Sabtu, April 19

Gambar Raya kelas Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian | UPM

Kalau bab kena ambik gambar ni kelas Dania yang sekarang ni ok sangat-sangat. Mereka plan la hari ni kena pakai baju raya. Ada je yang tak pakai. Ada juga pelajar cina yang sporting pakai baju kurung. Tak wajib pun tapi mereka willing nak pakai. 

Gambar semua dari kamera kawan-kawan Dania dan saya tak ambik pun gambarnya. Dania je share kat saya. 


Lecturer yang depan bertanduk tu. Kebetulan pelajar belakang buat peace. Udah macam tanduk ya... Lecturer bernama Dr. Nur Bahiah Binti Mohamed Haris yang mengajar subjek Livestock Extention. Untuk subjek ni kelas Dania plan untuk berkolaborasi dengan sekolah menengah yang terpilih dan akan membawa beberapa haiwan eksotik dan ada talk juga. Errr reptilia yang Dania paling takut iaitu ular pun ada. Last sem, senior buat kolaborasi dengan Pusat Ekuestrian. Belajar tentang kuda. 


Sebenarnya ada banyak lagi gambar dalam 30++ tapi pilih-pilih je ni. Kelas Dania ni memang perempuan mendominasi ya. Ada 46 orang, 10 pelajar lelaki dan selebihnya pelajar perempuan.


Port ni selalulah dijadikan port ambil gambar. Rasanya belah kiri tu Pejabat Pengurusan Fakulti Pertanian. 


Pelajar depan belah kiri sekali yang tak pakai baju raya ni pelajar dari China. Pelajar baju hitam belah kanan pula pelajar dari Terengganu Malaysia pun tak pakai baju melayu 😅. Tak wajib tapi saje suka-suka je. 


Bila tanya kenapa Dania tak berdiri kat depan? Katanya sebab yang rendah berdiri kat depan. 


Anak ummi kena berdiri belakang. Nampak la sedikit je kepala tu haa....


Moga kamu semua berjaya dalam program Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian ini sehingga ke garisan penamat ya. 😍



***Insya Allah hari ni, saya, hubby & Dania akan membersihkan pantai. Pantai mana?. Stay tuned.....nanti saya share. 





XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. Gambar beramai-ramai dan semua dah siap dgn baju beraya mmg cantik sangat.. dah kenapa yg dri ganu pun tak pakai baju raya hihii..

    BalasPadam
  2. Cantik gambar berlatarkan pokok-pokok, nampak lebih hidup.

    Join aktiviti bersihkan pantai ya? 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya gambar kat luar dengan pokok tu lagi nampak cantik.

      Ya hari ni join aktiviti bersihkan Pantai.

      Padam
  3. Mesti yg tak pakai baju melayu tu nyesal, tengok kawan² semua segak bergaya hehe

    Tak sabar nak dengar cerita pasal bersih pantai tu 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha....memang ya la PH. Terlupa agaknya tu kena pakai baju melayu. Kawan2 dari negara China pakai baju apa yang ada. Ada seorang dari Bangladesh tak masuk frame sebab datang lambat.

      Padam
  4. nice pics sbb majority pakai baju raya tu!! kat dlm class law pun, memanh majority girls la ezz...boys memang sikit jer...dlm quarter jer roughly, cthnya kelas 40 org, 30 girls, 10 boys

    BalasPadam
    Balasan
    1. I rasa ramai girls masuk Uni. Tapi untuk program lama Dania dulu Bacelor Sains Perniagaantani Dengan Kepujian, sama rata girls & boys. Lain2 masih girls ramai.

      Padam
  5. Cantik foto outdoor tu, handsome dan sweet semua nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Photo outdoor lagi menarik kan Mulan dari indoor.

      Padam
  6. waahhh meriahhhhh foto berbaju raya wlupun ada yg takda baju raya tetep meriah! hehehe

    BalasPadam
  7. Ian & Iris pun ada jamuan raya last week, nanti MA share kat blog..simpan wat kenangan .. kan

    BalasPadam
  8. Background nya memang baguuuus. Yg di depan gedung atau yg di depan pohon2 pun sukaaaa lihat ya 👍❤️❤️. Dan mereka memang sporting banyak yg pakai baju raya yaaa.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...