Isnin, April 21

Daily Coffee

Kali ni baru berkesempatan nak ke Daily Coffee. Pernah nak singgah masa bulan puasa tapi masa kami pergi tu dah last order dah. 


Luas dalamnya dan dekorasinya nampak menarik. Ada lampu dengan juraian dedaun tergantung kat siling. 


Satu family. 


Diantara menu yang terdapat di Daily Coffee. 




Seleksi makanan pula not bad la bagi saya. Banyak pilihan. 


Dania ternampak Chicken Quesadilla. Makanan orang Mexico. Dania pernah try ni kat Taco Bell. 


Segala sup pun ada. 


Seleksi ayam. 


Grilled Chicken Chop with Pineapple Slice ni nampak cam menyelerakan. 


Ada juga waffle kalau tak nak berat sangat. 


Dania kata hot pot pun ada. Ya....ada....


Selain daripada itu ada juga cake & pastries. Selalunya kalau cafe yang ada coffee ni mesti ada cake & pastries juga kan?. 


Macaron ni memang size dia petite. 


Hubby pilih Caramel Macchiato. 


Dania dengan air Matcha. 


Saya pula Mango Soda. Rasa masam2 refreshing sebab ada lemon. Cumanya satu je....ais batu terlalu banyak. Airnya bagi saya cuma sedikit la. Hirup beberapa kali dah habis dah. 


Ada juga Mango Cake tapi macam tak berapa sedap. Ada pula parutan kelapa dalam kek ni. Nak menghabiskannya hmmmm ambil masa 😅


Bagi saya harga kat sini memang tak murah la. Biasalah cafe macam ni. Service pun agak slow. Tapi kalau tak rushing ke mana-mana ok je ke cafe ni. Orang yang datang sini pun tenang-tenang ajer. Saya mendapati ada je pelanggan yang baru dapat pesanan mereka walaupun mereka terlebih dahulu datang daripada keluarga kami. 

Daily Coffee
20, Jalan Medan Pusat 2C, Persiaran Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan. 





XOXO,
Ezna



 

8 ulasan:

  1. wah..cafe hunting. besar & luas cafe nya, pilihan menu pun...variety sgt... nice

    BalasPadam
  2. Nice..Waffle tu mengancam sgt =D

    BalasPadam
  3. menairk tgk cafe ni...menu pn byk pilihan...air tu pelbagai juga

    BalasPadam
  4. cafe2 gini memang sgt byk nowadays to suit modern lifestyle. anyway luas tmptnya dan byk pilihan mknn! of course rege pun standard gitu la

    BalasPadam
  5. macam lama plak x buat cafe hunting...minggu ni last Dania kat UCAM, habis exam Isnin minggu depan insyaallah dia balik

    BalasPadam
  6. Memang gitu lah kalau beli air.. air batu lebih banyak.
    Banyak pilihan dalam menu.

    BalasPadam
  7. Ada sekitar KL tak 😄😄. Selangor agak jauh yaaa hahahahha. Tapi menarik tempatnya. Cantiiik memang dan pilihan pun banyak. Tp kalo bab kopi , sejak bisa menikmati Americano, saya dah jaraaaaang sangat pesan kopi manis kak 😅. Iced Americano dah cukup. Dengan snack 1 okelah 😁

    BalasPadam
  8. Ingatkan kedai coffee je Kak Ezna..rupa-rupanya macam-macam ada...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...