Ni bergambar kat dalam bilik depan cermin ni. Memang hubby sporting dikerahkan ambil gambar. Hehe
Dania dengan hiasan di lobi hotel. Pergola kat belakang tu untuk dijual ya. Pagi raya kami warna biru. Ingat kot nak posing tepi bendang. Hujan lebat pulak hari raya pertama ni. Indoor la jadinya.
Gambar Dania di tangga. Kasut Dania pakai ni yang tercabut tapaknya. Eiiii biasa tu....

Gambar saya dan hubby pulak.
Gambar bertiga pulak.
Bila dah berehat, solat, mandi kami keluar nak ke Aman Sentral. Elok je nak keluar bilik, tapak kasut Dania tercabut.
Cari la sepasang kasut baru berwarna hitam yang boleh dipakai masa kuliah juga. Kasut raya boleh, kasut kuliah boleh. Kasut yang tercabut tapak tu pun beli kat Aman Sentral jugak.
Dania pilih yang ada heels rendah. Tak ambik yang heels tinggi. Paling penting tapak kasutnya berkusyen. Ni jenama Carlo Rino. Jenama ni tak tengok asalkan selesa kat kaki je.
Kedai yang buka mamak tapi macam tak lalu nak makan. Singgah sini nak merasa buat pertama kali.
Ada ayam bersalut BBQ, nugget, air dan burger.
Burger dia agak nipis. Rasa oklah....harga? RM12 satu burger ni.
Ayam setelah dicicah cheese. Rasa smoky dan berlemak. Cheese ni macam serbuk cheese rasanya.
Bergambar jap depan F.O.S. Aman Sentral. Mengimbau kenangan ke tu?.
Balik hotel....Raia ni memang kami suka menginap hotelnya. Parking sangat banyak dalam compound hotel. Rasa selamat la berbanding parking kat luar.
Habis dah cerita Raya pertama kami....sambung esoknya pulak.
XOXO,
Ezna
mujurlah dekat je hotel & nak beli kasut baru hehehe.. cantiknya Dania & ibu ayah! manissssss anak dara! hehe
BalasPadamTerima kasih Ana. :) Dalam perjalanan tu nasib baik tak jam....
PadamSelamat hari raya. Maaf zahir & batin.
BalasPadamSelamat Hari Raya Cie....
PadamMcm kejadian kak M, 2 tahun lepas.. Raya pertama tapak kasut tercabut.. Terpaksa lah ke kedai beli kasut baru.. Padahal kasut yg tercabut tapak tu pun baru je beli
BalasPadamKasut tercabut tapak Dania tu baru tukar tapaknya kat pembuat kasut. Ehhhh....tercabut jugak. Nampaknya memang kena beli baru la Linda.
Padamcantik2 la gmbr posing2 kat hotel tu!! nice sgt!
BalasPadamTerpaksa pakai stick untuk ambik gambar bertiga tu Suzz....
PadamMacam tau² je nak pergi mall ye, ngam² tapak kasut tu tercabut hik :D
BalasPadamSana sini mmg kedai mamak je yg buka bila raya² ni kan...
Kasut ni pun mengada ni PH. Mungkin dah sampai masa la tu. Dah baiki pun sebelum ni kasut tu. Dia tercabut jugak...kenalah membeli jugak akhirnya.
PadamItu sebab kena pilih hotel yg cantik baru boleh bergambar alang2 dah nak berhari raya hihii.. Alhamdulillah nasib dekat jer nak beli kasut tu..
BalasPadamSebenarnya nak ambik gambar sawah padi. Takde rezeki sebab hujan lebat pulak. Jadi indoor ajer la.
Padamanak dah berapa kali ajak masuk richcheese factory tu...belum ada kesempatan lagi. Suami saya agak kakau diajak bergambar... kelakar hasilnya..hahaha
BalasPadamSebenarnya ada Dania cakap sebelum2 ni. Nak nak masa raya ni kedai orang kita tutup. Mamak je yang buka. Tak lalu nak makan makanan mamak jadi bila masuk mall ni makan je apa yang ada kat sini. Kebetulan Richeese ni ada. Rasanya brand dari Indonesia ni.
PadamLawanya kurung based putih corak color biru...suka tengok...
BalasPadamWarna jadi naik sebab latarbelakang putih tapi kena berhati2 kena pakai inner dan seluar kat dalam untuk lebih selamat sebab baju warna putih.
PadamSelamat Hari raya sis...Mlm raya sy baru kecikkn pinggang kain baju raya che mek..Sbb sy terlupa nk jahit mase dkt rumah KL..Mujur tokma dia ada bekas menjahit =D
BalasPadamraia hotel panel company...kalo outstaion kedah stay sini..nextweek ptt ke sini juga tp sbb kita byk report dh inform bos tkbole outstation
BalasPadamkemain curlass kamu kak, ootd kat hotel. tema kita sama. lawa-lawa.
BalasPadamsetakat sampai hari ini, belum pernah lagi 1 Syawal di hotel, tapiii boleh di cuba ni, lain dari yg lain.
Eh saya sukaaa baju kurung raya yg kakak dan Dania pakai. Beli di mana ya? Memang nak cari baju kurung lah kalo nanti ke KL sept ini. Kemarin saya tak sempat cari.
BalasPadam