Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, October 3

Hello Perth Part 1

Pada 25 Ogos 2017, lepas Asar kami bertolak ke Putrajaya Sentral untuk menaiki ERL ke KLIA2. Ramai juga yang menaiki ERL ni mungkin sebab dah pukul 6 petang. Ramai dah nak balik rumah. Saya pula tak le berapa sihat masa ni.


Siapa yang pernah naik flight kat KLIA2 tahulah betapa jauhnya nak pergi ke Gate. Flight kami jam 12.05 am tapi kami dah settle dengan imigrasi, bag pun dah drop. Pergi awal tak la kalut nak berdepan dengan line yang panjang. Siap solat dulu. Dalam 8 lebih malam tu dinner terus kat Subway.
 
3 of us kat Quiet Seat. Kengkononnya boleh la rehat panjang sebelum nanti nak kena drive kat Perth. Hmmm tapinya a bit gagal la saya nak rehat sebab belakang hubby tu dok berdengkur sepanjang flight. Kalau terjaga pun tak lama mana pastu sambung zzzz. Quiet Seat la konon. Tak quiet mana. Saya pula tak sedar jam berapa saya terlelap tu. Saya tersedar balik bila pramugari serve makanan. Kami tak order pun makanan. 



Tiba Perth Airport pun dalam 5.00 ++ am. Kami kena gi gate kuarantin sebab nak declare makanan. Saya siap ada senarai makanan yang dibawa. Pegawai imigrasi cuma nak tengok serunding daging ajer. Imigrasi Australia sangat strict tau tentang makanan yang dibawa ke negara mereka. Ada yang lepas, ada yang tak. Kalau tak tu alamatnya makanan kita tu dibuang la. Mereka sangat particular kalau beras yang ada kutu, makanan yang ada serangga kecik2 tu ke, memang kena buang la. Pastikan makan kita dipacked elok2. Macam saya, saya beli yang baru ajer.
 
Pick up kami dijadualkan pada jam 8.00 pagi. Driver kami kata selalunya kalau flight pagi ni selalunya takde masalah. Imigrasi dan kastam tak banyak songeh. Maybe kena tiba awal pagi kat Australia. Ikut nasib gak. Banyak2 kan doa ye.


Saya sewa kereta dengan City Center Car Rental tanpa bond ya. Tahu pun sebab sebelum ni ada jiran saya sewa dengan mereka. Mereka akan pick up di airport kemudian bawa kami ke office mereka. Tak jauh pon dari airport.
 
Lepas settle bayar semua, terus ke MyRasa Restaurant. Kepunyaan besan kepada kawan saya. Anak tirinya berkahwin dengan anak owner MyRasa. Alamat Restaurant seperti di bawah ya. Our Prime Minister pun pernah makan kat sini.
 
MyRasa Restaurant
18 Welwyn Avenue
Manning
WA 6152
 


Saya dan suami makan nasi lemak yang sedap ni.


Dania ni gi Perth pun nak order roti pisang dia. Dania kata sedap!.


Lepas makan nak singgah Langford Halal Butcher sebab nak beli ayam dan daging halal.


Kami beli 1/2 bahagian ayam dan ada sedikit daging. Cukup la budget untuk seminggu di Perth. Nak cari kedai ni bukannya senang sebab tak nampak dari luar. Kena masuk kawasan ni baru nampak kedai ni. Harganya tak la mahal sangat. Sempat lagi ambik gambar dengan owner dari Makassar Indonesia ini. Mekaseh ya Pak.
 

Kemudian kami menuju ke Rockingham sebab hubby nak singgah menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar Rukun di sini.


Driver nak melelapkan mata dulu sebelum meneruskan perjalanan.


Akhirnya tiba juga kami di Masjid ni. Kebanyakkan yang solat ni macam muka orang Malaysia, Singapura tak pun Indonesia.


Sekarang ni penghujung musim sejuk di Perth. Pokok ni uniklah.


Perjalanan dari Perth International Airport ke hotel kami Silver Sands Resort, Mandurah ni 72km.
 
Ni Master Bedroom.


Ada cermin solek dan almari baju.
 

Dalam bilik air tersedia mesin basuh dan dryer.


Luas juga tandas ni.


Ni ruang tamu dengan dapur. Ada meja makan 4 kerusi juga. Sofa yang Dania duduk tu malam dijadikan katil.


Malam ni rasanya tak larat sangat nak masak jadinya kami alas perut dulu makan mee segera sebelum jalan-jalan cari makan area Mandurah ni. Saya target nak pergi Restaurant ni. Warung Ade. Parking jauh juga kami dan terpaksa jalan pun jauh juga nak cari Restaurant ni. Dania membebel kata Ummi Warung Ade ni ade ke takde? Hehehe.


 
22, Mandurah Terrace
WA 6210


Suami order nasi goreng. Sedap juga.


Dania ni tak ingat order apa tapi santan kuahnya pekat sangat.


Saya order pempek ikan.


Lepas tu ambik gambar kat ice skating rink di Mandurah Terrace ni.


So tamatlah Part 1. Tunggu sambungan Part 2 pulak.
 
Lupa nak inform nak pergi Australia kena visa ya. Visa murah saya buat kat SINI
 

4 comments:

  1. seronok baca ur holiday entry ni :)

    ReplyDelete
  2. Suka tengok kedai nasi lemak tu. View sangat oversea walaupun simple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran orang malaysia ni. Tu yang first sekali makan kat sini.

      Delete