Jumaat, Jun 28

Insiden yang mendebarkan

Semalam masa balik dari event dan nak balik ambik Dania kat sekolah jadinya melalui jalan Sungai Besi. Kat area depan Astro tu ada laluan ke Kajang jadi saya ambik laluan tu. Bila tiba je laluan yang bertembung dengan highway Sg Besi saya nampak polis, ambulan kat situ dan nampak ada seorang lelaki terbaring dengan kasut hitam dan payung kat kepala. Dalam hati saya cakap kalau dia meninggal, saya sedekahkan Al Fatihah jika yang meninggal tu orang Islam. 

Malamnya saya google sekali ini yang saya jumpa....

Kredit : sini

Memang exactly ada payung kat kepala dan pakai kasut hitam. 

Berita selanjutnya boleh la baca kat link atas ye. 

Memang saya tak boleh la tengok benda-benda macam ni mesti teringat-ingat. Nasib baik tak teringat-ingat berhari-hari kan?. 😩😩😩

Berhati-hatilah semasa memandu tu. Ingat la ada yang tersayang tunggu kat rumah tu. Sebelum memulakan perjalanan tu bacalah doa menaiki kenderaan. Moga kita semua dilindungi. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kuliah Dhuha Ustazah Asma' Harun

Selesai breakfast dan menghantar Dania ke ICM, saya pun menuju ke rumah.  Dah masuk pintu ni saya pun beredar.  Saya ada bagitau hubby ada c...