Hari ni kami ke King's Park. Tak lama pun kami kat sini sebab tetiba je hujan turun. Tengok masa ni pun dah mendung.
Saya lebih banyak duduk je. Tak daya nak berjalan jauh-jauh. Siap berstokin bagai sebab badan seram sejuk dan kaki pun sejuk. Gagahkan jugak berjalan sebab nak tengok permandangan cantik di King's Park ni. Bila lagi nak tiba sini kan?.
Kat belakang kami ni ada tulisan Malay States.
Gambar last sebelum balik sebab hujan dah mula turun. Belakang kami ni yang bunga kecik warna-warni ni bunga liar. Tak boleh petik ya. Kena denda AUD300 nanti. Bunga ni bloom masa musim bunga sahaja.
Lepas ni kami bertolak ke Myrasa Restaurant. Nak singgah sebelum esoknya kami nak balik Malaysia dah.
Nasi ayam pilihan Dania.
Bihun goreng pilihan saya. Akhirnya bungkus bawak balik sebab tak lalu nak habiskan sebab takde selera. Bukan takde selera sebab tak sedap ye tapi sebab saya tak berapa sihat.
Hubby punya ni.
Come and rasa at MyRasa. Alamatnya di SINI
Ambik gambar dengan owner MyRasa Restaurant di Perth, Australia.
Ok.....say cheese....
Kalau nak makan kat Restaurant Melayu singgah la MyRasa di Perth ni.
Ok.....esok kami nak balik Malaysia terchenta dah!....
belum tertunai lagi hasrat di hati nak jelajah kat australia.
BalasPadam