Selasa, April 22

Movie Review 'Blood Brothers : Bara Naga'

Saya dan Dania berkesempatan untuk menonton Blood Brothers. Filem gangster ni arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. 

Saya tidak melihat sinopsis movie ni melalui media sosial sebab tak nak ada bias bila menonton movie ni. Dah macam FOMO (Fear of Missing Out) pulak bila menonton filem ni. 


Di dalam movie hall. Saya selalu pilih tempat yang hujung. Senang nak keluar. Tempat kami ni paling belakang. 



Movie ini dibintangi oleh :

Sharnaaz Ahmad sebagai Ghaz
Syafiq Kyle sebagai Ariff
Shukri Yahaya sebagai Fadhlan
Amelia Henderson sebagai Sheila
Shazwan Zulkifly sebagai Jaki
Wan Hanafi Su sebagai Dato Zul
Zamarul Hisham sebagai DSP Adlin
Andy Teh sebagai Pablo
Amir Nafis sebagai Amir
Ray DabDab sebagai Bos Sam
Hushairy Hussein sebagai Ayah Mus
Tracie Sinidol sebagai Mira
Dini Schatzmann sebagai Daniel

Movie ni berkisar gangsterism di mana Ariff yang berasal dari perumahan flat dijadikan pengawal peribadi di dalam group gangster elit yang sama dianggotai oleh Ghaz. Ghaz dan Ariff ni bagaikan isi dengan kuku dan saling backup dalam mempertahankan diri masing-masing. Kumpulan gangster ini diketuai oleh Dato Zul. Ariff merupakan seorang yang setia kepada kumpulannya. Kumpulan ini turut mengamalkan upacara simbolik menoreh tangan sehingga berdarah untuk  upacara taat setia kepada ahli kumpulan. Dalam kumpulan ini, sesiapa yang didapati mengkhianati kumpulan akan dibunuh. Bab ni macam ala-ala movie orang putih dalam movie mistik / ahli sihir. 

Ghaz pula bercinta dengan anak kepada Dato Zul iaitu Sheila dan ketika majlis perkahwinan Sheila dan Ghaz, Ariff ialah orang terakhir yang berjumpa dengan Sheila. Ariff dituduh membunuh Sheila yang dijumpai mati di bilik. Ariff ada memberikan kepada Sheila sejenis pil yang Ariff dapatkan dari Mira yang bekerja di sebuah hospital swasta. 

Kesetiaan Ariff dipersoalkan lalu Ariff lari dan mendapatkan bantuan abang kandungnya Jaki yang bekerja sebagai penyiasat persendirian. Kebetulan ex boyfriend Sheila iaitu Daniel menyuruh Jaki untuk memasang video di dalam bilik pengantin. Daniel bengang kerana Sheila hendak berkahwin dengan Ghaz tetapi bukan dirinya. Melalui perakam video yang dipasang di dalam bilik pengantin Sheila, Jaki tahu siapa yang membunuh Sheila. 

Siapakah pembunuh Sheila?. Adakah Ariff akan dibunuh oleh Ghaz yang memang saling backup Ariff? Sebelum itu Ghaz telah membunuh Abang  

Filem ini diberikan klasifikasi 16 iaitu untuk penonton berumur 16 tahun ke atas. Bagi saya, penonton 16 tahun ni masih di bangku sekolah. Filem ini berkisar ahli kumpulan gangster dan ada adegan tembak menembak, saling berbunuhan. Rasa-rasa sesuai ke untuk tontonan anak-anak di sekolah menengah?. Isu buli di sekolah menengah masih belum boleh diselesaikan sepenuhnya kan?. Saya rasa agak tidak sesuai klasifikasi yang diberikan. Mungkin klasifikasi 18 lebih sesuai. 

Filem ini juga mostly highlight adalah gangster dan saya takut jika pelajar sekolah menganggapnya cool untuk menjadi seorang gangster. Ada satu adegan yang saya rasa tak patut apabila Jaki, Ariff dan anak saudara Ariff dibawa oleh van polis untuk ke tempat yang selamat. Bila DSP Adlin cakap 'selamat' je....anggota polis kena ambush dan semua anggota polis mati kecuali DSP Adlin. Takkan senang-senang je Polis Malaysia dikacangkan oleh gangster? Tak ada back up plan ke?. Itu saya kata filem ni nak tunjuk macam gangster tu lebih kuat dan Polis kita ni macam diperlekehkan. 

Walaubagaimanapun watak Jaki ada unsur kelakar juga walau di saat genting. Nampak serabai je dengan jambang dan saya hampir tidak mengenali Syazwan Zulkifly yang selalu melakonkan watak antagonis. Lagi satu watak yang menjadi bagi saya ialah Fadhlan. Eh sekarang Syukri Yahaya dah bawa watak gangster lah. Geram je rasanya. Sebelum ni terkenal dengan watak gatal ada perempuan lain walau dah berkahwin ya?....geram watak Fadhlan ni dalam movie ni. 

Walaupun ada unsur kekeluargaan tapi....
- Ada adegan Jaki dan anaknya kemudian anaknya cakap nanti ayah dia dapat duit banyak la hasil dari jual video. Tapi....video ni video yang Jaki letak dalam bilik pengantin Sheila. Lepas tu Jaki nak minta la duit yang banyak kat ex boyfriend Sheila iaitu Daniel. Hasil daripada video intipan tu digunakan untuk menyara keluarga?. Ini boleh dijadikan contoh?. Bukan intipan yang biasa tapi diletakkan di dalam bilik pengantin. Kemudian nak ugut-ugut orang pula untuk kepentingan diri sendiri. 

Walaupun ada unsur semangat setiakawan tapi....
- Saling cover diantara Ghaz dan Ariff tapi dalam gansterism. Saling berbunuhan dan ini yang nak dijadikan contoh kepada semangat setiakawan?. 

Walaupun ada unsur kelakar tapi....
- Ada seorang pelakon sebut perkataan 'Ba*i' tiba-tiba ramai pula penonton dalam panggung yang gelak. Hairan pula saya kenapa nak gelak dengan perkataan tersebut yang selalunya disebut jika marah atau maki kan?. Perkataan tersebut maknanya boleh diterima jika diucapkan....macam dah normalisasi pula. 

Nak perbaiki kehidupan tapi....
Bila Ghaz beritahu Ariff yang masa tu mungkin terfikir nak tinggalkan kehidupan sekarang tapi Ghaz beritahu yang kehidupan sekarang lebih baik berbanding dahulu. Maknanya kehidupan sekarang ni sebagai seorang gangster adalah lebih baik. Jadi...kalau nak kehidupan yang lebih baik in terms of duit banyak, kesenangan kena la jadi gangster. Hmmmm...

Bahasa yang digunakan oleh gangster dalam filem ini biasalahkan Si*l, Ba*i dan sewaktu dengannya. Tak sesuai untuk tontonan anak-anak ni. Walau ada ibu bapa di sebelah....perkataan tu akan masuk dalam minda anak-anak. Ni khas anak2 di Sekolah Menengah ya....

Filem gangster macam ni boleh pecah panggung?. Fikir-fikirkanlah.

Ini adalah pendapat saya. Pendapat you alls mungkin berbeza. 






XOXO,
Ezna

 

 

10 ulasan:

  1. Belum tengok lagi cerita ni.. tunggu je lah keluar neflix nanti hihihi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk ni tapi lepas tayangan la. Kena tunggu lagi...

      Padam
    2. Tunggu jer la.. dah ada 4 org anak ni takde la nak pi tgk wayang huhuu

      Padam
  2. betul tu sptutnya filem jenis guna ayat-ayat perkataan mcm tu, 18 above je lah blh tonton.. ini letak 16 kalau tak silap kan?

    BalasPadam
  3. setuju bab bahasa tu..banyak sgt yg kasar and bab klasifikasi tu, mcm MA hari tu ada je budak2 yg under age lepas masuk..so no point kot..

    BalasPadam
  4. memang filem tema gangster gitulah plotnya, if not, jadi hambar --memang kena tahan telinga dgr all those vulgar words dan i berkali2 remind my boys psl it's wrong to use all those words and never ever use them..so far my boys tak de lg sebut perkataan yg teruk2 even time diaorg bergaduh ke apa kan...hrp2 takkan lah, insya Allah

    BalasPadam
  5. filem2 Syafiq memang layan lah kalau masuk pawagam, anak kak ana ada ajak pi tonton filem ni.. :)

    BalasPadam
  6. Ramai kat best. Takde rasa nak tengok pun. Tak minat filem2 aksi camtu jadi takut.

    BalasPadam
  7. Best tengok movie ni. Hubby yang tak tengok movie melayu pun nak tengok jugak.

    BalasPadam
  8. Tp terkadang mau letak usia 21+ yg boleh tonton, kenyataannya masih adaaaa yg bawa anak kecil saat melihat movie begini. Ntahlaah, pihak bioskop pun tak tegas kan. Masih dibolehkan masuk. Sama saja dengan Indonesia. Sekedar syarat saja usia yg bisa menonton movie, tp fakta, anak2 pun dimasukkan.

    Saya msh tertarik lihat movie ini, Krn action memang genre fav saya. Tp tuhlah, harus tunggu Netflix 😁

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...