Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, April 25

Cikgu lama vs cikgu baru

Saya pernah cerita Dania ada ikuti satu pusat tuisyen ni kan?. Semalam saya dah pergi pusat tuisyen tu dan bagitau Dania tak akan sambung lagi untuk bulan depan. Pusat tuisyen mana? Kena off record. Geram sebenarnya. 😡😡😡


Bermula awal bulan ni, saya google dan terjumpa dengan satu cikgu tuisyen persendirian. Godek-godek tengok-tengok rupa-rupanya sepupu saya pun memang anak dia ambil tuisyen dengan cikgu ni. Tengok testimoni memang ada peningkatan. Terus la saya ambil untuk mengajar dan guide Dania. Ni masa pertama kali tengah tunggu cikgu tuisyen datang. Kami datang awal. 


Dania ni kena cikgu tuisyen yang lemah lembut mengajar. Kalau dapat yang garang-garang tak boleh. Pernah sekali, balik tuisyen je tanpa cakap apa-apa dah menangis. Hehe. Ni lah cikgu Nadia. Graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam 'Environmental Science'. Kiranya student sains jugalah. Dah ambik gambar, ummi pun turun la tingkat bawah. Tak nak kacau-kacau. 


Dekat meja sini ada tips untuk belajar. Boleh la praktikkan nanti. 


Ni gambar Dania kat pusat tuisyen yang saya berhentikan Dania tu. Kedatangan cikgu tak memuaskan. Kelas start jam 3 - 5 petang tapi kalau cikgu tu lewat selalu 49 minit atau setengah jam, ko rasa???. 😡😡😡. Saya tak bayar tuisyen untuk lewat ye. Saya bayar tuisyen untuk 2 jam setiap minggu. Geram sungguh!!!. Dania tuisyen 1 subjek je kat sini. 


Dah berhenti senang hati. Nak bayar duit tuisyen tu bukannya free. Cikgu boleh pulak buat gitu ye?. Semalam dah komen juga sebab2 nak berhentikan Dania. Hmmmm....puas hati.  

Now, takde la saya susah hati sebab ada cikgu persendirian untuk Dania. Moga dipermudahkan pembelajaran Dania dengan cikgu Nadia. So far baru buat 2 kelas ni, cikgu Nadia ni datang awal. 😊😊😊. Harap2 berkekalan lah. 

19 comments:

  1. Tak patut cikgu tu buat gitu. Yelah.... Bayar kan?
    Semoga Dania semakin bersemangat belajar lagi lepas ni... Dengan Cikgu baru.

    ReplyDelete
  2. wah seronok jadi guru bila dapat anak murid yang memang berminat untuk menuntut ilmu.. apa pun cikgu baru pasti mengajar bagus sebab ilmu yang dorang dapat dulu masih segar di kepala... bila tengok ni teringat zaman belajar lalu... pergi tuisyen bayar rm40... so far okay lah faham apa yang cikgu mengajar...

    ReplyDelete
  3. Wah Jadi semangat belajar dan betah deh hehe :D

    ReplyDelete
  4. aida memang memilih bab cikgu tuisyen tau, ezna. sanggup byr mahal, janji dpt yg bagus. and aida prefer tuisyen yg individu gini. now anak aida tuisyen, kelas nyer maksima 5 student. maka, dpt la pengajaran yg mantap kan.
    ada ke patut dtg lambat??!! tak bertanggungjawab gitu.

    ReplyDelete
  5. Seronok la anak dapat cikgu tuisyen yang camtu. Harap2 la cikgu tu dapat mengajar anak muridnya dengan penuh semangat. Insya Allah. Amin. Hehehe. :)

    ReplyDelete
  6. Nama pun dah dekat- dekat tu..harap serasi la Dania..sekolah menengah ni my Dania blom nak masuk tusyen lagi..dia boleh manage katanya..ni untuk persediaan tahun depan ingat nak hantar tusyen..tengah tanya dia gak ni...

    ReplyDelete
  7. Nampak lembut jer cikgu tuisyen yang baru ni. Memang tak patut lah cikgu tuisyen lama tu datang lambat. Kita bayar kot. Mana boleh buat macam tu. Hope dania happy dengan cikgu tuisyen baru ni.

    ReplyDelete
  8. eee teruknya cg tak punctual..
    anyway i pun tgh cari tutor utk zharfan..tp lom jumpa lg

    ReplyDelete
  9. Tak apa. Private tutor macam ni pun lagi bagus, lagi better. Mahal sikit tapi berbaloi. Kadang-kadang ada cikgu yang tak berapa best. Nasib baik akak ambil tahu, kadang ada parent main hantar je anak, cikgu ada ke tak ada orang tak kesah. cikgu tak ada bebudak lagi lah suka.

    ReplyDelete
  10. Semangat terus belajarnya ya Dania. Semoga bu guru Nadia bisa konsisten dan bertanggungjawab tuk bimbing Dania terus belajar. Amin

    ReplyDelete
  11. Agak teruk juga sebab bila cikgu tuisyen asyik datang lmbat. Bila selalu dtg lmbt mmg akan menyebabkn anak mood dia down

    ReplyDelete
  12. saya pun tak boleh kalau cikgu garang2 terus tak mood nak belajar. geram pun ada

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya pada saya bergantung pada guru tu sendiri - sama ada dia ikhlas nak mengajar dan memandaikan anak bangsa atau tak. Tapi pusat tuisyen sendiri kenalah lebih tegas. Kesian ibu bapa yg mengeluarkan duit untuk memandaikan anak2. Duit2 tu pula bukan guna air liur! Kecewa juga segelintir pihak macam ni. Aduhai..

    ReplyDelete
  14. Kan...kita bukan tak bayar kan..cikgu puj xpatut kot buat mcm tu...harap2 dania serasi la dengan cikgu baru ni ya

    ReplyDelete
  15. Sekarang ni kualiti vs duit, bukan semua cikgu penting kan duit Tapi bagi mereka sudah tiada tanggungjawab untuk mengajar betul - betul. Jadi ya kita sebagai ibu bapa kena pantau segala aktiviti anak kita dan cikgu sekelilingnya

    ReplyDelete
  16. frankly speaking, not easy to be a teacher because have to take care a lot of things especially words spoken, grammar use, self reputation. without all this how can a teacher show a good example to a student right... keep it up and be the best!!

    ReplyDelete
  17. Betul juga buat apa bayar tapi cikgu pula yang datang lewat kan. Kita nak beri pendidikan terbaik untuk anak-anak kita. Attitude cikgu pun penting sebab mempengaruhi murid-murid kan. Murid-murid akan memperhatikan gerak geri cikgu yang mengajar..

    ReplyDelete
  18. Cikgu sekarang berbeza sangat. Tak terhad pada cikgu, apa2 pekerjaan pun. Kebanyakan kerja sebab nak gaji. Takdr passion dalam bekerja. Tu yg jadi kes lewat semua tu.
    Semoga dipermudah urusan untuk Dania.

    ReplyDelete
  19. lorh ada pulak macam tu eh? kalau dulu tuisyen berbayar cikgu2 semua tepat pada waktu. yelakan kita bayar. kalau cmni baik buat kelas free je

    ReplyDelete