Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, November 17

Perisytiharan UPSR

Walaupun lama tak menulis, masih lagi saya ingat pagi sebelum perisytiharan UPSR ni. Pepagi sebelum 7.20 pagi, Dania dah tiba kat sekolah. Saya terus pergi breakfast dulu. Ye la nak tunggu jam 10 pagi lambat la pulak. Lepas breakfast saya ke sekolah terus. Ambik tempat depan kemudian duduk la saya sorang2 situ sehingga semua tempat dipenuhi ibu bapa. 


Tengok tulisan kat stage pon dup dap dup dap...


Mereka berita kawan baik Dania ni. 
Nadia, Dania, Amylia 


Intro dari Puan GB...saya dah tau keputusan Dania seawal 10.15 pagi sebab saya hantar sms. Saya dah tak sabar nak tunggu. Penantian itu satu penyiksaan. Saya dapat tahu terus whatsapp suami. Dania berjaya memperolehi 3A 3B. Apa nak dikata lagi. Tahun mereka ni hanya 4000++ murid sahaja seluruh Malaysia memperolehi 6A. Masa tulis ni ok lah. Masa on the day saya menangis teruk betul. Kawan saya Naterah tenangkan saya. Sampai nak termuntah tau. Baru saya tahu kalau stress memang terasa nak termuntah. Ish Ish. Nak tak nak kena face juga. Result Dania tak pernah serendah 3A 3B masa exam percubaan. Paling rendah 5A 1B. Yang takde anak UPSR dok la pom pang kat facebook seolah olah tahu situasi anak2 UPSR tahun ni. Tahun ni memang gred naik sehingga 90% padahal Kementerian umumkan tak akan naikkan gred. Kesian cikgu2, anak2 dan ibu bapa. Kena main ke kena tipu ke rasa angin semua ada. 


Barisan guru2 ni nampak ke senyum tapi sebenarnya mereka tunggu anak2 ni bawah stage. Kalau perempuan memang cikgu2 ni akan peluk anak murid sambil menangis bersama. Ada cikgu kata tak sampai hati tengok anak2 murid yang hebat2 depan dia menangis. Ada yang menangis tak berhenti. Saya pun turut peluk juga anak murid perempuan. 


Kath ni baru lepas menjalani pembedahan ni. Beliau ahli gimnas wakil Malaysia. 


 Dania nampak tenang je ambik slip tapi sebenarnya ummi dah tau awal. Bila cakap dengan Dania ummi tak menangis pun. Guru Penolong Kanan tengok saya tu. Result anak beliau sama dengan Dania. 


Cium tangan Puan GB elok2.  


  Mereka lagi...kali ni muka selepas menangis. Dania tu memang frust sangat sangat tu. Senyum pun tak ikhlas je anak ummi ni. 


Gambar terakhir dengan cikgu kelas Dania. Banyak diam dan senyum ajer cikgu Siti Rozila ni. Bersungguh sehabis daya cikgu dan Dania ulangkaji. Tambahan pula cikgu ni cikgu tuition Matematik Dania. 


Sijil2 bagai ambik kat kelas masing2. Kebetulan kelas Dania kat depan stage. 


Ok takpe Dania. Apa yang Dania dapat tu bersyukur la sebab Dania masih boleh apply mana2 kalau ada rezeki. Tetiba Kerajaan turunkan gred ke 3A3B boleh mohon sekolah berasrama penuh. 

Till then....daa.....kita cuba Sekolah Menengah pula. 

No comments:

Post a Comment