Selasa, April 15

Kari ikan pekat

Bila hubby beli bendi dan ikan....terfikir terus nak masak kari ala utara. Kari ni saya jarang masak sebab saya sendiri kurang makan kari tapi Dania dan hubby suka. 

Bendi ni buat goreng belacan. 


Ini pula saya buat kari ikan ala utara dan letak bendi juga kat dalam ni. Kari ikan utara ni katanya sedap jika kuahnya warna kemerah-merahan. Ok yang saya punya ada la sikit2 warna merah. Memang masak sampai beberapa kali pecah minyak. Ikan pula saya letak ikan kembung. 

Ikan saya pula saya goreng ajer tak masukkan dalam kari. Saya nak makan yang goreng ajer. Kari nanti boh asing. 


Dania kata sedap la macam ala ala utara rasa kari ummi ni. Siap simpan juga karinya untuk keesokkan harinyanya untuk Dania buat breakfast cicah dengan roti putih sebelum ke kelas. Kari ni kalau panaskan balik rasa dia lagi sedap. Tak tau la kenapa. 

Bahagia bila masak penat-penat orang lain makan smapai habis. Kalau puji tu bonus la. Lagi semangat la ummi masak lagi. Hehehe 😆





XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. Betullah.. kari kalau simpan keesokan harinya lagi sedap.
    Cantik kaler kari tu.

    BalasPadam
  2. Kari memang fav SA...tapi x selalu masak sebab PZ x makan kari sangat...dia selalu sakit perut kalau makan kari...perut dia x tahan...paling sedap kari ikan tenggiri...huiiii...kari ikan mayong...perghhhh...

    BalasPadam
  3. ada kari..lps tu goreng ikan or ayam...mmg yummmyyy....ada lebih kuah mmg elok cicah ngan roti....kt umh ni slalu mcm tu gk

    BalasPadam
  4. Rumah nieyl seminggu mesti sehari ada lauk kari juga..
    sebab mak nieyl akan masak kari seminggu sekali untuk ayah..
    nieyl tak berapa pandai sgt masak kari yg sedap2 ni..mak nieyl kalau masak kari pun pekat jugaa

    BalasPadam
  5. Lima dari enam anak anak saya semuanya peminat kari.. yang bongsu tu je... dia memang lain dari yang lain. Tak suka nasi dia ada warna. Makan lauk sup aje.

    BalasPadam
  6. Tengok warna pun jadi tu... Sedap lah kak ezz...

    BalasPadam
  7. Wahhhh..kari ikan mmg sedap bila letak bendi ni sis...I loike =D

    BalasPadam
  8. i suka kari cuma my boys tak suka sgt so jrg la i masak kari--i biasanya ulang2 masak menu yg sama jer tp sbb i ni jrg2 masak so gitu jer laaa

    BalasPadam
  9. sedappp..betul tu, hilang penat & rasa puas bila dihargai masak2 tu kan

    BalasPadam
  10. Saya memang suka kari. Mau kari India, kari Sumatra, kari Malaysia, sukaaa semua. Pas pindah ke pulau Jawa, agak shock dengan kari mereka, sebab orang Jawa nih tak suka makann banyak rempah. Jadi akri mereka light sangat. Macam kari jepang, tp encer 😅😅. Saya masih bisa makan, tp bukan favorit.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...