Tuesday, July 28

Cerita di sebalik Iklan Axiata (Formerly known as Telekom Malaysia International)

Masa first pegi casting,i tak put high hopes Dania terpilih (sikit-sikit adalah...hehehhehe)......sebab masa casting, Dania susah nak ikut cakap org tuh....agaknya Dania tak paham sebab org tu cakap ada sikit slang cina dan Dania kebetulan baru bangun tidur sebelum ke situ. chinese lady tu suruh Dania assume dekat tapak tangan ada butterfly. Budak2 kena ada real thing baru percaya. At first Dania macam pelik je. Tenung je tapak tangan dia....and then, dia kena lepaskan. As if butterfly tu dilepaskan. Pastu alahai...kena sambut balik butterfly tu. Agak kelakar jugak. Bukannya senang nak buat commercial...ehmmmm......Ada sekali tu Dania tak nak ikut cakap chinese lady ni. Dia tepuk2 backdrop belakang. Kena marah lagi. Dah nak nangis. Pandai pulak dia nak pujuk Dania tapi (rasa macam tak ikhlas jek :(....Akhirnya chinese lady ni malas nak teruskan casting sebab Dania tak nak dengar cakap dia. Dia bebel kalau dapat sekalipun susah nak ikut cakap director and dia pun dah berpeluh-peluh...ehm rasanya ada pasang aircond.nape ekkk?....Dah cakap gitu baliklah kitaorang......dalam hati CONFIRM tak dapat.

Tak lama lepas tu.....

I dapat call suruh Dania datang 2nd casting sebab being shortlisted. Haaa?....boleh percaya ke?...Remember tak 1st casting tak buat sampai habis tapi kali ni dengan Assistant Director. Masa buat casting, Asst Director ni suruh la Dania assume lagi kat tapak tangan ada butterfly. Dania kata tak nak. Ummi terpaksalah cakap kat Dania, Dania suka binatang apa?. Dania kata bird sebab bird ada dalam citer Cinderella.Heheheheh...Ye lah bird pun bird la. Asst Director kata Director berkenan dengan Dania jugak sebab Director kata Dania punya smile so sweet. Dalam hati i macam berbunga-bunga jugaklah. Ingat tak Chinese lady tu?....dia buat tak nampak je.....

Akhirnya....

I dapat call kata Dania being selected dan kena datang wardrobe (terms dorang dalam field ni bermakna cuba baju). Happy macam tak percaya!!!!! Datanglah we all pada hari yg ditentukan.
Dania kena fitting 8 helai baju yg semuanya berwarna putih. Director nak Dania pakai baju warna putih. Ramai yang datang fitting. Adalah dalam lebih 20 pelakon. Dania salah seorang pelakon utama. Dia mewakili kanak-kanak dari Malaysia (Dania tunjuk kat ummi That's me.....dengan senyumnyer....kembang la tu). Gambar2 pelakon sume ada dilekat kat kadbod supaya senang tukang in charge fitting baju nak bagi baju yang sesuai. Memang gambar Dania besar. Yang lain kecik je. Ada orang Indonesia. Dari pelakon iklan kat situ ada bagitau pelakon Bangladesh pun ada. Ye lah iklan telekomunikasi kan. Dania excited nak try baju-baju dia. Lepas pakai baju, kena tangkap gambar supaya nak ditunjuk pada Director. Lepas pakai baju, Dania berlari-lari nak tangkap gambar. Imagine Dania kena pakai 8 helai baju dan kena tangkap gambar 8 kali. Yg kelakarnyer tiap kali dah siap pakai baju Dania akan berlari nak tangkap gambar. Kadang2 dier berlumba ngan pelakon lain nak tangkap gambar. Disebabkan Dania tiba dulu so priority were given to Dania. Orang yang tengok gelagat Dania semua tergelak termasuklah ummi dan ayahnyer.....Part tak best sebab kena tunggu lama. Ramai yang nak try baju. Termasuklah ada pelakon iklan senior. Jadi ayah dalam Buih Buih Cinta. Yang berlakon dalam iklan zaman dah berubah Berita Harian jadi ayah tu. Iklan Axiata ni dia jadi big boss. Chinese lady tu lagi.......masa Dania tengah fitting baju dia lah kengkonon cakap sape ambik gambar u?....i le....buat-buat baik plak dengan Dania.....(Dalam hati i, sungguh tak ikhlas...ek elehhhh...hari tu dok bebel2 kata Dania terpilih pun susah nak ikut cakap Director). Tapi rasanya Chinese lady ni malu sebab Director pilih Dania. Haa...masa Dania tengah fitting baju ternampaklah gambar kids ramai2 sebab Mooka Worldwide buat presentation dekat client. Nak pilih pelakon jadi memang dah rezeki Dania, Dania terpilih. Alhamdulilah. Walau betapa nampak dari awal lagi, Dania tak mungkin akan terpilih.....kalau dah rezeki tak ke mana....



1 comment:

  1. Assalamualaikum. .kalau boleh tahu mooka worldwide ni ad fb x kak?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails