Jumaat, April 18

Juadah berbuka di bulan Syawal hari keempat

Kali ni untuk berbuka, saya teringin nak makan nasi ayam. Jadi ya...nasi ayam la kita masak ya. Hubby pun pagi2 sanggup beli ayam kat Pusat Penyembelihan Ayam Presint 20, Putrajaya. 

Kena sediakan cili. 


Kena sediakan kicapnya. 


Daun salad beserta buah tomato. Salad ni jenis lain bukan macam jenis yang selalu beli tu. Selalunya saya beli Green Leaf atau Iceberg. You alls selalu beli yang mana?. 

Credit : https://www.thekitchn.com/

Kali ni hubby beli Romaine. Disebabkan saiz dia panjang, saya potong dua. Sedap juga rasanya. Crunchy dan lemak-lemak. Ada juga daun salad yang rasanya pahit-pahit sedikit seperti contoh Iceberg. 


Sup ayam saya letak banyak daun sup dan daun bawang. 


Kejadian nasi ayam dan ramuannya. Cukup lengkap dah saya rasa hidangan ni. Timun tak ada jadi sayur-sayuran ini sahajalah. 


Kalau nasi ayam ni memang favourite Dania juga. Bukan Dania ajer, hubby dan saya pun ok je dengan nasi ayam ni. Jadi masak ni memang berselera la makannya. Alhamdulilah selesai dah Day 4. Lagi beberapa hari lagi. Go go go. Tak lama lagi dah Syawal bakal pergi kan? Jadinya kena masuk Gear 5 dah ni. Hehe....





XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. Alhamdulillah...sedap nasi ayam nya...linda tak berapa gemar sangat nasi ayam...kalau anak2 suka lah...selalu beli salad jenis greenleaf je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Linda tak suka sangat nasi ayam ya...daun salad ni pun banyak jenis juga.

      Padam
  2. alhamdulillah..sedap nampak tu. puas makan bila masak sendiri kan

    BalasPadam
  3. Nampak sedapnya Nasi Ayam Kak Ezna lagi..
    Saya suka lettuce yang rangup Kak Ezna..baru syok makan..

    BalasPadam
  4. Dah teringin nasi ayam la pulak 😅
    Sy selalu beli yau mak. Tengok dekat gmbr macam little gem tu... Frisee dgn romaine pun Sy suka

    BalasPadam
  5. Sedapnya Nasi Ayam. Suka lettuce romaine ni sebab tahan lama jugak compare yang kerinting tu.

    BalasPadam
  6. Saya kalau nak mudah utk the kids makan mmg nasi ayam la jawap nya.. the kids mmg suka sup sup ni.. huhuu..

    BalasPadam
  7. Kalau nasi ayam selalu beli iceberg.

    BalasPadam
  8. Saya pun selalu beli romaine atau iceberg. Sebab di pasar dekat rumah tak banyak pilihan 🤣🤣.

    Saya nampaknya kamis baru bisa start puasa. Seharusnya Rabu dah bisa, tp itu jadwal saya nak detoks. Jadi 1 harian itu sudah diantar 8 juice yg harus diminum di jam tertentu. Krn itu tak bisa jadi ya . Sisa 4 hari lagi puasa Syawal 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...