Jumaat, Jun 28

Garnier....berseri Aidilfitri dengannya

Kempen Serikan Diri Di Aidilfitri dengan rakan kerjasama TechForGood program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). Ia adalah inisiatif meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi. Sejak penubuhannya pada tahun 2019, TechFroGood telah membantu seramai 500 orang ahli. 

Kempen yang diadakan di Mydin USJ, Garnier Malaysia mengumumkan kolaborasi dengan Mydin akan memberi manfaat kepada TechForGood.

1. Setiap produk Garnier yang dijual di Mydin pada bulan Ramadan, 20 sen akan disumbangkan kepada program. 

2. Bagi setiap perbelanjaan RM30 ke atas untuk produk Garnier, semasa roadshow MYDIN 24 - 30 Jun 2019, pembeli akan menerima beg tote buatan tangan atau pouch yang boleh diguna semula yang dijahit oleh wanita di bawah program ini.  

Sempena dengan kempen ini, barisan selebriti yang turut sama menyokong ialah seperti Shafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azira Shafinaz. Ketiga mereka akan muncul dalam drama bersiri mini di TV3 bertajuk Serikan Hatimu. You alls dah menoton ke belum?. Nanti saya bagi link. 

Ni lah diantara gambar-gambar yang sempat saya abadikan. 


Pengacara majlis pada hari tersebut. Si cantik manis Nisa Kay. 


Pengurus pemasaran Garnier Malaysia, En. Ian Cheng.



Pengarah urusan Mydin bersama isteri beserta barisan para artis juga Cik Deborah Melissa Bottreau, presiden GEMA. 


Agak-agak saya fokus kat siapa?. 


Kita fokus kat kasut pula. 


Bila artis undangan dijemput naik ke pentas. 
Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azira Shafinaz. 


Presiden Gema, Cik Deborah Melissa Bottreau. 


Pengacara 3R, Yuen pun turut hadir. 


 

 Dah menonton drama bersiri mini Serikan Hatimu? Click je link kat bawah ni. 





Last but not least.....😃😃😃


Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kempen Serikan Diri di  Aidilfitri sila layari

17 ulasan:

  1. Garnier ni memang one of trusted brand kan. Dah lama di pasaran and memang ramai yg pakai & sesuai. Tudia... dia punya last but not least... Hehehe

    BalasPadam
  2. khai memang pakai Garnier juga! cumanya depend on product. tak sempat nak ke event ni aritu kalau tak boleh je gi sebab dapat last minute invitation. btw sampai kasut capik pun stalk ya hahah

    BalasPadam
  3. Kenapa fokus kasut? Haha ramai artis yang menjayakan sama produk Garnier ni. Saya ada pakai salah satu produk ni. Suka yang mask tu. Mydin takde la kat tempat saya. Kalau tak boleh join membeli rm30

    BalasPadam
  4. Hahaha..sempat kak ezna snap kasut dia ya..memang style pakai ngn baju melayu..hihi..anyway suka produk garnier ni..memang sesuai dengan kulit saya juga..

    BalasPadam
  5. Produk garnier ni mmg ada pakai juga..trusted product for a years..wahhh syafiq gan amylia jd duta kah...ni sure sbb penangan drama nur diorg hihi

    BalasPadam
  6. menarik event ni dan menarik juga bila banyak gambar yang fokus pada syafiq kyle. haha. mak & adik beradik saya gunakan banyak produk garnier. apa2 pun terima kasih share ;)

    BalasPadam
  7. Ramai artis turun memeriahkan event garnier berseri, Alhamdulillah... rugi saya tak pergi, ada komitment lain.. InsyaAllah next event boleh pergi

    BalasPadam
  8. Ingat Syafiq Kyle guna Garnier heheheheh rupanya ada drama bersiri produk ni ok lah baru plan nak guna hehehehe seronoknya dapat jumpa artis yang popular juga tu hehehe...

    BalasPadam
  9. Dpat jemputan ni, tapi tak dapt pergi..ade komitmen lain.nad pakai makeup remover garnier..best..produk garnier ada yang best tapi ikut kulit muka..

    BalasPadam
  10. Amboi. Nie event syafiq kyle ke garnier? Haha. Banyak gambar Syafiq.
    Rawlins pun tertengok je gambar Syafiq nie.

    BalasPadam
  11. Mestilah focus dekat yang handsome kan? Hahahahah. Gambar last tu dah macam paparazzi betul tu Ezna 😂 So far Nad tak pernah guna lagi produk Garnier.

    BalasPadam
  12. Amboi fokus kat kasut. Hahaha. Bagusnya Garnier buat sumbangan macam ni.

    BalasPadam
  13. Amboi zoom dekat Syafiq Kyle je eh, ni memang betul2 crush kat dia ni. Lama betul tal guna produk Garnier.

    BalasPadam
  14. Gambar last tu kemain hahahahha. Tapi kalau saya pun, memang ambik gmbar curi curi jugak :p Fadzi tak pernha lagi cuba produk produk garnier. Nanti boleh cuba jugak lah

    BalasPadam
  15. There is no doubt that Garnier is one of the more trusted facial brand in our country. Glad to know that they are doing such campaign.

    BalasPadam
  16. Produk Garnier ni dah lama juga berada dalam pasaran kan.. Dah lama juga la orang menggunakan produk ni.
    Bagus juga ada sumbangan amal kan. Setiap pembelian akan didermakan..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...