Monday, November 28

Pengisytiharan PSRA 2016

Dup dab dup dab ummi Dania pagi ni sebab petang nanti akan ada perisytiharan PSRA kat Sekolah Rendah Agama. Lepas ambik Dania kat Sekolah Kebangsaan, siap mandi dan solat kat Masjid berdekatan. Makan pun dalam kereta ajer sementara nak sampai Masjid. 

Saya orang pertama tiba kat lokasi sebab takkan saya nak balik pulak sebab lokasi sekolah agama ke rumah agak jauh. 


Kanan sekali tu ustazah kelas Dania. Dari jauh pun lain je rupa ustazah ni kalau saya bertentang mata. Mungkin dari gerak muka nak bagitau result Dania agaknya. 


Ni peratus lulus keseluruhan. 


Part ni suspen. Kat mana la kedudukan Dania nanti. 


Mumtaz tu memang cemerlang lah. Kedua cemerlang Jaiyid Jiddan dan diikuti oleh Jaiyid, Maqbul dan Musaadah. Kalau Musaadah tu kira gagal. 


Barisan Mumtaz Sekolah Menengah Agama Bandar Kinrara 5. Dania kata dari 30 orang mumtaz tu, seorang ajer kelas lain. Selebihnya kelas Dania. Memang kelas Dania ni power sungguh ni. Bayangkan nak kena score kat UPSR, nak kena score jugak kat PSRA di mana markah score PSRA ni ialah 90 markah ke atas baru dapat Mumtaz. 


Dania dapat Jaiyid Jiddan akhirnya. Menangis jugak Dania walaupun Jaiyid Jiddan. Walaubagaimanapun Jaiyid Jiddan bagi ummi dah bagus sangat sebab terkejar-kejar dengan 2 sekolah. Nak bahagikan masa belajar untuk cover 2 sekolah punya subject bukan benda yang mudah. Agaknya kalau ummi lah mampu ke nak tempuh tu?. Susah jugak kan?

***Akhlak & Sirah - Mumtaz
***Bahasa Arab - Jaiyid Jiddan
***Jawi, Imlak & Khat - Mumtaz
***Tauhid & Fekah - Jaiyid Jiddan
***Tajwid - Mumtaz
***Ujian Tilawah Hafazan - Jaiyid Jiddan

Keseluruhan : Jaiyid Jiddan

Anyway, tahniah Dania....moga yang terbaik buatmu sayang....jangan sedih-sedih ya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails