Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, December 29

Korea Day 3

Pagi, normally makan kat hotel ajer. Makan yang mana halal ajer. Ada je makanan yang tak halal yang dihidangkan. 


Pagi ni ramai pulak turun makan awal. 


Boleh juga kalau nak makan kat sini. 


Pisang ni memang memanjang je ambik sebab energy booster pepagi ni. 


Salad ni pun saya makan. 


Dania makan cornflakes dia. 


Kimchi setiap masa mesti ada. 


Tauhu. 


Sayur-sayuran. 


Ini berasaskan kobis jugak ni. 


Nasi goreng sayur ni memang saya ambik. 


Aneka sup. 



Cafe yang operate ni Caffe Bene. Macam ada kat Malaysia ajer. 


Lepas makan kita kena letak pinggan dan cawan kat sini tau. Ada je yang tak tahu tak kemas pun. Letak je atas meja. Kena la bebel dengan makcik kat cafe ni. Hehehe. Lebihan makanan kena siap-siap buang dalam tong sampah. 


Reception hotel ni kecik ajer. 


Ni hotel yang kami menginap tu. Malam-malam tak nampak hotel ni. Siang baru nampak hotel ni. 


Lawatan pertama ke Red Pine. 


Dalam Red Pine ni tak boleh ambik gambar. Kat sini jual makanan tambahan untuk membuang lapisan di saluran darah. Saya tak beli pun sebab 2 kotak pun dah beratus ringgit. Penerangan diberikan oleh orang Malaysia tau. Orang Penang yang bekerja di sini selepas grad. Dia dulu lepas grad Uni kat Korea try apply kerja kemudian dapat pulak. Perempuan tau...


Kami akan meneruskan perjalanan ke Bukchon Hanok Village. Perkampungan orang Korea yang lama. In the mean time kami lalu kat rumah presiden Korea. Di bawah bukit tu rumah presiden Korea. Dikenali dengan Blue House President. Tour guide kata sekeliling kawasan rumah presiden ni ada sniper. Kalau kita bertindak mencurigakan, silap2 haribulan kena tembak. 


Okay dah tiba dah kawasan perumahan lama di Bukchon Hanok Village. Ada nampak orang pakai bib warna kuning yang tertera Please Be Quiet. 


Kami dinasihatkan untuk mengawal suara. Tak membuat bising sebab memang ada orang tinggal kat kawasan ni. 


Sebenarnya kawasan ni tak mengalu-alukan kedatangan pelancong tapi tour guide kata walaubagaimanapun dia pun tetap membawa pelancong ke kawasan ni 😆😆😆 Perumahan sini sejak zaman dahulukala tau. Lebih daripada 100 tahun usia rumahnya. Ada juga shooting Winter Sonata kat sini masa siri 1 ketika Yoo Jin dan Jun Sang bersekolah. 


Credit : Youtube

Jom ambik gambar satu family dulu sebelum jalan. 


Kat pintu rumah kawasan ni pun ada suruh senyap. Masa datang sini ada group budak-budak sekolah dari Korea. Bisingnya la. Nyanyi kuat-kuat lagu Korea. Padehal dorang faham kan bahasa Korea kata suruh senyap....Pelancong Malaysia ni yang bersopan santun. 


Cantik sungguh rumah-rumah kat sini. Cuaca pun baik. 


Dania kat depan rumah orang ni. Tengah ambik gambar dia keluar. Muka cam masam je. 


Ummi dan ayah pulak la. 


Kawasan ni takde orang. Cepat-cepat saya pose kat sini. 


Dania kat tembok yang cantik ni. 


Laluan kawasan ni sempit ajer. Tak banyak kereta pun. Kereta mereka park kat mana pun tak tahu. 


Lepas tu kami ke National Folk Museum. 

Me and you....


Kalau mereka yang berminat dengan sejarah Korea boleh masuk dalam ni. 


Ada matahari tapi anginnya sejuk. Cantik sangat permandangan kat sini. 


Ambik gambar family dengan tiang yang banyak ni sangat cantik. Kalau datang sini wajib ambik gambar kat sini ye. Ni kat Gyeongbok Palace. Sebelah ajer dengan National Folk Museum. 


Ni gambar kat tiang lagi. Sangat cantik ukiran kat bumbung ni. 


Ni ukiran close up bumbung. Memang ada ciri ukiran negara China kat sini. 


Tempat ni cantik. Kena cepat-cepat kalau nak pose kat sini. 


Ambik gambar dengan pelancong dari Taiwan yang pakai Hanbok. 


Bumbung bangunan ni macam sama je kat Beijing. 


Lepas lawatan ke Gyeongbok Palace, kami menikmati makan tengahari di Hisbiscus. Restoran makanan halal di Seoul. 


Makanan ni macam asam pedas Korea. Tak sama sangat la rasanya macam asam pedas kat Malaysia. Ni asam pedas ayam. 


Ni lauk sampingan. Ada ikan bilis, makaroni. 


Kimchi dan timun. 


Restaurant ni selesa sangat. Ada juga group dari Singapura makan kat sini. 


Nampak tak orang Arab yang keluar pintu tu?. Dia pandai cakap Bahasa Malaysia sebab kahwin dengan orang Sg. Petani. Nanti nak buka restoran kat Sg. Petani. Nak kena serbu ni. Hehe. 



Halal Kerajaan Malaysia?. Wahhhh....


Ada kawasan yang disediakan untuk solat. Kena take turns la sebab kawasan tak luas. 


Ni lah nama Restaurant ni. Hisbiscus. 


Salah satu Tourist Restaurant juga di Seoul ni. 


Muslim Friendly Restaurant. 


Dania dengan Abang Hamzah all the way dari Dungun, Terengganu. Apa lagi ummi cerita la yang ummi pernah belajar dekat UITM Dungun tu. Memang dekat dengan rumah Abang Hamzah ni. Hamzah ni 16 tahun. Dania 14 tahun. 


Mari kita buat Kimchi....


Bahan yang digunakan untuk buat Kimchi. 



Terer tu Abang buat kimchi...kena puji la kan...Hehehe...


Close up bahan untuk membuat kimchi. 


Kat sini ada jual rumpai laut jugak. 


Ummi suruh Dania pose kat rumpai laut.


Setiap orang diberikan sup rumpai laut panas. 


Kat bawah tempat buat Kimchi ni ada tempat leh posing pakai Hanbok. Satu family pakai pakaian tradisional Korea. 


Boleh pose sekitar sini. 


Dania yang pilihkan baju warna ni untuk saya sebab nak bagi kena dengan tudung yang saya pakai. 


Gambar satu family lagi. 


Ni lah tempat buat Kimchi, jual rumpai laut dan boleh sewa pakaian Hanbok dan posing posing. 


Ni sementara tunggu bas ambik kami kat tempat membuat Kimchi. Lengang je kat sini. 


Dania dengan Dr. Shima sebelah Dania dan Dr. Aini belah kanan. Dr ni kerja kat klinik ni Langkawi. 


Lepas tu kami semua ke Dongwha Duty Free. Dania ambik gambar dengan ambassador produk ni. Dania suka sangat tengok cerita Princess Diaries. Haaa beliau....Anne Hathaway. Sporting pulak yang jaga kaunter ni siap elok2 suruh Dania pose kat Anne Hathaway ni. 


Barangan kosmetik yang dijual. 




Suka pula kata2 ni....


Face mask Mediheal X BTS. 


Dania dengan patung Fila yang gebu. 


Ni warna favourite ni. 



Lepas tu tour ke Namsan Tower pulak....

Nak menapak naik dekat 45 darjah juga bukitnya seksanya kalau kaki ni masih sakit lagi kan...cuma 5 minit ajer. 

Walaupun seksa nak mendaki bukit, bila tengok permandangan waktu malam di atas bukit di Namsan Tower berbaloi rasanya. 

  
Gambar family kat Namsan Tower. 


Namsan Tower ni paling cantik kalau melawat di waktu malam. Boleh nampak berkelip kelip lampu sekitar Namsan Tower. 



Bangku direka sedemikian rupa supaya pasangan yang duduk kat bangku ni akan saling bertemu di bahagian tengah lantas saling berdekatan diantara satu sama lain. Bangku ni dipanggil 'love chair'. 


Banyaknya mangga (padlock) kat sini. Dipercayai jika mangga dijumpai maka hubungan tidak akan bertahan. Jika mangga tidak dijumpai maka hubungan akan bertahan selamanya. Letak mangga ni macam mengunci hati untuk setia bersama pasangan masing-masing.




Photo dengan Dania pulak. 


Siapa nak beli mangga??....


Ok....ambik gambar kat Love ni pulak. 


Dania bergambar dengan pokok krismas yang cantik. 


Haechi ni rupanya simbol untuk bandar Seoul. 


Cantik kan Namsan Tower ni? 


Bergambar dengan lampu heart pulak. 


Ada dua kawasan ni Gangbuk dan Gangnam. Ni tak sure kawasan mana. Tapi, kawasan Gangnam tu memang mahal bangunan kat situ. Rata2 apartment pun berharga berapa jutaan USD (US Dollar) tu. Kawasan ni memang kawasan rumah orang kaya. Kalau nak tengok kereta mewah boleh la ke kawasan Gangnam ye. Manakala Gangbuk ni kawasan orang sederhana tak semahal kawasan di Gangnam. Cost of living di Korea ni memang mahal ya. Tour guide kata lampu-lampu di kawasan Gangnam lagi cantik sebab kawasan orang kaya. 


Suka gambar ni. 


Ni dalam bas ni. Kalau nak tahu Seoul Station ni tempat lokasi penggambaran Train to Busan. 


Lokasi Restaurant makan malam masih sama dengan makan tengahari iaitu di Hisbiscus. Kali ni kami makan buffet.


Makaroni ni macam dibuat salad ni. 


Ikan bilis. 


Ni sotong pedas. 


Cheese dengan tomato. 


Bulgogi.


Nasi goreng. 


Penuh restaurant ni. Ada juga group daripada Singapura. 




Ada dessert juga disediakan. 


   
Malam masih muda. Ada yang nak terus balik hotel. Kami 11 orang nak ambik gambar kat lampu LED berbentuk bunga ros. 

Kami 11 orang diturunkan di area Dongdaemun. Berdekatan Dongdaemun Design Plaza terletaknya lampu LED berbentuk bunga ros ni. Punyalah banyak beribu-ribu ya. Yang ajak ni Liza tour leader kami. Dia kata cantik sangat kat sini. Pastu since dia tahu saya blogger, jadinya dia ajak la saya. Thank you Liza. Memang berbaloi la datang sini. Free ajer you alls. 

Sebenarnya kan kalau you alls nak tahu sehari sebelum ke Korea, kaki saya terhempap dek beg berat Dania jadinya bengkak la kaki kanan saya. Terkena kat buku lali. Bayangkan saya tahan sakit 2 hari kat Korea. 2 hari tu bengkak sikit la. Nak turun bas kena pelan-pelan. Pastu jauh berjalan tu tak terasa tapi bila dah start rehat kat hotel baru terasa sakit. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan. 



Ni ha gambar LED bunga ros ni. Cantik kan?

Kalau nak tahu, LED bunga ros ni akan berada di sini sehingga 

Apr 18, 2015 - Dec 31, 2020

Jangan lepaskan peluang ya. 

  
Lampu-lampu ni terletak belakang bangunan yang berbentuk UFO ni. 



Pastu sejuk2 ni Dania pula nak ke tandas jadinya kena masuk balik la opposite bangunan UFO ni ke dalam bangunan Doota Duty Free Mall. 

Lepas ke tandas, Dania ambik gambar dengan kasut BTS pulak. 


Macam takde kat Malaysia ajer fesyen ni. 


Ni masa jalan-jalan kat luar berdekatan Doota Duty Free Mall. Ada bunga warna kegemaran ni. Tak tahu bunga apa. 


Cantik betul depan Doota Duty Free Mall ni di malam hari. 


Ternampak polis pelancong ni. Mereka tutup lampu dah kat office polis pelancong kat depan mall ni. Pastu saya approach nak ambil gambar dengan mereka. Tengok kawan dia seorang kat belakang mengelat tak nak ambik gambar. Huhu...


Hari tu Dania bergambar dengan Brown bear tu, kali ni suami dengan James pulak. Saya gigih google watak Line Friends ni. 


Masuk kedai berdekatan Doota Mall ada watak2 Line Friends ni. Jadi ambik gambar dulu dengan karakter Cony (female rabbit), Brown (bear) dan Leonard (male frog). 


Dania paling minat karakter BT21 Karakter kumpulan BTS yang ni....


Mewakili watak Jungkook sebagai Pinkish Tough Bunny. 

Credit : BT21

Lepas semua kesebelas orang dah ready untuk balik, maka kami beli la tiket subway. Ini pertama kali naik subway kat Korea ye. Yang ada pengalaman tour leader kami tu lah. 


Akhirnya, salah station pulak sebab station ni takde laluan warna ungu. Alehaiiii nak ke station subway ni jalan kemain jauh ke bawah tanah oiii....Adoiiii nak kena panjat tangga lagi. Kalau duduk sini mau kurus tau....

Tour leader cuba menghubungi tour guide yang tengah 'happy hour' dok minum minum. Jadi dia tak boleh nak bawa kereta nak rescue kami. 'Don't drink and drive' ok. At last keluar station ni dan menapak naik tangga ke station yang lain.

Tour guide kami orang Korea kata station subway di Korea ni macam spider web saling menghubungkan Seoul ni. Kena tahu warna line subway kita ye. 


Kalau nak tengok main attraction dekat Dongdaemun ni. 


Nak masuk station macam sama je macam kita naik LRT ke ERL ke. 


Berjalanlah kami mencari line No 5 warna ungu. 


Turun escalator ni ok lah. Nak naik tangga tu haishhh....


Kena berdiri pulak tu. Masa ni waktu jam 10 malam, Tour leader Liza kata orang Korea baru balik kerja. 

Mereka ni memang kerja kuat sebab cost of living kat Seoul ni memang tinggi. Kalau yang tak tahan memang ramai yang bunuh diri. Ada satu jambatan kat Seoul ni tempat mereka bunuh diri terjun laut sampaikan palang pun terpaksa ditinggikan. Dalam sebulan purata 50 orang bunuh diri. 


Machine ni untuk mendapatkan balik refund duit sebab kami beli tiket 2 hala. Patutnya sehala jadi nak dapatkan duit refund kena masukkan tiket dalam ni. 

 

Station subway pun dihias lampu botol kaca.  


Sekurang-kurangnya ada la adventure sikit nak diceritakan pertama kali naik subway ye tak?. Salah station pada mulanya. 😜😜😜 Baru thrill macam ni. Hehe....

Dah tiba kat hotel, singgah pasar mini depan hotel pulak. Tak beli apa-apa pun. Dania tu tunjuk Oreo Korea. 


Susu pisang dan perisa yang lain dalam satu pek. Kami pandang sepi je sebab penat ya amat ni. 


Masuk hotel nak kena packing semua barang sebab esok nak check in hotel berdekatan aiport di Incheon pulak. 


Jenuh berjalan hari ni. Siang keluar hotel, malam pukul 11 macam tu baru tiba hotel.

Kita tengok hari ke empat ke mana kita ni???....

13 comments:

  1. Bestnya pergi korea! Bila tengok gambar² ezna ni dok teringat ke cerita² korea ofcourse. Tempat² yang menjadi pilihan untuk shooting drama. Bestlah! Cuma bab makan tu risau sikit. Mmg kena follow tourist truated guide lah sebab kita Islam kan, semestinya dia kena tahu halal food . Nanti share lg ya . Suka tgk gmbr² view sana. Cantik

    ReplyDelete
  2. Looks very beautiful and the food looks good too. I read your part 1 and 2 as well. Sounds great.

    ReplyDelete
  3. cantiknya perkampungan 100 tahun tu. klasik betul design rumah orang jepun dulu-dulu. Datang ke korea kalu tak shopping barang kosmetik memang tak sah, al maklum la syurga buat kaum hawa kan. Berapa lama pergi sana?

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya boleh belajar buat kimchi. Mmg fav kimchi sbb die spicy yng sedap even certain people tak minat kan. Alahai bila lah dpt nk ke korea ni. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Bestnya pergi Korea hehehe jelous kita tak pernah sampai sana lagi teringin nya nak pergi kalau dapat pergi memang kita ambil gambar cantik-cantik macam akak hehehehe... Nanti nak pergi ajak kita sekali..

    ReplyDelete
  6. Nina belum pernah sampai Korea. Teringin nak pegi satu hari nanti. Day 3 Ezna padat dan enjoy Bagus ni jadi kan itinerari buat g nak Korea

    ReplyDelete
  7. Bestnya travel kat Korea. Mouse mommy pun rindu makanan kat Korea. Saya pun suka tengok makanan yg dijual kat shopping centre diorg, lawat tempat tempatan dan makan makanan yg rutin apabila travel kat Korea.

    ReplyDelete
  8. Rawlins suka satu shopping mall nama AM 2 PM yang berfungsi sampai jam 5 pagi kat Seoul. Pastu jenjalan kat myeongdong cari perawatan wajah - memang bahagia.... itu la sebahagian kenangan Rawlins kat Korea

    ReplyDelete
  9. Bestnya jalan jalan Korea. Macammacam tempat menarik boleh pergi .Teringin juga nak pergi Korea tu tapi saya tak tahulah kalau ada rezeki datang sana boleh masuk ke tak makanan diorang sebab saya tak makan sangat makanan korea ni. Nak makan pun kena tengok tengok . hahaha memilih betulkan. Kalau pergi sana memang shopping skincare diorang jela .

    ReplyDelete
  10. Bila pergi bercuti kat negara orang ni, bab makan memang kena jaga. Bukan takat jaga soal halal haram je, tapi kena pastikan perut dialas. Lagi2 untuk yg ada gastrik macam sy. Kang tak pepasal sakit kat tempat org, terus tak dapat nak nikmati percutian.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih share tempat makanan di Korea. Senanglah nak cari makanan halal di Korea nanti bila saya berpeluang ke sana. Saya sebenarnya lebih suka makanan Jepun berbanding Korea. Tapi kalau dapat kimchi, cek sukaaaaaaaa...

    ReplyDelete