Tuesday, July 28

Axiata TVC shoot date 26/03/2009



Hari yang ditunggu pun tiba....ummi pagi pagi lagi dah buat breakfast. Just a simple breakfast. Goreng a few Enna's Fish Finger dan roti celup telur. Bangun awal tuh. Dah masak mandikan bakal pelakon iklan tu. Lepas tu bagi Dania minum susu. Pagi2 Dania tak lalu makan breakfast. Makan breakfast dengan ayah and tapau sikit. Zoom terus keluar Apt headed to Sg Besi Highway. Nak kena reach Crystal Plaza sebelah Menara Stan Chart KL sebelum 7.30 am. Tepat 7.30 am dah reach Crystal Plaza. Telefon pun berbunyi ring ring ring....Ms Vila call tanya dekat mana?.....Dah dapat parking terus ke tingkat 29. They all offer makan kat buffet table tu. Since we all dah makan pekena teh tarik je la. Ada jugak mamak handle junk food. Banyak nyer mamee, bla bla bla. Dania pun pakai baju dan rambut dia kena blow. Nasib mood Dania pagi pagi ni ok. Actually i dah berdebar-debar takut Dania meragam.

Pukul 9.00 am terus naik ke roof top. Dania kena ambik mood dulu. Berdiri kat atas kotak and background KLCC. I menjauhkan diri dengan Dania sebab semalam, they all kata ada budak ni bila mama dia kat sebelah, dia tak nak buat. Dania?....I tau dia macamana, tak boleh jauh dari ummi. Ehmm....i pun ke belakang. Tengok Dania kat monitor Director. Disebabkan takde pengalaman berdiri betul2 dekat dengan monitor tu, ada crew suruh I jauh sikit heheheh....dup dap dup dap, rasa nak menangis pun ada....Director puji Dania photogenic dan cute tapi still tak dapat reda hati I yang tak tentu arah ni. Akhirnya I kena panggil and berdiri sebelah kamera nak motivate Dania buat apa yang diarah oleh Director. Banyak jugak take nyer. Ada sekali Dania kata Mummy I'm hungry....sudah crew cepat2 tanya kalau kat McD nak makan apa they all beli. Wow.....like diva ahhh.....Berhenti rehat kejap. Ummi pulak letih tetiba datang kotak soh ummi pun duduk. Ehmm they all nak jaga mood ummi dan Dania. Tau je lah budak2 punya mood tak tentu. Yang best masa rehat, Dania dan ummi kena payung. Nak bagi Dania ikut apa yang crew nak, Director lukis gambar bear Mr Bean dan lekat kat kamera. Ada sekali tu ummi kena goyang2kan bear Mr Bean yang crew lekat dekat payung. Dania pun in order nak suruh senyum, I suruh dia bersin macam Mr Bean. Teramatlah kelakar....Dania ikut pulak tu. Bayangkan dari pukul 9.00 am - 12.00 pm baru habis shooting. Pheww memang letih.....

**gambar kat atas tu masa 1st iklan Dania kat TV....lepas tu baru la ada muka Dania menerbangkan cube ke udara....dan kat bawah, video iklan Axiata Dania....Dania muncul pada awal iklan. Shooting iklan 3 jam, masuk T.V. tak sampai 5 saat. Heheheh....takenyer banyak kali....



video

3 comments:

  1. hi akak...sori if tetiba sya mencelah :)
    sy aisyah.. just nk tnyer la akak,ank akak masuk iklan ni through talent company ker??
    sbb sy ada pi talent company,katanya ada keje dari axiatasy takut org tu tipu jer//so,harap akak ley citer sket.. tq (^_^)

    ReplyDelete
  2. Hi dear,

    Apa salahnya nak mencelah. Ya. anak akak pergi ke talent company Mooka Worldwide di Merchant Square. Pada mulanya untuk iklan Astro. They all akan ambik gamba anak kita guna video cam dan still camera. Selepas casting untuk Astro senyap je they all. Lepas tu dapat call suruh casting untuk iklan Axiata pulak. Anak akak pergi ke talent agency yg sama. Ada rezeki pulak walaupun masa casting tak seberapa anak akak buat.

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan.
    wahh anak akak model .. comel. pndi dia berlakon.

    sy folo akak ...sudi2la kiranya.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails