Jumaat, April 18

Mencari biji benih dan baja

Dapat whatsapp dari Dania fresh dari kelas lagi kata dapat wet tissue. Ingat kot lecturer bagi semua tapi rupanya first come first serve. Hehe. Ada je yang tak dapat. Ni Dania terus whatsapp masa lecturer tengah present buku apa yang perlu dijadikan reference. Sempat lagi Dania tu 😅


Dapat whatsapp dari Dania selain dapat wet tissue, nak ajak ummi gi kedai baja dan ada yang nak tumpang ke kedai baja. Ain ni group Dania juga la untuk Agricultural Entrepreneurship. Sebelum kereta jalan, kita wefie ya. Hehe. 


Dah sampai dah kedai jual barangan pertanian berdekatan dengan UPM. 


Ni, Encik ni tengah explain bila bayam dah sebesar itu kena letak pula baja. 


Beliau tengah menerangkan cara-cara penanaman bayam dan bila nak letakkan baja. 


Moga berjayalah Dania dan group menanam bayam ya. Biji benih bayam, baja taik ayam dan baja biru dah beli dah. 

Kena jaga setiap pokok dari menanam, membaja dan mencabut rumpai. Bila dah tuai nanti, kena menjual pulak. Macam tu lah perjalanan subjek Agricultural Entrepreneurship ni. Lebih kurang sama macam Farm Practice sebelum ni. Ilmu dia boleh apply jugak la. 





XOXO,
Ezna
 

9 ulasan:

  1. sy suka juga berkebun tp ruang laman yg terhad menyukarkan kerja bertani saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kawasan terhad mungkin hidroponik solusinya.

      Padam
  2. Wahhh..Seronok belajar mcm ni sis..Byk ilmu dlm 1 subjek =D

    BalasPadam
  3. Cie dulu rajin menanam bayam. Elok kejadiannya. Lepas dah takde masa tak menanam dah. Senang nak jaga. Dapat harvest goreng bayam fresh sedapnya.

    BalasPadam
  4. all the best Dania..dgn pokok bayam nya

    BalasPadam
  5. Tak sabar nak tengok pokok Bayam Dania tanam hehe..

    BalasPadam
  6. Seronok lah course Dania ni. All the best moga terus cemerlang.

    BalasPadam
  7. Skrg dah byk buat kerja di HPUPM.. Boleh dah nak explore tmpt menarik di UPM ni.. kedai baja ni best utk org mcm kita yg suka bercucuk tanam 😊

    BalasPadam
  8. Kalau dah tumbuh nanti bayamnya, terbayang lah segar dan sedaaap pasti 😍😍😍. Saya pun nak beli kalau di sana

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...