Rabu, Oktober 4

Hello Perth Part 2

Ok hari kedua di Perth, kami akan ke Pinnacle Desert di Nambung National Park dan ke Lancelin Sand Dunes nak main pasir. Nak ke tempat2 ni kami menggunakan GPS yang kami bawak dari Malaysia. Hubby kata dah update melalui online tetapi macam tak update. Jenuh juga tu. Kalau tempat yang dah ada lama tu memang ada dalam GPS.


Sepanjang perjalanan ke Pinnacle Desert. Ada ternampak di sepanjang perjalanan 2 ekor kangaroo mati tepi jalan.


Akhirnya kami tiba juga kat Nambung National Park.  


Mencari-cari juga mana tempat batu2 tinggi2 dengan tanah kat sini....


Yay dah jumpa dah. Boleh je naik kereta ikut jalan kat tanah tu tapi kami tak ikut pun takut kereta kotor kena charge lebih pulak. 


Gambar ni minta orang Malaysia ambikkan. Barulah 3 beranak boleh masuk gambar.


Nak selit jugak gambar ni. Dania yang ambikkan.


Sempat juga saya ambik gambar pokok ni. 



Anak ummi sibuk jugak nak berselfie.



Singgah pulak information center kat Pinnacle Desert ni. Ni haiwan yang hidup di Pinnacle Desert. Kat sini ada kelawar.
 

Kat padang pasir selalunya ada kalajengking. 


Bila nak balik, hubby terserempak dengan jiran rumah lama pulak.


Lepas balik ajer dari Pinnacle Desert singgah isi minyak kat area Lancelin. Stesyen minyaknya kemain sempoi ajer. Nak tiba Lancelin ni pun kemain jauh juga. Nasib baik minyak kereta tahan. Pheww....
 
Kat sini juga kami sewa sandboarding since dah boleh sewa. Kat tempat sandboarding takde pulak Nampak tempat sewa. Kita kena sewa kat kedai2 macam ni lah. Tak silap sewanya AUD20 dan deposit AUD30. Kalau kita pulangkan dapat la balik AUD30 tu. Sewa selama 2 jam.


Bukit pasir ni memang tinggi. Nak daki kemain letih sebab kaki masuk dalam pasir. Ayah nak tolak Dania turun bukit pasir ni.  


 Gambar tahun 2017 ni nak mengimbau memori kami pernah bergambar kat sini. Tengok gambar bawah.....
 

Gambar Tahun 2006.
 


Sayup2 gambar di atas bukit pasir ni. Depan tu laut. 


Lepas dah siap hantar sandboarding, singgah lunch dulu kat sini. Senang sebab ada tandas dan park pun sangat cantik. Memang pepagi dah siapkan masak untuk lunch. Kat Western Australia ni memang banyak park untuk kita piknik. 


Burung camar laut ni cacat. Sebelah kaki takde jari. Ni Dania bagi makan cheezels.  


Sementara itu, ayah Dania berjemaah dengan warga India. Ada yang dapat PR di Perth dan Singapura.  Ada seorang warga India yag paling tua siap tunggu sehingga ayah Dania habis berdoa untuk berborak dengan ayah Dania. 


Dalam perjalanan balik, dah masuk waktu maghrib singgah solat di Masjid Perth di William Street.



 Gambar bertiga guna selfie stick. Belakang ni Masjid Perth.


 
Kat depan Masjid Perth ada Restaurant India. Bau nasi beriani ni kemain wangi. Baunya sampai ke masjid.
 

Singgah makan nan dan minum teh masala. Alamak teh masala ni rempahnya bau kuat. 



Lepas makan, terus lah bertolak balik ke Mandurah.

1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...