Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, November 30

Kidz Vs Food Launch di Kidzania Kuala Lumpur

Kidzania Kuala Lumpur dengan kerjasama Panasonic Cooking dengan kolaborasi bersama chef-chef selebriti, penulis buku dan artis seni hiasan makanan antarabangsa, melancarkan program Kidz Vs Food yang bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mula memasak. 

Nak tau apa aktiviti yang ada untuk segmen ini : 

***Pop-up Kitchen
***Food Science
***Food Art 
***Professional Workshops 

Mereka yang terlibat dalam bengkel dan program yang diadakan ialah Dato' Fazley Yaakob, Abang Brian, Samantha Lee artis makanan antarabangsa, penulis buku masakan Mohana Gill dan chef cilik yang berbakat besar berumur  7 tahun bernama Leah Choy daripada ' Chef Leah with a big heart '. 

Saya tiba awal juga kat lokasi lepas ambik Dania kat Sekolah Kebangsaan jadi saya collect wrist band dan terus masuk. Kejap je la saya tengok Dania main.


Lepas photo ni saya biar Dania main sendiri. Ramai bebudak ni datang ikut rombongan sekolah. Kebetulan Dania datang dengan baju sekolah jadi ala ala datang dengan rombongan sekolah la. 


Venue media launch dalam Kidzania jugak jadi saya tak perlu risau Dania main sendiri, 



Sebelum start media launch saya sibuk la sselfie ngan Abang Brian Masterchef Malaysia ni tapi ni saya letak gambar Dania masa dah habis event. 


Selfie dulu dengan Dato' Fazley yang sibuk tengah prepare bahan memasak. 


Majlis dimulakan dengan ucapan alu aluan daripada emcee hari tu Adik Gelson Eng dari Kidzania CongreZZ Kid. 


Bersama Mayor of Kidzania Kuala Lumpur, Encik Shahrul Nizar Ahmad. 


Beliau ialah Chef Leah yang berumur 7 Tahun. 


 Group photo bersama wakil Panasonic, Vitagen, Sushi King, Lifebuoy, Beryl's dan Young Chef Academy. 


 Dr Fazley ada menunjukkan recipe beliau dengan menggunakan barangan daripada Panasonic.  


 Sesi soal jawab bersama Abang Brian dan Dato' Dr Fazley Yaakob.  


  Nak tahu lebih lanjut boleh click sini kalau nak tau tentang jadual Kidz Vs FoodZania Kuala Lumpur. 

Masa pergi media launch tu Kidzania bertemakan Halloween jadi banyak la replika hantu. 




Jom le ke Kidzania cuti sekolah ni. 

No comments:

Post a Comment