Hari ni keluar awal sikit sebab nak pergi tempat jauh sikit. Dalam 2 jam lebih juga nak tiba ke Margaret River Chocolate Factory di Margaret River.
Sesudah tiba kat sini haruslah mencuba hot chocolate tengah cuaca yang agak sejuk ni.
Saya suruh Dania tengok2 apa yang dia nak bagi kat kawan baik dia sebab kawan baik dia kirim chocolate. Kalau datang Western Australia ni, Margaret River ni chocolate yang paling famous kat sini. Kalau nak tempat yang besar kat sinilah. Ada juga dijual sabun chocolate. Wangi baunya macam chocolate.
Dania pilih milk chocolate untuk kawan baik dia.
Ok jom balik lepas siap beli semua ni. Tak mampu nak beli banyak2. Semua ni pun dalam AUD90++.
Masa nak masuk kedai ni, ada 3 ekor burung kakak tua dok jalan terkedek-kedek macam escort kami nak masuk kedai la pulak. Gambar tak sempat nak ambik selepas tu 3 ekor tu terbang. Cantik sangat berwarna hijau dan gabungan warna lain.
Kami bertiga.
Sebelum ke rumah api Cape Leeuwin kami singgah lunch kat park. Menu hari ni hubby yang masak. makaroni goreng. Masa tengah makan, angin bertiup sejuk. Walaupun nak akhir dah musim sejuk dan nak masuk musim bunga tapi angin tetap bertiup sejuk. Lagipun kat sini kawasannya banyak pokok2.
Replika keretapi lama area Margaret River agaknya tu.
Park ni ada mainan kanak2 jugak.
Dania dengan pokok yang tinggi ini. Entah apa ke nama pokok ini.
Kami bertolak ke rumah api Cape Leeuwin sebelum terjumpa pekan Cape Leeuwin ni.
Ni kedai apa tak sure.
Sepanjang perjalanan di Cape Leeuwin
Semasa tiba di Cape Leeuwin saya Tanya kat kaunter tempat bawah ni. 2 lautan terpisah kat sini.
Hati2 juga kat sini sebab ada juga ular berbisa menghuni kat sini. Bab ni yang Dania ngeri sangat tu. Asal nak ambik gambar sibuk tanya, ummi kat sini takde ular kan?
Kuat sangat angin laut kat sini bertiup. Ni photo hasil lensa Dania. Tq sayang!.
Cantik gambar ni. One of my favourite.
Ok jom ambik gambar bertiga meh....
Ok bye bye rumah api Cape Leeuwin. Masa ni pun tempat ni pun nak tutup tapi masih ada yang baru datang. Tak tau lah boleh masuk ke tak. Pastikan masa buka dan tutup setiap tempat tu ye sebab Mat Salleh ni memang ikut time.
Kalau nak tengok stingray yang friendly berenang kat tepi pantai boleh la ke Hamelin Bay. Saya surf net tengok stingray tu besar mana....makhaihhhh besarnya. Yang bagitau ni pun owner MyRasa Restaurant. Kalau cover area Margaret River boleh la berkunjung ke Hamelin Bay kot nak main2 dengan stingray besar yang friendly.
Balik daripada Cape Leeuwin Lighthouse kami singgah kat Islamic Council of Western Australia (ICWA) sebab nak solat. Ada beberapa masjid juga kami solat kat Western Australia ni. ICWA ni terletak di Rivervale.
Balik daripada Cape Leeuwin Lighthouse kami singgah kat Islamic Council of Western Australia (ICWA) sebab nak solat. Ada beberapa masjid juga kami solat kat Western Australia ni. ICWA ni terletak di Rivervale.
Bersambung lagi kita di Part 7 :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.