Selasa, Oktober 10

Hello Perth Part 5

Hari ni saya rasa macam tak berapa sihat sangat jadi kami keluar resort pun lambat sikit. Patutnya hari ni kami cover area Margaret River tapi disebabkan tak berapa sihat, hubby kata rehat dulu dan kemudian boleh la jalan2 dekat area hotel kami je. Malam sebelumnya muntah lagi. Nasib baik ada bawa oral salt dan panadol (Jangan lupa bawa setiap kali nak travel. Mana la tau kan?). Dekat kol 10 pagi baru kami gerak. Hubby parking sini. Dania dan saya tunggu dalam kereta dulu sementara hubby nak menanya pasal dolphin cruise. Ada dua dolphin cruise kat Mandurah ni. 1 beroperasi manakala 1 lagi hari ni tutup pula.

Nak merasa juga kat Cicerello's ni jadi kami order 1 plate yang ada udang, sotong, ikan dan fries. Nak order banyak2 takut tak habis. Kami kureng sikit masakan western ni.

Cicerello's ni memang terletak di tepi laut pun. 


Space ship ni bergetar menandakan makanan kita dah siap. 


Dah tiba. Saya selera dengan sotong ajer. Lembut sangat tak liat. Lain2 saya cuit2 ajer. 


Saya compliment dengan teh o panas. Lega sikit perut. 


Masuk satu kedai ni. Sempat la ambik gambar Best of Aussie Slang. Hubby beli topi je kat kedai ni.


Kedai souvenir ni pon ada promo 1hr Dolphin and Canal Cruise so kami booked jam 3 petang. 


Cicerello's ni ada juga tempat makan kat luar. Mula2 saya dan Dania dok kat luar sekali belakang kami ada couple warga emas bawa anjing poodle dok terjelir lidah dok situ. Sangat la tak selesa. Apatah lagi saya allergic anjing sebab masa remaja pernah kena kejar anjing. Hehe. Nasib baik hubby kata kat dalam ada tempat kosong. Terus pindah dalam.  


Boat kami nak pergi tengok dolphin. Dek atas di conquer oleh orang Malaysia. Ramainya nak tengok dolphin. Kat atas ni ramainya orang utara. Kami conquer tepi tingkap. Senang la nak mengintai cik dolphin.



Boat kami exactly macam ni tapi ni boat cruise jam 2 petang.  


Masa ni no sign of dolphin. Dolphin nak tonjolkan diri ni ikut nasib je. Kadang2 langsung tak Nampak dolphin. It is not a guarantee.


Dekat canal ni ada banyak rumah2 mewah. Ada rumah yang tiada berpenghuni sebab hanya duduk bila bercuti kat sini. Macam rumah persinggahan je la. Kebanyakkannya dah bersara.


Hello dolphin....dolphin ni bawak anak bersiar-siar.


Penutupnya bergambar kat sini ajer.


Hari ni ke Mandurah je lah. Esok baru buat perjalanan yang jauh sikit ke Margaret River.
Tunggu Hello Perth Part 6 pula.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...