Selasa, April 15

Breakfast dulu dan kata-kata semangat....

Paginya hantar anakanda ke Ladang 10. Untuk subjek Agricultural Entrepreneur ni mereka kena menanam dari scratch dan kena jaga tanaman tersebut dengan mencabut rumpai etc dan akhirnya kena menjual. 

Dania cerita sepatutnya yang mereka kena tanam jagung...tak jadi pula sebab tak cukup masa sebab awal2 dah online kan....jadinya akhirnya mereka akan menanam bayam. Lega mendengarnya sebab kalau nak tanam jagung tu macam renyah juga. 3 batas untuk setiap kumpulan kena jaga. Ok sebabnya ikut group bukan macam Dania dulu kena jaga 150 pokok jagung sorang2. Pengsan oh....


Sementara itu, ummi dan ayah ke Haura Cafe nak breakfast. Ada nasi lemak, mushroom soup dengan garlic bread. Tapau pisang goreng jugak. 


Masa perjalanan balik nampak pelajar sekolah menengah tengah merentas desa. Saya apa lagi buka tingkap cakap go go adik....Hehe

Ada juga kelas pendidikan khas yang berlari dengan gurunya. Nampak ada yang down syndrome juga. Baru saya tahu mereka juga masuk kelas pendidikan khas ya. Ada sekolah yang ada kelas ni contohnya kat SMK Putrajaya Presint 18 (1). Dania pernah bersekolah situ dulu sekejap dan bila time perhimpunan ada student kelas tersebut menangis. 

Ada saya cakap kat seorang adik ni. Adik ni dah kat depan dengan gurunya siap berpegangan tangan lagi. Saya cakap laju lagi adik laju. Terus dia berlari. Mulanya dia berjalan ajer dengan gurunya. Nampak dari belakang macam adik yang selalu beriadah dengan bibik dia kat area rumah saya. Kalau yang tu memang jiran saya la. 


Teringat masa jaga check point kat SMK Jalan Empat sekolah Dania untuk merentas desa dulu. Siap bagi semangat suruh lari laju2. Nak nak yang rumah biru sama dengan Dania. Kalau mereka yang saya tahu nama memang saya akan panggil nama. Siap ambik gambar juga....lepas tu kalau anak sendiri yang lari depan saya lagilah saya bersemangat hehehe.....kalau kena jaga dengan cikgu yang pernah mengajar Dania lagi la saya korek perangai anak kat kelas....so far Dania memang senyap la. Ada ustazah ni cakap...orang lain dok berjalan dalam kelas ke tempat kawan-kawan lain, Dania duduk buat kerja senyap2 kat meja sendiri. Kawannya pun jenis senyap juga Zalilah tu jadi tenang la saya yang mendengarnya. 

Anak-anak dah merentas desa?





XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. Anak saya dah merentas desa seawal minggu pertama buka sekolah. Minggu ni tengah sukantara

    BalasPadam
  2. Tengok muka Dania pun jenis pendiam ja...
    Sek men abang Mu'az sebelum puasa hari tu... Sek rendah.. 26hb nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh....ikut sekolah juga la ya....ingat kot serentak....

      Padam
  3. Che mek dah merentas desa tapi x join sebab a few days before kan ade latihan merentas desa...Esoknya Che mek sakit kaki smp x bleh nak jalan...kes sama jadi mcm last year..Sy risau ligament dia ade issue tapi doctor ckp mgkn urat tegang..jadi sy mintak doctor keluarkn surat pengecualian...Risau makin teruk sakitnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah memang sampai 2 kali jadi mesti ada sebabnya tu Niza. Bagus jumpa Dr keluarkan surat pengecualian. Kalau tak, memang kena merentas desa.

      Padam
  4. sek ariff dh start minggu sukan since last week lagi, ariff masuk jugak , main bola sepak dan masuk e-games

    BalasPadam
  5. Iris dah lepas dah, sebelum puasa tu tapi this year Iris x join sbb dia kena ceri beri time tu.. he he he...

    BalasPadam
  6. Tak ada kegiatan ini di sini 🤣. Sebab lokasi tak memungkinkan. Terlalu banyak kendaraan lalu lalang kak. JD kalo nak latihan lari, cukup di stadium 😄. Kliling lah sampai 10x putaran 🤭

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...