Rabu, Jun 26

Kisah Raya Saya Part 2

Alkisahnya perjalanan kami dari Alor Setar ke Cameron Highland berjalan lancar. Trafik kalau nak teruk pun bila tiba area Pulau Pinang tapi nampaknya aliran trafik sangat tenang pada 8 Jun 2019 tu. Ada la sekali ke dua kali berhenti rehat sebelum memulakan perjalanan. 

Kami tiba di Cameron Highland dalam jam 5.30 petang. Check in je Avillion Hotel Cameron Highland rasa best tengok bilik dengan 2 bilik tidur ni. Luas macam apartment je. Ruang tamu tu untuk kami bertiga ni memang selesa sangat. 


Ni bilik mandi kat bilik Dania. 


Bilik Dania katil twin. Dania macam cuak jugak sebab ada 2 katil ni jadinya saya suruh letak je beg kat katil lagi satu. 


Ni bilik saya dan suami. 


Depan katil ada tempat sangkut baju. 


Kat ruang tamu ada beranda. 


Ada juga sinki dan tempat buat air kat sini. 


Petang tu kami pun pergi jalan-jalan area sini. Niat tu nak pergi minum minuman panas. Tersinggah kedai Arab ni dan order la minuman panas beserta sup cicah roti. Roti pula jenis keras ala ala popedom tu. Nampak pelik tapi bila cicah sup cendawan....eh sedap pulak...


Berdekatan dengan Avillion ni ada banyak tempat makan. Ni baru nak pergi ke tempat makan setelah singgah minum petang. 


Singgah makan tomyam panas-panas kat sini. Lupa nama kedainya tapi lauk pauknya sedap belaka. 


Sebelah kedai makan tu kebetulan ada pasar masal. Bukan kat tempat pasar malam brinchang tu. Ni within walking distance je dari Avillion kat Tanah Rata. 

Balik hotel je berehat je la. Nak singgah pasar malam famous pun macam malas sebab bukannya dekat sangat dari sini. Lepas je dalam bilik malam ni. Esok la pun kalau nak pergi mana-mana. 

Haa tempat mana kami pergi tu? Sambung entry selepas ni ye....😘😘😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...