Jumaat, April 20

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa

Bertemu dan berpisah. Kini bertemu kembali. Pada cuti sekolah bulan Mac lepas (lama patutnya dah keluar blog), Dania bakal berjumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah. Set lah nak breakfast dekat Umai, Putrajaya. Umai ni kalau dari rumah ni dah tak jauh sangat sebab rumah saya terletak tengah2 diantara Bangi dan Putrajaya. 

Kami breakfast dulu lah sementara nak tunggu kawan2 Dania. Umai tak bukak lagi kami dah tiba. 
😊😊😊. Dania makan lempeng pisang, saya pula order cekodok pisang. Ayah Dania kerja la so tak join la kami. 


Setelah breakfast, kita wefie semua orang. Dari kiri tudung ungu tu Adriana, tudung bunga Arisya, Yeap dan Iman. Depan tu ibu Iman yang juga cikgu Dania masa kat sekolah rendah dengan Nadhif adik Iman. Adriana dan Yeap sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan, Iman dan Arisya kat MRSM. Dania pun sengsorang kat Bandar Baru Bangi. Anyway, thank you Shada sebab plan outing kali ni. 


Kemudian gerak ke Alamanda untuk main bowling. Tak ingat lepas main ke sebelum main ke ambik gambar ni. 


Kami main 2 game cross lane. Ni result game kedua. Game pertama saya juara?...Haaa bukan terer pun. 😝😝😝. Main setakat suka2 je. Masa first game tu terus strike. Kebetulan la kan...Game kedua kalah le. Entah nombor keberapa. 


Selfie itu mesti 😆😆😆


Video masa kat bowling Alamanda. 


Boleh la plan lagi. Yang penting ummi kena ada sekali so rasa selamat la sikit. 
Kalau anak-anak outing you alls ikut sekali tak?. 

18 ulasan:

  1. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa... hehehehe... this song keep on playing in my mind now. yeah... it is always bring excitement in meeting up some 'old' friends and the heart will always feel 'heavy' when depart.. always treasure every moment.

    BalasPadam
  2. Wahhhh seronoknya kak ezna sesekali luang masa bersama kawan2 kan. Tambah2 semua dh ada anak2, dpt mengeratkan hubungan silaturahim sesama kengkawan. Best outing sebegini !

    BalasPadam
  3. Sudah jadi lumrah kehidupan semua orang, setiap pertemuan akan ada perpisahan. Tuh apa yang saya lalui baru baru ini. Kena terima perpisahan dengan pengerusi yang sangat baik

    BalasPadam
  4. Wahhh seronok main Bowling, Bonde pon kalau dapat outhing dengan kawan-kawan memang tak lepas peluang. #gurlztime katakan.. Seronok dan happening sekali!

    BalasPadam
  5. Bagus ada aktiviti gini. .. moga ianya jadi memori terindah untuk mereka. Kenangan tak dpt di jual beli.

    BalasPadam
  6. Wah bestnyer anak akak. Siap mak join buat gathering dengan kenkawan lagi.

    Tapi betul la, bila dh bersekolah lain ni cuti sejolah jelah nak berjumpa

    BalasPadam
  7. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dalam kehidupan ini walaupun sangat menyakitkan buat kita semua. Tapi kalau dapat reunion balik dengan kawan - kawan lama memang seronok tak terkata la :)

    BalasPadam
  8. Seronok bila dapat jumpa geng sekali sekala. Macam-macam nak diborakkan. Aish teringat kawan2 belajar dulu. Jadi rindu pula bila baca entri ni. :(

    BalasPadam
  9. Dimana ada pertemuan disitu ada perpisahan. Tak ada satupun orangbyang nerharap perpisahan tapi karena sebuah keharusan ya harus rela sebab kehidupan ini berputar bak roda. Ada masa akan berjumpa lagi jika Allah SWT menginginkannya.

    BalasPadam
  10. Rajin u teman anak2 outing heheh. Adatlah kalau namanya persahabatan pasti satu hr akan berpisah juga - demi masa depn

    BalasPadam
  11. Nurin byk juga outing dgn kawan2 dia lepas upsr ari tu. Now semua faham masuk asrama sana sini. Grup wasap diorang pun dah sunyi. Lom lagi Nurin inform nak hangout dgn kawan2.
    Aida letgo Nurin gi sendiri. Bagi duit. Bagi phone. Bagi pesanan & amaran keras ha ha ha...

    BalasPadam
  12. Best sangat sekali sekala dapat buat aktiviti macam ni bersama kawan-kawan saya punya kawan sekolah semua jauh-jauh hehehehe main bowling pun saya tak pandai macam mana ni..

    BalasPadam
  13. Bestnya reunion macam ni. Tapi takpe, berpisah di zaman moden ni dah ada whatsapp, video call, jadi taklah terasa sangat.

    BalasPadam
  14. Anak-anak kecil lagi, tapi yg lelaki 7 tahun dah pandai jaga diri. Penat juga mommy nak follow. Haha. Cuma sejak sekolah ni jarang dah dia ada masa nak keluar sangat. Weekend mommy bawa g jalan-jalan. Adik adik behave. Mommy tak keluar, mereka just main kat laman.

    Rasanya kalau besar, maybe mommy bawa anak-anak dan kawan2 nya berjalan.. takut lah nak biar mereka keluar sendiri

    BalasPadam
  15. Lamanya tak main boling. Rasanya dah 2-3 tahun jugaklah.macam tetiba plak rasa nak main boling lepas baca article ni. Hehe

    BalasPadam
  16. Sedih sebenarnya bila berpisah. Cuma bila bertemu dan berpisah kebiasaannya saya lebih suka diam dan tiada siapa tahu. Hahaha. Saya tidak tahan sedih tu. Hahaha. Walaupun sedih tuu sekejap je.

    BalasPadam
  17. Seronok kan dapat jumpa kawan-kawan lama, Kak Sue dulu ada juga buat perjumpaan macam nie. Buat makan-makan.. sekarang masing-masing sibuk dengan rutin harian..

    BalasPadam
  18. everyone seem enjoy the outing together. Eating together, laugh together and even playing bowling also together. This is call family bonding and it actually keep your relationship with your children more stronger.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...