Kemana kami ye?.
Kami akan ke Araluen Botanic Park sebab nak tengok bunga tulip. Yayyyyy. Ni lah first time nak tengok bunga tulip secara live ni. Nak masuk dalam ni kena bayar AUD berapa tak ingat.
Ambik gambar dulu kat tulip berwarna ungu ni. Masa ni saya dah terkena ceri beri, muntah dan demam.
Dah saya tak larat naik tram je lah. Owner Myrasa yang tolong ambikkan gambar.
Jom tengok permandangan kat Araluen Botanic Park ni.
Ada volunteer yang tanam semua tulip ni.
Nampak cherry blossom kat sini.
Penutupnya gambar Dania dan saya.
Lepas ni bertolak pula ke Swan Valley sebab nak pergi Caversham Wildlife Park. Jalan masuk utama ditutup pula. Kena la divert ke jalan lain. Main redah je. Akhirnya tiba juga.
Nak ambik gambar dengan si koala ni kena beratur. Tapi saya duduk kat kerusi dulu. Bila dah dekat2 baru saya join. Teruk juga penangan ceri-beri ni. Koala hok ni asyik menggaru je. Dania kata banyak kutu kot ummi. Hehehe....
Nak pergi ke area kangaroo ni saya gagahkan berjalan. Memang takde daya sebenarnya.
Masa ni saya tengah berehat kat kerusi lagi. Kat belakang Dania tu kangaroo yang tengah berehat.
Time ni ambik gambar dengan kangaroo malas ni. Melepak je dia takde nak bangun pun.
Kita tumpang makan dulu kat picnic area dalam Caversham Wildlife Park ni. Lepas tu baru bertolak balik.
Saya bantai tidur dalam kereta sebab tak sihat kan. Seram sejuk je badan ni. Tau2 dah tiba sini. Area Mirrabooka. Kat sini memang ada kedai muslim.
Singgah solat kat Masjid At Taqwa kat Mirrabooka.
Ok.....marilah kita balik ke Mandurah pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.