Malam tadi nak keluar minum kopi tiga beranak ni tapi just pergi berdekatan rumah ajer. Saya suggest try kat Kopi & XOXO. Untung2 leh jumpa Nora Danish (in my dreams je kot )
Dari dapur #thegorpis kami order Pisang Cheese & White Chocolate. Pisang sangat crunchy dan manis. Tak sure pisang apa dan bila dikombinasikan dengan white chocolate dan cheese, hmmmm not bad...not bad at all....
Order pulak Doughnut Ice Cream. Ada taburan serbuk kulit kayu manis pula. Ok lah not bad juga rasanya.
Wefie tiga beranak penutup photo . Masa ni makanan tak tiba lagi. Kami order juga hot caramel latte, ice blended caramel dan hubby rasanya order kopi XOXO. Kopi susu sebenarnya tu.
Lokasi Kopi & XOXO kat Bandar Baru Bangi ni tersorok sikit. Tak boleh nampak dari jalan utama. Depan tu macam nak buat walk jadi kereta tak boleh la masuk situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.