My IG Post

Hello eznakhalili.com readers!!

Nuff

Kisah Raya Saya 1

Sebelum tu, terlupa nak masukkan gambar2 ni yang sempat snap sebelum bertolak ke Kedah dari Ipoh. Sangat cantik pulak bagi saya background belakang ni. Walau bangunan dimamah usia tetapi ada nilai tersendiri. Alaa depan MU Hotel je ni. 

Gambar berdua jangan dilupa ya...😛😛😛


Gambar Dania pulak. 


Kat Kedah pula selalunya kami akan menginap kat sini. Ada yang tanya kenapa menginap kat hotel? Kenapa tak menginap rumah mak ke adik beradik ke?. 

Dulu, masa arwah mak (ibu mertua) masih ada, memang la menginap kat rumah mak tetapi semenjak mak mertua pun dah meninggal, memang menginap kat hotel je sebab kalau menginap kat rumah kakak ipar nak kena jaga batas aurat pula. Haaa part ni yang paling malas sebab nak kena pakai tudung siang malam sebab ada abang ipar dan anak saudara. Kalau dalam bilik bukak tudung la kan. Saya kalau kat rumah memang nak selesa je. Dengan ada anak dara seorang ni pun kena jaga aurat juga. Jadinya biarlah kami tidur hotel ajer. 

Boleh ajer nak tidur rumah adik beradik. Ada je yang tak kisah pun. Berbalik pada keselesaan masing-masing la kan? Saya dan suami both dah takde ibu dan ayah. 😢😢😢. 


Setiap pagi ni lah coffee house dia. Cafe Tepi Bendang. 


Hari kedua boleh pula terserempak dengan jiran yang menginap hotel yang sama. 


Kat Kedah ni selalu memang akan ke kampung belah suami. Mak dah takde jadinya rumah pusaka bagi orang sewa. Terletak betul-betul kat tepi sawah. Ni tangga rumah pusaka arwah mak mertua saya la ni. 


Sawah padi tapi takde padinya. Belum tanam lagi padi belah sini. Dania bergaya dengan baju kebaya batik. 


Ni lapis macamana pun tak tahu. Kiranya mak2 mereka ni anak saudara suami. Adakah mereka ni anak saudara Dania?. Adeh memang fail la kalau dah banyak peringkat ni. Tak tahu pertalian sungguh la. 


Dania dulu geng dengan Awatif ni. Sikit2 balik kampung tanya mana Awatif. 


Awatif dan Dania dulu-dulu. Dania tua setahun dari Awatif. 


Ok kali ni Dania dengan salah seorang pelajar terbaik SPM Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Ayah dia dulu guru kat sekolah Dania kat Putrajaya. SMK Putrajaya Presint 18 (1). Ayah Rahil ni kiranya anak saudara suami. Sempat lagi saya tanya tips cara belajar dengan Rahil. Sibuk je kan? Tapi....saya memang suka menanya. Bakal geologist. Berjaya sambung ambil International Baccalaureate kat Kolej Mara Banting pada tahun ini. Cita-cita nak sambung kat Amerika. 


Ni gambar kakak ipar saya. Tudung ungu tu kakak suami saya. Kakak ipar suruh singgah rumah sebelum kami ke destinasi seterusnya. Singgah sebab kakak ipar nak kirim bahulu, mangga dan ketupat palas kat abang ipar kat Shah Alam. Suami anak bongsu jadi merasalah saya ada kakak dan abang-abang sebab saya anak sulung. Masa balik kampung ni 3 kali kot singgah rumah kakak ipar. Rumah kakak ipar tepi sawah. Permandangan memang cantik la. 


Nanti kita sambung pula ke destinasi seterusnya ya....transit kejap sebelum balik rumah. 


Comments

  1. ezz..skirt u cantik!!! u beli kat ig kan? i berkenan gak tapi rasa mahal hahahha

    ReplyDelete
  2. Baru perasan ada gambar kita kat sini hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Rahil. Terima kasih datang sini. Hehehe

      Delete

Post a Comment

Translate

Popular Posts