Khamis, April 24

Majlis perkahwinan di Royal Park Hotel

Nasib baiklah majlis anak kepada jiran ni diadakan pada hari ahad. Kalau hari sabtu kami membersihkan pantai. Ini pertama kali ke Royal Park Hotel setelah penjenamaan dari nama lama iaitu RHR. Paling membanggakan ia diuruskan oleh jiran kawasan perumahan saya MZ Future Global Sdn Bhd. Hotel ini telah diubahsuai dengan kos 3 juta. Wow memang berani jiran saya ni invest. Ore Kelate memang bagus dan berani dalam berniaga. 

Hotel RHR ni telah ditutup pada tahun 2020 masa zaman pandemik Covid. Kini namanya dengan penjenamaan semula sebagai Royal Park Hotel. Kena masuk Uniten untuk ke hotel ni. 


Ruang lobi hotel. 


Kami tak pakai sedondon semua. 


Jiran saya yang memakai baju warna kuning cair sedang bersalaman dengan pengantin. Pengantin lelaki tu anak jiran saya. 


Satu family pengantin pula bergambar. Official photographer sebelah saya je haa....



Kami....ramai juga jemputan....


Dewan yang boleh memuatkan 400 - 500 tetamu. 


Makanan berkonsep buffet kat bahagian luar dewan. Ada juga meja kat sini tapi tak banyak la. Senang nak ambik makanan...


Bunga telur. 


Bunjut ni ada telur rebus kat dalamnya. 


Ambik gambar cermin yang sinonim dengan majlis perkahwinan. 


Cantik dalam Uniten ni hijau dan ada tasik. Best la kalau dapat belajar dalam persekitaran macam ni. 


Kat sini makan laksa dengan air kopi je. Kalau dah nampak laksa....tak tengok yang lain dah. Laksa pulak memang tuan rumah ambil dari jiran yang memang pandai buat laksa. Tu yang laksanya sedap. Nampak je dia kat majlis....serbu tu dulu. Hehe

Buat kedua mempelai....Haziq dan Kadija, selamat melayari bahtera perkahwinan. Moga cinta kalian sampai ke syurga. Terima kasih Kak Bai dan suami menjemput kami ke majlis perkahwinan anak. Yayyy Kak Bai dah ada anak perempuan.....Alhamdulilah. Anak Kak Bai 3 orang boys. 





XOXO,
Ezna

 

13 ulasan:

  1. Nama sipi2 park royal hotel yg dkt bukit bintang tp yg ni royal park hotel..selamat pengantin baru utk kedua mempelai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah betul. Cuma Park dan Royal tu terbalik je.

      Padam
  2. cantik hiasan kawasan dalam dewan hotel tu

    BalasPadam
  3. grand majisnya sbb buat kat hotel kan tu...ramai jemputannya

    BalasPadam
  4. cantik sama padan kedua-dua mempelai.. moga bahagia sampai syurga aminnnn..

    BalasPadam
  5. Wahhh...Menarik tmpt ni...Dah jarang kenduri kawin bg telur rebus...Tp bila sekali sekala dapat tu rasa mcm mengimbau kenangan dulu2 =D...

    BalasPadam
  6. Seronok tengok majlis perkahwinan sekarnag kan..x ramai dha buat kat rumah...pengantin pun sama cantik sama padan...ehkorang anak beranak x sedondon tapi lembut je warna satu family

    BalasPadam
  7. Cantik semuanya, moga mempelai bahagia berdua selamanya.

    BalasPadam
  8. sama lah kita...kalau nampak laksa, nasi impit, kuah kacang...memang makan yang tu dulu...hihihi

    BalasPadam
  9. Lama tak dapat doorgift telur... cantik bila dibunjut begitu. Belum jumpa lagi bekas camtu.

    BalasPadam
  10. Menarik nampaknya stay di hotel ini juga. Apalagi baru renovasi, jadi pasti bagus dalamnya semua 👍👍

    BalasPadam
  11. Saya kalo laksa pun sukaaa sangat. Biasanya kalo datang ke acara nikah di jakarta, saya tak suka ambil nasi dan lauk pauk. Tapi yg saya cari makanan lainnya, macam dimsum , sate, kambing guling, etc yg penting bukan nasi 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...