Dapat jemputan perkahwinan anak Kak Piah dan Encik Syed (Keduanya dulu saya kenal ketika saya kerja Kontena Nasional Pelabuhan Klang). Teruja nak pergi perkahwinan kedua puteri Kak Piah sebab dah lama tak jumpa Kak Piah. Mereka ini last dah ni. Maknanya semua anak2 Kak Piah dah lepas. (dah kahwin).
Meja makan beradab dihias indah dengan taburan bunga. Bagaikan kat dalam taman.
Pelamin yang sangat sweet bagi saya.
Diiringi oleh Persatuan Kompang Sungai Udang. Kali ni baru nampak kompang ada geng2 perempuan. Selalunya geng2 lelaki ajer.
Setting tempat potong cake pun sweet.
Nama2 pengantin yang dirai.
Saya nak ambik gambar dengan si comel ni. Alahhh tak senyum sangat. Naura ni memang comel sangat. Aunty suka tengok kat IG mama dia. Putih gebu Naura ni. Mama dia dulu kerja sekali la dengan aunty.
Belah kanan tu tudung hitam, lipstick pekat sikit tu staff saya dulu kat admin. Saya dulu Head of Department bahagian admin dan Kak Ogy ni staff saya. Rajin sangat. Belah kiri Kak Rahimah dulu bahagian operasi dan mama Naura dulu bahagian sumber manusia.
Jumpa juga Kak Lela bahagian sumber manusia dan belakang tu Aiza bahagian akaun. Sebelah saya Kak Norli err err muka familiar tapi saya tak ingat attached kat bahagian mana....😚😚😚
Ni suami Kak Ogy dulu bahagian operasi. Kalau Kak Ogy MC, Encik Isa la yang pass kat saya MC Kak Ogy. Kalau ada meeting Management Review ISO, Encik Isa dengan saya kena attend.
Setelah selesai makan, bergambar dengan tuan rumah. Kak Piah dan suaminya Encik Syed. Dulunya keduanya satu tempat kerja di Kontena Nasional. La ni Kak Piah dah tukar tempat kerja. Ingat lagi tempat kerja saya dulu betul2 depan jalan nak pergi ke Medan Ikan Bakar Pelabuhan Klang. Ala tempat famous ikan bakar tu. Ingat lagi ber'bawang' dengan Kak Piah kat bilik komputer sambil2 buat kerja. 😛😛😛
Sempat snap gambar Dania kat area parking. Mulut bising sebab belakang tu ada kereta hitam. Ikutkan jubah Dania ni untuk raya. Dah basuh dah terus la pakai untuk kenduri ni.
Masa kereta saya dah nak jalan, nampak pulak Kak Yan senyum kat saya siap angkat2 tangan. After all these years ye tak pernah jumpa tapi Kak Yan masih cam saya. Selfie dulu bersama menantu dan anak Kak Yan. Kak Yan ni bahagian kejuruteraan. Selalu mengadu aircond tak sejuk kat saya. Kena la saya panggil orang aircond.
Kenangan bekerja kat Kontena Nasional ni dok recall kat kotak ingatan. Saya bermula dengan Management Trainee selepas grad. Masa tu muda lagi tahun 2000. Memang the best tempat kerja la masa tu. Kemudian bertukar tempat kerja sehingga dan kini saya pilih untuk duduk rumah ajer....😉😉😉. Ini pun dah membahagiakan.
Majlis perkahwinan ini diadakan di Laman Mazmida, Jalan Sg. Jati Klang. Boleh la kalau nak buat majlis kahwin kat sini. Lauk pauk yang disediakan juga sedap. Seleksi kuih muih juga menarik. Pengusaha Laman Mazmida ini juga pernah mengendalikan kantin Kontena Nasional tahun 90an dulu. Kata Kak Ogy lah.
skali dua pengantin bbersanding..meriah...bila dpt jumpa kwn kj lama sure seronok kn
BalasPadamSeronok. Ada yg tak ingat nama tapi dia ingat nama kita....hehe...
PadamMacam abah irra buat kenduri sekali 2 anak kahwin. 6 anak, majlisnya 4 sahaja. 2 majlis awal tu 4 orang anak. Jimat belanja..hehe.. tahniah pengantin dan keluarga pengantin. Selamat pengantin baru
BalasPadamWah meriahnya semua.
BalasPadamtapi betullah, majlis kawin adalah majlis untuk reunion dengan kawan-kawan lama. Kat sinilah kita boleh jumpa sesiapa yang dah lama tak berjumpa kan?
seronok sekali sekala turun padang gi kenduri jumpa kawan2..bukan senang nak berkumpul tapi time macam nilah nak bersua muka hehe
BalasPadamcantik hiasan makan beradap ni ha. terasa exclusive. lagi cantik bila ada dia deco tmpat meja potong kek. wuuu bestnyaaaaaa dapat pakej kawin gini. hehe eh tahniah kepada anak rakan telah tamatkan zaman bujang..
BalasPadamcantiknya semua hiasan, dari meja makan beradap ke pelamin smapai tempat potong kek pun cantik! lama dah tak pi kenduri. mesti best kan dapat jumpa kawan kawan lama, time ni lah nak buat reunion
BalasPadammeriahnya!!! time ni la dapat reunion ber onion bagai kan? tapi gambar tu kalau dapat besarkan lagi mesti puas tengok hehee
BalasPadamSerinok pergi kenduri kahwin. Dulu2 tak suka sangat sebab tak reti nak bawak diri bergaul dengan orang tua kat kenduri. Tapi lama kelamaan dah reti nak bersembang dgn makcik2 kat sana. So tak jadi hal dah nak ke kenduri.
BalasPadamBest kan bila dapat jumpa kengkawan lama kan. Maka keluar la macam-macam cerita bebukan kan. Haha
BalasPadamBest nye...I lama kot tak pegi makan kenduri. Memang meriah betul kenduri....dah dah keluar banyak cerita jumpa kawan lama.
BalasPadamSelalunya time kenduri lah jadi reunion & gathering jumpa balik kawan lama. Rindu kan kawan2 lama.
BalasPadamSeronoknya pi wedding akak. Dah lama saya ngidam nasi minyak. Hahaha. Tunggu siapa la next majlis ni. Kahwin sesama lg best. Dua pengantin sekali lebih meriah. Tetamu pun kena bawa hadiah extra la kan. Baru lah adil. Hehe
BalasPadamSeronoknya.. ni kira cam reunion gak la kan. Dapat jumpa balik kawan2. Majlis pun nampak meriah, 2 skali pengantin. Jimat.. tahniah pada anak kawan akk tu, selamat pengatin baru..
BalasPadamPengantinnya pasti sangat bahagia kerena dihadiri oleh Blogger hitz Malaysia ya hehehee... dipromosi lagi dengan tulisan di blog. Jadi ingin hadir dikenduri Malaysia, sepertj apa rasa dan suasananya hehee
BalasPadamHappy Wedding to the lovely couple. May they stay sweet always. The wedding decoration looks nice.
BalasPadamCantiknya tempat potong kek tu. Mesti seronok betul bila dapat jumpa kawan-kawan lama kan. Meriah jer. Selamat pengantin baru buat mereka.
BalasPadamcantiknya pelamin dia. tak puas tengok. ❤️
BalasPadamLama tak makan nasi minyak hehehe tak ada kawan semua dah kahwin kita jer tengah tunggu wakakaka best lah dapat jumpa kawan laman masa ni jer lah..
BalasPadamComelnya pelamin dia. Dari dulu suka dengan konsep tema kawen dalam taman macam ni.
BalasPadamI like the setup so much. So elegant feel with the color they used to match it. Congratulations on the wedding of your friend.. wish that be blissful always...
BalasPadam