Nasib baiklah majlis anak kepada jiran ni diadakan pada hari ahad. Kalau hari sabtu kami membersihkan pantai. Ini pertama kali ke Royal Park Hotel setelah penjenamaan dari nama lama iaitu RHR. Paling membanggakan ia diuruskan oleh jiran kawasan perumahan saya MZ Future Global Sdn Bhd. Hotel ini telah diubahsuai dengan kos 3 juta. Wow memang berani jiran saya ni invest. Ore Kelate memang bagus dan berani dalam berniaga.
Hotel RHR ni telah ditutup pada tahun 2020 masa zaman pandemik Covid. Kini namanya dengan penjenamaan semula sebagai Royal Park Hotel. Kena masuk Uniten untuk ke hotel ni.
Ruang lobi hotel.
Kami tak pakai sedondon semua.
Jiran saya yang memakai baju warna kuning cair sedang bersalaman dengan pengantin. Pengantin lelaki tu anak jiran saya.
Satu family pengantin pula bergambar. Official photographer sebelah saya je haa....
Kami....ramai juga jemputan....
Dewan yang boleh memuatkan 400 - 500 tetamu.
Makanan berkonsep buffet kat bahagian luar dewan. Ada juga meja kat sini tapi tak banyak la. Senang nak ambik makanan...
Bunga telur.
Bunjut ni ada telur rebus kat dalamnya.
Ambik gambar cermin yang sinonim dengan majlis perkahwinan.
Cantik dalam Uniten ni hijau dan ada tasik. Best la kalau dapat belajar dalam persekitaran macam ni.
Kat sini makan laksa dengan air kopi je. Kalau dah nampak laksa....tak tengok yang lain dah. Laksa pulak memang tuan rumah ambil dari jiran yang memang pandai buat laksa. Tu yang laksanya sedap. Nampak je dia kat majlis....serbu tu dulu. Hehe
Buat kedua mempelai....Haziq dan Kadija, selamat melayari bahtera perkahwinan. Moga cinta kalian sampai ke syurga. Terima kasih Kak Bai dan suami menjemput kami ke majlis perkahwinan anak. Yayyy Kak Bai dah ada anak perempuan.....Alhamdulilah. Anak Kak Bai 3 orang boys.
XOXO,
Ezna
Nama sipi2 park royal hotel yg dkt bukit bintang tp yg ni royal park hotel..selamat pengantin baru utk kedua mempelai
BalasPadamAh ah betul. Cuma Park dan Royal tu terbalik je.
Padamcantik hiasan kawasan dalam dewan hotel tu
BalasPadamgrand majisnya sbb buat kat hotel kan tu...ramai jemputannya
BalasPadamcantik sama padan kedua-dua mempelai.. moga bahagia sampai syurga aminnnn..
BalasPadamWahhh...Menarik tmpt ni...Dah jarang kenduri kawin bg telur rebus...Tp bila sekali sekala dapat tu rasa mcm mengimbau kenangan dulu2 =D...
BalasPadamwah..nice.
BalasPadamSeronok tengok majlis perkahwinan sekarnag kan..x ramai dha buat kat rumah...pengantin pun sama cantik sama padan...ehkorang anak beranak x sedondon tapi lembut je warna satu family
BalasPadamCantik semuanya, moga mempelai bahagia berdua selamanya.
BalasPadamsama lah kita...kalau nampak laksa, nasi impit, kuah kacang...memang makan yang tu dulu...hihihi
BalasPadamLama tak dapat doorgift telur... cantik bila dibunjut begitu. Belum jumpa lagi bekas camtu.
BalasPadamMenarik nampaknya stay di hotel ini juga. Apalagi baru renovasi, jadi pasti bagus dalamnya semua 👍👍
BalasPadamSaya kalo laksa pun sukaaa sangat. Biasanya kalo datang ke acara nikah di jakarta, saya tak suka ambil nasi dan lauk pauk. Tapi yg saya cari makanan lainnya, macam dimsum , sate, kambing guling, etc yg penting bukan nasi 😄
BalasPadam