengan yang jaga kaunter 7 11. You kenal ke? Penyanyi famous ni. Dia kata 'I know'. So yerp....ambik gambar. Dalam gambar ni boleh nampak suami macam terkedu bergambar sebelah penyanyi legend. Isabella adalah......𝅘𝅥𝅘𝅥𝅮𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅰𝅘𝅥𝅱𝅘𝅥𝅲𝆔𝆕. So lepas tu kami pun keluar dari 7 11. Saya tanya Amy tinggal kat Denai Alam ke?. Amy kata ya. Bila nampak kami nak naik kereta dah, Amy kata Selamat Hari Raya!. Yayyyyyy....saya pesan dengan suami haaa tak payah basuh tangan sebab suami ada salam Amy...😆😆😆.

Wahhhh serius Raya kami macam wow!. Anak-anak zaman sekarang ni tak berapa kenal la Amy Search tapi zaman suami dan saya memang kenal sangat. Nak nak lagu Isabella, Fantasia Bulan Madu, Pawana, Kejora, Meniti Titian Usang, Rozana.....


Lupa pula nak buat video Amy cakap Phewiiitttt....



13 ulasan:

  1. hehe, bagus yer,seronok kalau suami isteri sporting kan, syok kan dapat jumpa artis yang kita minat. Amy pun rileks jer kan, layan korang nak amik gambar sama. Anak-anak memang tak kenal Amy Search sebab zaman diorg artis muda2 jer diorg minat..

    BalasPadam
  2. Comelnya tiga orang tuuu hahahaha sempat kan amy search sempoi je pakaian dia. Airah pun pernah jumpa dia juga tapi tak ingat dekat mana

    BalasPadam
  3. Ala anak akak tu pun dah boleh jadi selebriti hehehehe bestnya dapat bergambar dengan Amy Search memang lagend giler pakai singlet jer keluar heheheheh kita tak ada jumpa artis kat luar selalu kat event jer wakakakaka...

    BalasPadam
  4. Kemain ya, sampai ikut ke 7 11. Yelahh, kalau betul2 minat mmg sanggup je ikut. Sy kalau nampak Siti pon rasa mcm xkeruan dibuatnya. Hahahaha. Anyway, lain betul muka dania masa kecik yer.

    BalasPadam
  5. Rawlins pun sejenis kegigihan jika nampak my fave artist. Haha.
    Kalau buat video tu mesti lagi best ye tak.
    Feewit!

    BalasPadam
  6. Betul² sempoi ni. Hahaha. Kejar sampai dapat. Dapat salam amy search, sampai sayang nak basuh tangan

    BalasPadam
  7. Tudiaaa semangat kejar. Hehe. Kita pernah jumpa Amy sekali masa kat Mekah, masa buat umrah. Jauh betul ke sana terserempak ngan dia. hehe

    BalasPadam
  8. Wah.. syoknya suami dapat jumpa amy search depan-depan.. tapi nampak isteri pun excited terlebih gak ni.. hehehehe.. tapi mesti suami rasa happy giler isteri sanggup follow apa yang dia minat kan.. yess

    BalasPadam
  9. semangatnya kejar artis, betul2 minat Amy Search ni. btw comel je gambar Adam dan Dania kecil2 dulu. Semoga result ACCA cemerlang atas usaha yang diberikan

    BalasPadam
  10. Pewwwiiitttt...amy search la.. Sanggup tu kejar amy smpai dpt...hehehe.. Wawa pun peminat amy search... Lagu2 dia menggamit kenangan betul sampai skrg berhantu..

    BalasPadam
  11. sempoi habis amy search and you guys siap kejar lagi. but bila think back if kita ni memang minat dan sokong minat pasangan... kita akan bagi depa semangat lagi kan.. yala bukan senang nak jumpa.. anak2 bila besar mcm kita la jugak.. dulu geng, now sepiiii ja.. hahahaa

    BalasPadam
  12. wahhhh bestnya dapat jumpa amy search! Sempoi je dia kat luar ea. Dulu pernah jumpa dekat konsert NOAH, dia datang sebab dia minat. Tapi dia taknak bergambar sebab dia singgah kejap je.

    BalasPadam
  13. HAHAHHA alaa comel je si amy dgn singlet tu hahaha adoi terbaek la kak! sy pnh jmp dia jg 1 majlis mmg humble n friendly amy search ni :) suke!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lamanya nak tunggu buku Teme Abdullah

Lama betul nak tunggu buku dari Iman Publication pembelian dari My Siswa Place. Akhirnya dapat juga akhirnya setelah order dari 1 November 2...