Khamis, Julai 30

I pegi audition Roda Impian 28/12/2008

I surf la kakiseni.com nak tengok apa yang menarik. Tengok-tengok ada audition Roda Impian musim baru. I terus ajak hubby pegi (hubby pulak ikut je...agaknyer sebab berkali-kali i ulang nak pergi and dia tak sampai hati kot). Sebelum pergi i seperti biasa akan tanya exact direction ke sana so tak susah lah nak cari nanti. Bila i sampai, tak lah ramai sangat orang. Adalah dalam tak sampai 20 orang datang audition. Me and hubby ada daftar. Dania pulak as usual nak ikut mana ummi dia pergi. Duduk la si kenit kat sebelah ummi. :) Sume yang datang selepas serah borang, dapat lah nombor. I kan punyalah tanya itu ini kat person in charge tu (ingat lagi nama dia Jimmy), selain tu nak redakan dup dap i, i tanyalah orang sebelah...datang berapa orang, tau tak apa yang they all nak tanya, bla bla bla (ezna....ezna....mulut ringan sungguh)....hihihii....tak lama selepas itu.....i kena panggil. Rupanya kena isi tempat kosong. Adalah pembayang dibagi seperti Pekerjaan. Bawah tu ada huruf sikit2 dan kena isi tempat kosong. I still remember jawapannya Pegawai Bank. Tu pun i tanya orang sebelah tak lain tak bukan Mr Hubby....hihihi..boleh discuss pulak tu (sebenarnya tak boleh). Bila Jimmy tengok je buat buat le takde pepe berlaku. Tapi kan yang banyak tanya 'orang sebelah' i le. hihihihi......Pastu Jimmy dengan baik hati bagi i masa lagi isi kertas tu.....haaa tak rugi buat baik ngan orang tau.....Lepas tu, i akan dipanggil ke dalam bilik. Interview pulak. Dania ikutttt je ummi. Dalam bilik tu Dania siap nak minum susu lagi. Ishhh Dania ni ada-ada je. Terpaksalah cakap sorry kat interviewer tu. Dania baring kat i and teruslah minum susu dia. Interviewer tu start interview i. Mula2 dia mark kertas yang i buat tu. 5 out of 10 yang betul. Lepas tu soalan dia 'kenapa u nak masuk Roda Impian?' i cakap sebab nak menang duit / hadiah dan nak dikongsi bersama famili dan teman2. Lepas habis interview, i kena masuk satu bilik yang i kena berlakon as if dalam rancangan Roda Impian tu. They all rakam apa yang i buat. Dari situlah they all nak pilih peserta. I buat2 lah spin Roda. Pastu bila they all tunjuk berapa duit yang i dapat, I kena buat buat happy. Pastu i kena teka la kengkononnya apa jawapan puzzle tu. Guess what????....dengan semangat i jerit la sket. Sebab....i dengar org yang masuk sebelum2 i semuanya boleh dengar suara dorang sampai ke luar. Oh ya, pintu bilik tu memang ditutup rapat. Dania nasib baik senyap je kat dalam tu.....dia dengar cakap crew tu supaya senyap.....Dah habis tu, i terus keluar. Hubby pulak?.....i punyalah nak tergelak ni...Dia pun tadi kan dah isi borang dan masuk bilik interview, kena reject sebab suami isteri. Rupanya suami isteri tak leh join sekali kena salah seorang. Tapi, tak payahlah suruh isi puzzle dan masuk bilik interview. Ni bagi harapan kat orang pastu kena reject (sorry lah abang...kelakar lah pulak)....Hubby tak masuklah bilik video tu. So....we all pun balik lah. Takde lah harapan sangat sebab tak tau apa kriteria dorang cari tapi menurut kata Jimmy dia suruh i buat buat ceria so i did dan sekarang i tunggulah panggilan telefon dorang nanti.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...