Tadi i tengok cerita The Nanny Diaries dekat Astro. Memang menyedihkan dan menginsafkan. Cerita berkisar tentang Annie Broddock, graduan kolej ni bekerja kat rumah orang kaya di New York. Dia ni jadi pengasuh anak lelaki pasangan ni. Part yang menginsafkan bila ayah budak ni balik kerja, of course si anak nak bermanja ngan ayah dia tapi sebaliknya berlaku. Ayah dia memang la peluk anak dia ni tapi bila anak dia nak tunjuk 'something' dekat ayah dia, ayah dia terus tutup pintu bilik dan kata I'm busy!!. Anak dia teramatlah sedihnya......
Part ibu budak ni pulak, apabila mummy dia kecewa sebab ayah dia janji nak bawak pegi function (ayah dia masa tu outstation, kena naik flight nak balik ke rumah),tak jadi balik ke rumah sebab busy dengan kerja. Guess what? Mummy budak ni terus nak gi bercuti bersendirian selama beberapa hari sebab terlampau kecewa just because hubby tak ajak pergi function (mummy ni actually dah siap2 pakai baju cantik and tunggu hubby balik dari outstation). Bila mummy ni pergi, anak dia menangis-nangis. Anak dia ni pulak tetiba je demam panas. So Nanny ni call mummy budak ni tapi call tak diangkat. ehmmm wonder why??....Nanny ni terus bawa budak ni ke mak dia sebab mak dia ni nurse so tau lah what to do. Then budak ni pun dibawa balik ke rumah. Bila mummy dia balik, mummy dia just tanya anak dia ok?...Nanny ni cakap anak dia demam panas and she tried to call her tapi tak berjawab. Tau mummy dia kata apa?....ok dia nak tidur sebab terlalu penat. Langsung tak jenguk anak and tanya khabar. Ada lagi ke mum macam ni dalam dunia?....
Dari cerita di atas saje lah nak merumuskan 'MONEY IS NOT EVERYTHING'. Sayangilah anak anda selagi mereka ada di dunia ni. Anak itu amanah. Jangan sampai anak lebih rapat dengan Nanny macam dalam cerita ini.....Maybe kita sibuk cari rezeki sampai terlupa anak juga perlukan kasih sayang dari kedua ibu-bapanya..... :) :) :)
Khamis, Julai 30
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.