Selasa, April 15

Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia

Semalam, diberitakan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi (Pak Lah) meninggal dunia di IJN jam 7.10 malam. Beliau merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia ke 5.  

Credit : TV3

Pandangan peribadi saya tentang Pak Lah dan isterinya almarhumah Datin Seri Endon mahu pun Tun Jeanne, ketiga-tiga mereka mempunyai peribadi yang penuh kelembutan. Tengoklah cara Datin Seri Endon dan Tun Jeanne menyantuni Pak Lah. Tutur kata Pak Lah pun penuh dengan kelembutan selain mempunyai raut wajah yang lembut. 

Pagi ni masa saya hantar Dania ke Uni, Dania perasan lagu kat siaran Hitz FM, lagu dia semua ada unsur sedih-sedih. selain daripada itu, tak ada deejay yang bercakap seperti kebiasaan. Ada juga ucapan takziah di atas pemergian Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi. Dania ni memang pemerhati la sebab perasan je benda yang berbeza dari kebiasaan. Saya pun tak perasan. Kebetulan Almarhum Pak Lah akan disemadikan selepas Zohor nanti di Makam Pahlawan di Masjid Negara. 


Bila baca biodata Tun Jeanne Abdullah baru tahu yang beliau sebenarnya pernah berkahwin dengan Othman Mahmood yang merupakan adik kepada Datin Seri Endon Mahmood, isteri pertama Pak Lah. Tun Jeanne juga pernah menjadi Pengurus kepada Seri Perdana iaitu kediaman Perdana Menteri yang ketika itu ialah Pak Lah. 

Sebenarnya hubby saya pun orang office panggil Pak Lah. Malahan ada juga yang cakap jika hubby tua nanti muka macam Pak Lah. Mungkin raut lembut macam Pak Lah jugak kot. 😅

Moga roh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. 





XOXO,
Ezna

5 ulasan:

  1. Memang sedih. Banyak jasa nya especially hal2 ugama.
    Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un.
    Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    BalasPadam
  2. betul tu mmg terasa sayu sebak semua ada :(

    BalasPadam
  3. sayu sgt semalam kan.. MA ada gak follow majis pengebumian beliau dkat masjid negara tu.. semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan or2 yg beriman..aamiin

    BalasPadam
  4. Innalilahi wainnailaihi Raji'un . Memang lembuuut sangat wajah bapak Ahmad Badawi ini. Beliau yg manjadi PM saat saya masih kuliah di Penang. Semoga ditempatkan dalam golongan orang beriman, dan diterangi selalu kuburnya

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...