Rabu, April 23

Beach Clean Up dengan penyertaan orang asli Mah Meri | Pantai Cunang

Dah lama juga saya teringin nak ikut menjadi sukarelawan pembersihan pantai cuma kali ni peluang tu datang setelah melihat IG https://www.instagram.com/localnaturetrips_/ Kemudian check tarikh dan terus daftar untuk program ini. Tambahan dapat pula e-sijil setelah selesai penyertaan. Dania boleh gunakan untuk tambah sijil untuk penyertaan sukarelawan.

Tempat yang kami pergi ni boleh tahan juga jauhnya iaitu 77.7 km dari rumah. Event bermula jam 8.30 pagi tapi kami tiba 8.50 pagi. Walaupun pagi juga event dia tapi kena ikut jalan dalam yang banyak pula kehadiran lori. Kena ikut belakang lori yang menyebabkan lambat tiba ke lokasi tapi event masih belum mula. Alhamdulilah. 


Menurut wikipedia, Mah Meri bermakna orang hutan. Mah Meri juga disebut bersisik. Mereka juga digelar orang laut kerana tinggal berdekatan dengan laut dan bekerja sebagai nelayan. Mah Meri juga tergolong dalam suku orang asli Senoi yang tinggal di Pulau Carey, Selangor. 

Event hari ni ada penglibatan bersama dengan orang asli dari etnik Senoi dari suku kaum Mah Meri. Kanan ni Kak Serry jurucakap orang asli dari suku kaum Mah Meri. Kak Serry ada mengingatkan semua peserta sukarelawan untuk tidak mengutip botol yang mengandungi air di dalam botol atau botol yang dibalut. Tidak dibenarkan membuang air di dalam botol dan melangkah botol tersebut kerana dikhuatiri ada orang buang ke laut atas tujuan mistik. Kalau tersilap langkah, buruk padahnya. 

Kak Serry juga pesan jangan mempermainkan perkataan ‘Jakun’ kerana takut mengguris hati atau mengundang kemarahan suku kaum orang asli Jakun. Takut diapa-apakan dengan ‘hembus’ (sihir) hantaran mistik kerana suku kaum ini paling kuat unsur sebegini ya. Sila berhati-hati. Boleh ingatkan kawan-kawan atau ahli keluarga kita juga. 

Kak Serry juga kata berhati-hati ketika membersihkan pantai berdekatan dengan paya kerana takut dengan kehadiran ular yang berbisa iaitu ular kapak. Ular kapak ni kalau dia tak terkejut tak apa tapi kalau dia terkejut....dia akan mematuk sebagai langkah keselamatan.

Info dari Kak Serry lagi, suku kaum orang asli di Malaysia ada 18 suku kaum. 


Bila saya cari info mengenai Pantai Cunang ini di internet, rupa-rupanya Pantai ini terhasil dari Tsunami pada tahun 2004. Ia dinamakan Cunang yang bermaksud tenang dan damai. Pantai Cunang ini dipelihara oleh suku kaum orang asli Mah Meri yang tinggal di Kampung Koi, Pantai Cunang. Info selanjutnya di https://mpkl.gov.my/en/pelawat/tarikan-pelancong/pantai-cunang

Bila tengok pantai yang tenang ini, ia sebenarnya diancam hakisan pantai. Air laut dah makin naik disebabkan pemanasan global. Boleh tengok pokok bakau kat laut tu. Mungkin di situ dulu garis pantainya. Banyak pokok bakau mati juga. Dulunya ada padang futsal tapi akhirnya musnah disebabkan air laut yang dah naik. 


Kami dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan kami kena membersihkan pantai yang lebih luas. Family kami memilih kumpulan yang ini. Seawal sukarelawan, dapat sampah sebanyak ini. Botol air mineral paling banyak. 


Sukarelawan sibuk mencari sampah di tepi pantai. 


Nampak kan tunggul pokok bakau kat belakang tu. Beberapa kali saya nak terjatuh sebab tersadung dengan tunggul pokok bakau. 


Macam pokok morning glory. Tak tahulah berapa lama lagi ada pokok bunga ni dapat bertahan di pantai ni dengan masalah hakisan pantai yang masih berlaku. Pihak berwajib tak buat apa-apa usaha ke untuk memulihara pantai ya?. Sayang sebab paras air laut makin naik. Akhirnya kawasan pantai / daratan makin mengecil. 


Nampak tak salah satu pokok yang dah tumbang?. Inilah akibatnya dari hakisan pantai. 


Sampah yang berjaya dikumpulkan ini diasingkan. 


Ini pula penari kebudayaan dari kumpulan Neng Koi yang terdiri dari suku kaum Mah Meri. Bila saya tanya rata2 berumur 15 tahun dan ada juga yang berumur 16 tahun. Fasih berbahasa Malaysia. Di samping itu, mereka juga ada bercakap menggunakan dialek bahasa Mah Meri. 


Ini pula generasi muda keturunan orang asli suku kaum Mah Meri. Ada yang cakap Kak Serry tu nenek mereka. 


Semua sampah ditimbang. 


Tarian ni Kak Serry kata tarian tetamu jadi kami ni boleh turut serta. Saya pun ada pada mulanya. Masa ni saya dah duduk. Haha sebab penat. 


Ini pula demonstrasi anyaman dari daun nipah. Kalau saya tengok macam daun kelapa je tapi orang kata daun nipah. Dania cuba nak menganyam hiasan kepala. Saya macam confuse bila diajar pun tak faham2. Kena fokus. 


Nampak tak pokok ni macam nak menyembah bumi je ni?. 


Nampak anak pokok bakau yang terkeluar dari tanah. 


Bergambar satu family dulu. Diambil oleh seorang pelajar UITM yang ambil Degree Marketing. 


Nampak tak rama-rama di pokok yang dibuat dari botol air mineral?. 


Gambar kami semua. 


Saya rasa menarik juga aktiviti macam ni. Mendekatkan kita dengan alam semulajadi. Selain daripada tu memupuk kita untuk lebih bertanggungjawab dengan alam. Jangan sewenang-wenangnya membuang sampah ya. Sampai ke laut dibawanya. Boleh bersama-sama dengan suku kaum orang asli Mah Meri dalam menjayakan Beach Clean Up ni dengan tarian kebudayaan, demonstrasi anyaman dan barangan kitar semula. Kena ingat kita tinggal di bumi Malaysia ni mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya jadi kena saling hormat menghormati dan bertolak-ansur. Semoga kita dapat hidup dalam aman dan harmoni serta mengelakkan sengketa. 

Jumlah sampah -sarap yang kami semua berjaya kutip setelah ditimbang ialah 216.5 kg ya.  Punya berat kan?. Kalau bukan kita yang jaga pesisiran pantai kita....siapa lagi?. Rasa happy pula dapat give back to the community. 😍








XOXO,
Ezna



11 ulasan:

  1. bagus betul aktiviti begini ezz :) if ramai2 yg buat, bersihlah semua pantai kat msia :) kalau kat kelantan..emm pantai2nya byk yg kotor..sedey i sbb ramai yg tak de kesedaran, ie suka buang sampah merata2..anyway, psl mahmeri tu..i biasa jugak ezz sbb terlibat dgn research (many years ago), siap pergi pulau carey etc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab buang sampah merata ni memang sayang betul la sikap yang macam tu kan Suzz?. Oh you pun buat research dengan suku kaum orang asli Mah Meri ya?. Memang ada Perkampungan Budaya Mah Meri ni kat Pulau Carey.

      Padam
  2. Wahhh..best ni sis..nnt bila2 nk teringin jgk nk join =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sis pun enjoy Niza. Boleh la tengok instagram kat atas tu. Segala info ada kat situ.

      Padam
  3. Bestnyaaaa...SA pun suka aktiviti macam ni....teringin jugak nak join..tapi tempat Ezna pi ni macam jauh kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sini walau kat Selangor pun jauh dari rumah tapi kena tunggu info kat instagram kat atas tu mana tahu ada tempat yang dekat dengan rumah SA.

      Padam
  4. waaahhh best aktiviti mcm ni! ada rezeki nti blh join juga hehehe

    BalasPadam
  5. program yg sgt bagus...200 kg sampah..banyak tu

    BalasPadam
  6. Best nya program dan aktiviti macam ni.

    BalasPadam
  7. Pernah sampai Pulau Carey lama dulu.
    Kalau dipulihara pasti boleh jadi tempat pelancongan.

    BalasPadam
  8. Baca ttg suku mah meri, jadi ingat suku Dayak Kalimantan, yg kekuatan sihirnya masih ditakuti sampai sekarang. Memang tak beranj Macam2 dengan Dayak Kalimantan ini sebab kemampuan sihir mereka. Rasanya sama dengan suku mah meri juga.

    Tapi saya seram juga saat baca masih ada ular kapak yg berbisa 😱😱. Takut jumpa saat bersih2 😅

    Menarik memang kegiatan begini kak. Berharap lah orang2 sadar utk menjaga kebersihan. Dan banyak menanam mangrove di pesisir pantai. Biar bagaimana mangrove ini berjasa utk mencegah tsunami dan abrasi pantai. Banyak juga sampah terkumpul sampai ratusan kg yaa

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...