Monday, November 7

Birthday terakhir di sekolah rendah 2016

Since dah last dah sambut birthday kat Sekolah Kebangsaan, saya pun rasa nak buat la something. Gigih order kek dari mak kawan Dania. 

Tema : Rainbow
Kek : Vanilla
Krim : Vanilla 

Brings back the memories makan kek klasik macam ni. Inilah hasilnya. Tq Erni...siap ada rama-rama lagi. Simbolik kepada Dania bagaikan rama-rama yang akan terbang meneroka dunia yang baru tahun hadapan. Gulp....dah nak sekolah menengah dah tahun depan.  


Dah pakat2 dengan Cikgu kelas Dania nak buat birthday party jadi cikgu dapatkan kebenaran dari guru besar dan guru penolong kanan. GPK pun anak beliau kat kelas Dania ni jugak, Nak bawak chicken muffin, goodie bag, vitagen, pinggan kertas, kek saya contact ajer cikgu kelas Dania. Ha kauuu zass terus bebudak lelaki ni tolong. Lega aunty Ezna  Goodie bag saya tolong le cikgu susun kat sebelah. Senang nanti bila nak agih2 ambik je sendiri. 


Goodie bag isi ni. 


Happy nampaknya anak ummi bila kawan2 nyanyi lagu Happy Birthday dan Allah selamatkan kamu. 


Boys kelas Dania tak duduk diam ni. Jap ke kanan jap ke kiri. Ada yang main2 kat belakang lagi tu 


Dania is 12 today. Alhamdulilah. Seorang yang mendengar kata tetapi kadang2 degil juga. Kena bagitau kenapa tak boleh kalau ada yang ummi dan ayah kata tak boleh, bersemangat dalam pelajaran, setia dengan kawan, sensitif (yang ni kadang2 kena marah dengan ummi sebab sensitif sangat), rajin bercerita dengan ummi dari A-Z dan banyak lagi la yang positif. Moga Dania menjadi anak yang solehah. Moga berjaya dunia dan akhirat. 


Vitagen Vitagen mari mari mari...


Cikgu kelas Dania yang gigih memotong kek. Cikgu kelas juga yang ajar Dania tuition Matematik. Terima kasih Cikgu Siti Rozila. Terima kasih di atas semua jasa2 cikgu. 


Semua ni gambar kawan2 Dania. Nak buat kenang-kenangan. 


Gathi kat depan ni memang vegetarian. Tak boleh makan cheese, telur, ayam. Jadi memang tak makan chicken muffin yang saya beli. Akhirnya saya tapau crispy fries dari Pizza Hut alang alang saya tapau pizza sebab nak jamu cikgu sekolah. Kesian pulak Gathi cuma minum Vitagen ajer. Tak sampai hati saya. 



Yang pakai cermin mata ni memang wakil Wilayah Persekutuan untuk acara berenang berirama. Ala ala gimnastik tapi dalam air. Kawan tadika Dania jugak ni. 


Ni geng pengawas sekolah ni. 


Yang tersenyum belah kanan tu sama sekolah dengan Dania masa tadika. 



Gigih la ummi pi beli chicken muffin pepagi ni semuanya sebab nak buat special sikit tahun akhir kat Sekolah Rendah. Idak la ummi rasa nak bergoodie bag bila dah masuk sekolah menengah nanti. Kenangan kan?....

Ni hadiah birthday Dania ni. Subang emas. Sebetulnya Dania punya sebelah subang yang Dania pakai dah hilang skru belakang jadinya trade in yang tu ajer lepas tu tukar la dengan subang emas kuning rama2 ni. Sayap tu disadur warna chrome. Badan warna emas. Jadinya tambah sikit ajer. RM190/g harga emas sekarang ni. Hadiah dah dapat hari sabtu lagi. Early birthday present. Subang pun kecik ajer. 


3 comments:

  1. epi besday dania! cutenya subang emas tu :)

    ReplyDelete
  2. happy birthday dania ... bagusnye cikgu dan mamanya rajin membantu utk jayakan majlis ni

    ReplyDelete
  3. lama x komen dlm blog... selalu baca jer..hahaha

    kan. tak lama jejak ke alam sekolah menengah.. pasni tukar citer pasal sekolah menengah pula..hehehehe

    semoga Dania berjaya di dunia dn di akhirat.. amin



    sumijelly.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails