Sabtu, April 28

Bismillah Buka Puasa di Dorsett Putrajaya

Saya tiba Dorsett Putrajaya ni dalam jam 5.35 petang. Patutnya start jam 6.00 petang. Jadi saya terus je lah ambik gambar sementara tak ramai lagi orang. Ada nama blog di meja. Dapat pula cenderahati bahulu comel. Macam tau-tau je saya pencinta bahulu. 😊😊😊


Semeja dengan blogger comel ni, Nadhi


Gambar yang tak berapa nak clear. Selfie dengan King Coco. Salah seorang jemputan pada malam ini. 

Bismillah Berbuka Puasa itulah nama buffet ramadhan ini. Buffet akan bermula 18 Mei - 13 Jun 2018. Ada 500 masakan tempatan yang akan dihidangkan nanti. 500? Wow...banyaknya pilihan. Hidangan disediakan oleh 'Executive Chef', Chef Shamsul Rizal.

Jom terjah apa yang menarik kat sini. Ada Arabic Shawarma. 


Pilihan kerabu.


Kerabu Ayam


Ni kerabu juga ni. Terlupa nak snap nama kerabu.


Kerabu daging.


Pilihan ulam-ulaman.


Seleksi buah-buahan segar seperti buah naga.


Buah nangka. Ada juga hiasan taburan buah anggur, buah kiwi dan strawberry.


Buah tembikai dan buah rambutan. Boleh juga dimakan dengan serbuk asam. Terliur tengok serbuk asam tu. 😋😋😋


Jambu batu dan jambu air.



Nenas dan buah tembikai susu.


Selain daripada buah-buahan di atas, ada juga disediakan buffet durian. Pencinta durian jangan lepaskan peluang keemasan untuk merasai keenakkan raja segala buah ini. 

Udang galah percik ni sedap.


Pucuk ubi masak lemak. Memang kawww makan dengan nasi panas-panas.


Lamb shoulder Indian style ni pun sedap.


Sotong masak Kam Heong.


Lala bercili.


Kari kepala ikan.


Kerutup daging.


Ice Cream.


Deretan pilihan bahan-bahan untuk ditaburkan atas ice cream.


Kuih bahulu ni memang favourite.


Aneka kuih. 


Ni orang Kedah panggil ketupat dakap sebab dalam tu ada pisang. 


Cuci mata tengok dessert pulak ya. 






Berbuka dahulu dengan makan buah kurma untuk memberikan tenaga setelah seharian berpuasa. 


Kudap-kudapan. 


Lemang dan ketupat palas. Compliment dengan rendang ayam atau daging. Perghhh terangkat. 


Boleh pilih bahagian dalam atau luar. Saya rasa makan kat sini agak privacy juga sebab pengunjung pun tak berapa ramai. Ruang diantara meja kita dengan meja orang lain tu tak la dekat. Kita ada 'personal space' kita. 


Sesambil kita berbuka puasa, kita akan dihidangkan dengan persembahan muzik tradisional dari Sri Mawar Band. Penyanyi yang akan buat persembahan ialah Isma (Kakak Tomok). Kenal ke idok?. 


Isma sedang menghidangkan sebuah lagu. 


Pada bulan puasa yang mulia ini ada 2 tawaran istimewa bagi mereka yang nak menginap di Dorsett Putrajaya. 

Iftar : Harga bilik RM380 nett satu malam termasuk sarapan atau sahur DAN berbuka #Bismillahbukapuasa.
Tempahan : 3 April - 13 Jun 2018
Tarikh menginap : 18 Mei - 13 Jun 2018. 

Istimewa Ramadan : harga bilik RM280 nett satu malam dengan sarapan / sahur. 
Tempahan : 1 April - 14 Jun 2018
Tarikh menginap : 14 Mei - 14 Jun 2018. 

☎ 03 - 8892 8388

Email : info.putrajaya@dorsetthotels.com

King Coco, Ayah King Coco dan suami King Coco. 


Dah tunjuk gambar makanan yang menggiurkan saya nak bagitau harga pula. Jangan risau di sini ada pengikhtirafan halal dari Jakim. 

Boleh grab Early Bird Special

RM99 nett (1 April - 12 Mei 2018)

Kalau beli 10 voucher boleh dapat 1 FREE. 

 ☎ : 03 - 8892 8388


Email : fnb.putrajaya@dorsetthotels.com



41 ulasan:

  1. COco ke tu? Wow. Banyak nye makanan. Pjg Liza scrolll. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak sangat. Hehe. Coco la tu...yang banyak mix tu. Hehe....

      Padam
  2. Wuuuu menyesal baca entry nie. Tengah ganti puasa tapi terliur pulak. Kerabu daging tu!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita tengah berpuasa jugak ni. Selamat berpuasa.....

      Padam
  3. Nasib belum Bulan pose lagi. Kalau tak I sure pengsan kebuluran tengok gambar makanan sedap ni. Best nye food dia variety betul. Terliur tengok pagi pagi ni.

    BalasPadam
  4. Bestnya...food presentation amazing..nampak menarik semua hidangan walau x lari dari konsep masakan melayu..saru bonus dpr jumpa King Coco...

    BalasPadam
    Balasan
    1. King Coco tu kebetulan salah seorang jemputan pulak....

      Padam
  5. King COCO dan suami tu dah sama rupanya hehehe memang dia ni sentiasa meletop seperti hebatnya hidangan buka puasa yang ada kat sini kita tak tak nak makan mana satu tengok buahan-buahan tu menyelerakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suami King Coco tu ada iras Zed Zaidi jugak Maha. Hehe. Memang pilihan makanan punyalah variasi kat Dorsett Putrajaya ni.

      Padam
  6. waa banyaknyee juadah yg disediakan untuk Ramadhan nanti, bestnyaa tengok! Semuanya nampak menggiurkan! dengan buahan2 tu pon adoii fresh dan geram jee tengok hehe. Terliurrr haha harga pon not bad RM99!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah-buah tu kejap je tengok dah sikit. Nampak menarik tu warna warni.

      Padam
  7. The desserts look tempting. It is my favourite and during puasa month, I'm going to try this out.

    BalasPadam
  8. King coco pun ada. Bestnya. Banyak juadah makanan disediakan untuk ramdhan nanti ye. Nasib belum bulan puasa mau tergugat iman hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan ada. Ingatkan Anzalna. Rupanya Coco...hehe

      Padam
  9. ya ampun, tengok makana terus telan air liur..hehee..sedap gilerr..bestnya siap nginap hotel tu..murah juga ye..wah menarikni. boleh suggest denagn husband..hhehehe..dekat kl je kan..haahaa..sekali sekala sahur dekat hotel..best tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat Putrajaya. Putrajaya ni kalau weekend selalunya lengang je...

      Padam
  10. Ya ampun banyaknya menu sedap sedap.presentation pun dah menarik buat terliur saja tengok.yang paling suka buah lah..rasa semua nak ambil tau.banyak menu menarik kat sini.berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu dengan menu yang banyak ni padanlah dengan harganya....

      Padam
  11. Curlasss tau marketing dorsett putrajaya. Siap jemput king coco lg. Bestlah kak ezna dpt selfie dgn dia. 500 hidangan ???? Wow banyak tu kak ezna. Berbaloinyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang akak tanya siapa yang cadangkan. Memang ya pihak marketing.

      Padam
  12. Wah lamanya tak jumpa king coco. Mmg org kata dia ni friendly sebenarnya. Ramadhan di Dorset setiap tahun mmg x pernah menghampkan.. sedap2

    BalasPadam
  13. But 10 free 1.. worth leh... Can buy for my clients during Puasa month...

    BalasPadam
  14. Sana sini dah start pomote buffet Ramadan kan..terbukak je terliur..terbaca je terlioq..hasihhh bahaya sungguh ni kan...hahaha. Nampak menu menarik sangat, kalau dekat dah lama dah terjah..tapi jauh so pikir dulu nak ke sana bulan puasa ni...bukan apa..takut jem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah semuanya promo dah buffet ramadan. Pilih yang berdekatan dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan macam kat Dorsett Putrajaya ni.

      Padam
  15. Harga berpatutan dengan hidangan menu kat sini. Semua nampak sedap dan pelbagai pilihan. Rambang mata ni kalau datang sini.

    BalasPadam
  16. Saya dulu dah cuba Dorsett Subang. Dorsett Putrajaya belum berkesempatan lagi. Tapi mesti sedap kan makanan mereka. Banyak pilihan dan paling penting harga bufet mereka berpatutan. Orang Putrajaya tak pening kepala la nak berbuka dimana. Datang Dorsett je. Kos makanan di Pasar Malam Putrajaya lagi mahal. Makan di hotel boleh cuba pelbagai makanan sampai 10 malam. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan Dorsett Putrajaya ni memang dekat sikit berbanding Subang jadinya memang akak pilih Dorsett Putrajaya ni kalau ikut km dari rumah.

      Padam
  17. Banyaknya pilihan makanan. Thanks sharing, kena masuk dalam IFTAR list Mak ni. Senang. Takyah rushing-rushing nak memasak la apa la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datang weekend kalau weekdays sibuk kerja kan?.

      Padam
  18. lauk dia sedap2! lagi2 yang shell out tu. 2 kali kin tambah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Kan Shiqin?. Akak pun suka. Kita dok sebelah meja je hari tu. Hehe.

      Padam
  19. wahhh ada buah nangka. sedapnyaaa. lama dah tak makan buah nangka. tetiba dekat buffet ramadhan ada buah nangka pulak, hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah nangka tu agak rare juga sebab selalu buah nenas, jambu, tembikai tu dah biasa sangat.

      Padam
  20. Spotted one of my favourite food for raya! LEMANG!! The buffet looks so delicious wish I was there to try it out for myself.

    BalasPadam
  21. Foood early in the morning! I have not even eaten my breakfast 😭 The price is really worth it as it include both stay and buffet!

    BalasPadam
  22. Sangat berbaloi lagi makanan pun menarik x blh sabar esk pergi buat tempahan dulu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...