Saya ada ke Maxis pada 8 Januari 2025 sebab nak terminate nombor Dania sebab phone dia kena hacked tu. Diulangi 8 Januari 2025 ya....Amboiii kenapa nak ulang sampai 2 kali ni? Baru2 ni sajelah saya godek2 akaun Maxis saya online sekali.....eh eh...phone Dania yang kena hacked masih aktif.
Kronologi :
8 Jan 2025 - Pergi Maxis Alamanda dan minta terminate nombor Dania yang 012-*****55 sebab kena hacked. Blog post di sini Masa ni Dania dapat nombor baru la.
17 Apr 2025 - Godek2 Maxis punya akaun online dan ternampak nombor 012-*****55 belum terminate dan saya kena charge RM79 untuk akaun tersebut. Kenapa kena charge. Saya request T.E.RM.I.N.A.T.E? No ni saya selalunya bayar RM48/bulan je...bukannya sampai RM79.
18 April 2025 - Pergi Maxis IOI City Mall nak check pasal nombor yang sepatutnya kena terminate tapi masih aktif. Maxis IOI City Mall suruh call 123 sebab mereka cuma agen. Kena deal dengan Service Center / Call 123.
21 Apr 2025 - Call customer service Maxis kat 123 dan dapat tahu tak ada pun report nak terminate untuk nombor 012-*****55 dan Customer service minta saya ke Maxis Alamanda. Customer Service kata bagus juga saya blog kan pasal ni sebab nanti boleh trace balik tarikh dan person in charge yang bertanggungjawab.
22 Apr 2025 - Pergi Maxis Alamanda tapi person in charge yang saya deal dulu cuti, esoknya baru kerja tapi shift petang lepas jam 2 petang. Report terminate berjaya dihantar ke Maxis. Baru hantar ya setelah 3 bulan saya request ya. Kalau nak minta Maxis ganti balik duit yang saya bayar free free je RM79 selama 3 bulan tu kena melalui person in charge yang buka kes ini. Hmmm nak kena gi Alamanda balik...tau person in charge kerja petang selepas saya tunjuk blog saya kat staff Maxis tu. Sipi2 je gambar tu tapi staff tu kenal...
23 Apr 2025 - Jumpa person in charge nama A****l. Dia pun agaknya dah lupa saya. Bila dia buka balik kes saya ni ada tertera 8 Jan 2025. Katanya saya kena charge RM79 sebab nak keluarkan nombor tersebut dari family plan. Saya tak faham...saya nak terminate nombor tersebut sebab kena hacked. Sebarang tambahan tu saya tak nak. Apa kebendanya pula kena bayar pulak RM79?. Macam jatuh ditimpa tangga tak?. Kena hacked kemudian naikkan pakej ke pakej baru nombor kena hacked tu. A****l tanya nak masukkan duit dalam akaun peribadi atau reflect dalam bil telefon untuk bulan seterusnya?. Saya minta option masukkan dalam akaun peribadi.
***Maxis Customer Service yang saya call 123 tu kata PIC upgrade pakej saya kepada RM79. Kalau la kata ni kos termination tapi kenapa bulan 2-4 saya telah dikenakan caj RM79?. Saya minta untuk terminate kenapa sampai 3 bulan masanya?.
Saya harap selesailah pasal nombor yang ni. Dania pun dah pakai nombor yang baru dah. Tak nak lah saya kena bayar sampai 3 bil padehal 2 nombor je yang aktif guna. Jadi, kena sentiasa alert pasal ni...even kita dah suruh pihak Maxis terminate pun masih tak terminate lagi. 3 bulan tu...lepas tu naikkan pakej pulak. 😒 Kan dah sah sah saya cakap tak nak guna lagi nombor yang tu...
Nak call Maxis pun bukannya senang...tekan 1...bla bla.....tekan * bla bla.....lepas tu tekan apa entah lagi....nak sampai ke Customer Service pun satu hal menunggu jugak. 😩
XOXO,
Ezna
Aduhai..Gitu plk kesnya ye...Patutnya PIC Alamanda bgtau cost terminate sebab sy rasa akan ada bill prorate utk nombor yg di-terminate tu If sis terminate before / after cycle billing date..Tapi geram jugak..Dah req utk terminate, tak bgtau cost prorate if ada after terminate & nombor pun masih active..Byk fatal (kesalahan PIC) dekat sana..Tu kalau sy mase dekat CS Celcom dulu, kalau customer buat report mcm ni, KPI kami RM300/month utk bulan tu akan kena potong terus. Sebab effected dekat customer akaun...Ape2 pun harap2 lepas ni xde dah bill ape2 yg sis kena chrg & nombor tu dh tak aktif dah...
BalasPadamActually bila call customer service dia kata memang tak ada contract untuk pakej Dania tu jadi selamat la. Sis terminate sebelum cycling date iaitu 17hb setiap bulan. No tu pun dah dipotong tapi setelah 2 hari lepas gi Maxis Alamanda. Kena deal balik dengan PIC sbb dia yang log pasal kes sis ni TAPI dia pi tinggikan pakej pulak instead of RM48/bulan jadi RM79/bulan. No pun masih aktif walaupun request nak terminate. Jadi sis minta duit pertambahan pakej selama 3 bulan tu. Ada staff dia cakap marah dia kak. Sis kata tak boleh sis puasa. Boleh PIC kata nasib baik. Sabar je lah ya. Takut kena marah la tu yang sepatutnya kita boleh marah kan...hmmm.....
PadamMesti PIC tu gelabah erk...x kan terminat nak ken abayar RM79 untuk keluarkan dari family plan...apooo...lepas ni kena alert la kan...pening kalau masalah berbangkit ni...
BalasPadamYa sebab dia pi tambah pakej pulak. Apo? Memang kena alert. Kita ni percaya la dah settle kan....sebab pergi service center Maxis....rupanya masih ada lagi tak settle....
PadamLine lain ni pun ada jugak masalahnya Ezna. Moga dipermudah kan.
BalasPadammemang sgt2 hassle la bab2 gini esp kalau nak terminate apa2 service cthnya as*** etc...sbb diaorg tak nak hilang customer ie revenue/profit diaorg kan. bagus lah u sgt2 beria bab2 gini sbb ramai org tak gigih nak tegakkan hak...esp in msia kan
BalasPadamlaa tak selesai lagi ke? azhad dulu kena tapi bukan nmbr dia. dia x pernah daftar nmbr tu tetiba dtg bil. dari satu bil ke dua bil. tiap bulan report dan sampai 4 bil kalau tak silap. tapi memang kami tak bayar sebab tak pernah daftar pn. bila wasap tuan nmbor tu kami lak kena maki. geram
BalasPadambaru tahu kalau nak T.E.R.M.I.N.A.T.E. pun kena charge jugak.
BalasPadamaduhai mmg rasa teraniaya bila kena mcm ni.. sis Ezna boleh screenshot semua bukti2 ni & email juga pada Kementerian Komunikasi supaya biar ada tindakan juga dikenakan pada Maxis sbb buat main-main je hal-hal mcm ni.. nti hujung2 kita as customer jugak yg kena bayar hurmmmm
BalasPadamOhhh ini kartu paska bayar ya kak . Yaa laah dah minta terminate, tp kartu ttp di charge , kan mau marah kita dibuat. JD lebih mahal pula.
BalasPadamTerkadang tak tahulah, cara CS ini ditraining dulu. Paham tak request customers. Tak kan sampai 3 bulan masih menggantung case nya
Sy pernah terkena dgn provider ni. Long time ago masa kita guna broadband. Masa nak promote lembut gigi dari lidah. Serik sampai sekarang
BalasPadamKalau hal membabitkan M****s atau A***o memang jadi panjanggg..saya pernah kena juga Kak Ezna, call sana, call sini, bising² barulah hujungggg settle..pelik pelik je rasa bila deal benda simple tapi macam-macam😵💫
BalasPadam