Khamis, April 24

Oriental Coffee

Bila hubby mengajak pergi minum kopi kat Oriental Coffee. Ikutkan malas nak pergi tapi...Dania sure akan tanya ummi ikut tak? Selalunya dia akan ikut kalau ummi ikut. 😅


Roti bakar yang sedap. Rangup sungguh. 


Dania makan nasi ayam Hainan. Padahal ummi pun baru beberapa hari je masak nasi ayam. Memang Dania sangat suka nasi ayam. 


Curry Cheong Fun. Kuah karinya manis la bagi saya. Jadinya susah juga nak menghabiskannya. Dalam ni ada fish ball, tauhu, fish cake dan kuetiau. Kari manis gais?


View dalam kedai. Abaikan hubby yang tengah tidur tu...errr bukan tidur tapi terpejam mata 😅


Double butter kaya toast ni rangup. 


Kenapa la kari ni manis?. 


Nak bagi saya boleh makan, saya request la cili potong. Kasi potong la rasa manis tu. Kari manis?. Memang tak sedap la maaf cakap. 


Signature egg tart. Order set of 6 ni dapat 1 free.


Filling dalam dia padat. Harganya pun padat ya. RM32++ untuk 6 ketul signature tart ni. Saya rasa marilah kita buat egg tart ni....😅


Kat area luar Alamanda yang berdekatan dengan DIY ni dah ditanam rumput ni. Cantik dan hijau je nampak. 


 Harga kat Oriental Coffee ni pun tak murah ya. Lagi....certain outlet tu kena beratur panjang. 





XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. lebih kurang rege kat old town white cafe jugak rasanya tu..memang standard rege gitu laa if cafe2 jenis gini

    BalasPadam
  2. Tak pernah masuk Oriental Coffee. Tapi actually mana² kopitiam/cafe pun tak berapa murah kan 🫣

    BalasPadam
  3. kak ana pun pernah makan dan kenalah juga dengan selera kak ana :)

    BalasPadam
  4. alaa..kari manis memang fail la kan

    BalasPadam
  5. alamak kari manis mmg potonggg mood betul lah hehe

    BalasPadam
  6. SA pun suka minum and lepak2 kat Oriental...lama dulu la x ingat cawangan mana...masa dengan bf lama dulu...kari manis???alamak fail kat situ

    BalasPadam
  7. Oriental Coffee yang selalu beratur panjang tu ya. Belum pernah masuk, sebab asyik panjang beratur nya. Nampak menu sedap2.

    BalasPadam
  8. Egg tart biasanya mahal😁 tapi nak buat sendiri mungkin bahannya lagi mahal. Maka beli je lah😆

    BalasPadam
  9. oh manis ye kuah kari dlm chee cheong fun tu ye..tp baca review kalo mee kari katanya sedap dgn nasi lemak kt sini..lama tk mkn egg tart tu

    BalasPadam
  10. Aissssh kari manis memang potong mood sangat 🤣🤣🤣🤣. Saya pun pasti tak suka kak.

    Oriental ini saya direkomendasikan kak Anies utk coba egg tartnya, memang sedap. Kak Anies bawakan buat saya saat di Penang. Makanya nanti kalo ke KL, nak mampir makan sini, hanya utk egg tart 😄👍

    BalasPadam
  11. kari rasa manis? alamak macam mana tu...

    baru tadi siang adik SS dok menyebut pasal kopi ni. Kira kopitiam rupanya. Ingatkan kedai kopi macam gigi, zus dan kenangan tu. ^_^!

    macam bolehlah masuk nak mencuba. bila tu tak tahulah.

    BalasPadam
  12. Alamak kari manis ke?potong sangat rasa dah tu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...