Alhamdulilah....masa yang dinanti-nantikan. Bila Dania kata hari Khamis 24 April 2025 nak sambung tanam bayam yang masa tu kehabisan biji benih. Apa lagi...niat nak puasa ganti saya awalkan sehari supaya nanti dapat ikut serta Dania ke ladang. Tambahan pula di luar waktu kuliah. Hehe.
Terjumpa pula kawan2 course lama Agribusiness yang ke ladang yang sama sebab ada subjek Akuakultur. Mereka kena bela ikan. Kalau tak tukar course memang Dania kena bela ikan la. Subjek yang Dania ambik ni Agricultural Entrepreneur yang Dania kena beli biji benih dan baja, tanam, membaja, cabut rumpai, tuai dan akhirnya menjual. Nak tengok nanti untung ke tak perniagaan mereka. Setiap course kat dalam Fakulti Pertanian kena ambil subjek ni. Bezanya cuma semester berapa yang kena ambik.
Kawan Dania mencampurkan biji benih dengan pasir. Campuran dengan pasir ini supaya tanaman dapat ditanam secara berjarak diantara satu sama lain. Ia dipanggil penjarangan.
Campuran biji benih bayam dengan pasir akan jadi macam ni.
Ambik gambar anak sendiri dulu.
Tools ni memang saya beli dulu masa Dania course Agribusiness. Boleh mencakar tanah tapi alatannya bersaiz kecik. Senang nak bawa.
Ain tengah masukkan biji benih dalam alur. Kat satu batas ni dibahagi kepada dua alur. Seorang pula sibuk mencabut rumpai.
Rupa tunas bayam yang dah mula naik. Ni mereka tanam dah seminggu ni.
Saya ambil video tunas yang mula tumbuh kat batas ni. Excited pula saya. Warnanya kontra dengan rumpai jadi takdelah tersalah cabut.
Bila satu batas ni 7 orang yang jaga takdelah terbeban sangat berbanding seorang yang jaga 1 batas macam Dania kena jaga jagung dulu.
Apa yang penting? Kerjasama!!!.
Video mereka sibuk mengerjakan biji benih.
Tools ada 2 jadi ok lah juga. 2 tools ni memang saya bawa dari rumah.
Ni gambar mereka satu group cuma tak cukup lagi seorang sebab ada aktiviti kolej.
Semua pandang kamera....senang la kot nak ambik satu dua gambar ni untuk dimasukkan ke dalam report. Ada dari Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan (program 3 tahun) UPM Bintulu yang berumur setahun tua dari Dania, Ada yang dari Diploma Perikanan UPM Bintulu (program 2 tahun) yang sama umur dengan Dania. Ada yang dari Matrikulasi program 2 tahun pun sama umur dengan Dania. Ada yang dari Asper 19 (Dania dulu Asper 18) yang muda setahun dari Dania. Macam-macam background. Dah saya ada kat sini ringan je la mulut saya menanya. Hehe.
Masa ni saya dah duduk kat hujung. Tunggu la saya kat sini sampai Dania selesai.
Ini pula hari selepasnya. Masih ke ladang yang sama untuk mencabut rumpai pula. Plan mereka satu group nak membaja dan merumpai tu seminggu sekali.
Dania kata bersungguh mereka mencabut rumpai sampai hampir bersihlah rumpainya. Boleh bandingkan kanan dan kiri batas yang banyak lagi rumpai. Cabutan rumpai ni penting supaya pertumbuhan bayam ni tidak terganggu. Kalau ada kehadiran rumpai, dia menumpang sekali nutrien dari baja tu.
Pegawai Pertanian yang buat rondaan kata group Dania berjaya tumbuh bayamnya. Group yang lain masih tak nampak lagi bayang tunasnya.
Bab menyiram tak menjadi masalah sebab Pegawai Pertanian sendiri akan memasang pemercik air untuk menyiram tanaman mereka ni.
Moga tumbuh dengan sihatlah tanaman group Dania ni ya.
XOXO,
Ezna
Tak sabar nak tunggu bayam Dania tumbuh dengan jayanya...all the best Dania dan kawan- kawan
BalasPadamTerima kasih SA. Dah tanam bayam pulak....hehe.
Padambest buat kerja sesama, semua ada ikut serta. seronok, rasa kita pun nak stat bercucuk tanam. azam je, buat blm tahu bila nak mula tu. ehehe!
BalasPadamYa kena semua ikut serta kecuali ada hal yang tak dapat dielakkan. Nasib baik group ni rajin. Sila la mula...mana tau...sihat bayamnya nanti.
PadamIn shaa Allah, kita berbudi dengan tanah akan dapat hasilnya.
BalasPadamInsya Allah....
Padamwahhh...semoga tanaman dania tumbuh subur dan cepat besar
BalasPadamTerima kasih Nieyl mendoakan...
PadamSeronok bila tengok hasil tanaman menjadi. IN syaAllah hasilnya lumayan nanti.
BalasPadamSeronok lah course ni, apalagi dengan hasilnya.
BalasPadamcuaca panas kan sekrg..nampak kering tanah tempat menanam tu...moga2 bayam dania dan kwn2 tumbuh subur. aamiin
BalasPadamSaat melihat tunas2 nya mulai tumbuh saja dah excited jugaa . Apalagi kalo sudah membesar dan bisa dipanen 😍. Memang beda kan memetik hasil dari jerih payah bersama team
BalasPadamTangan Dania menjadi kann, bestnyaaa..
BalasPadam