Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, January 28

Mee kicap terbaik Ipoh | Haal's Kitchen Mee Kicap

Apasal la balik Ipoh, tak pernah try pun Mee Kicap Haals ni. Tak tahu pun kewujudannya 😅. Maybe family saya tak makan mee kicap kot. Kalau popiah S.S. Ali kalau balik Ipoh, arwah papa ada la beli. Ok nak dijadikan cerita hubby terbaca kat twitter kini mee kicap yang dikenali kat Ipoh ni ada cawangan di Bangi. Apa lagi, petang tu terus la pegi cari Mee Kicap ni. Area tau la kat mana tapi exact location tu kena cari la. Akhirnya jumpa juga Haal's Mee Kicap ni. 


Haal's Mee Kicap kat Bangi ni terletak di :

Jalan Surada 8/24, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor

Pesanan / Soalan
+601119045596

Google Map

Waktu Operasi
Khamis – Selasa (Rabu Cuti)
8.00AM – 5.30PM

Kalau nak tengok menu online boleh ke SINI

Kalau nak delivery / pick up pun boleh tapi pastikan location tu location berdekatan dengan rumah sebab saya ada try nak order kat Bangi tapi location dia tetap letak Haal's Chubadak. Haal's ni kat Sentul jadi tak jadi saya nak order. Bila whatsapp HQ, kemungkinan Branch di Bangi tak buka location kat website jadi tak boleh order la. Hmmm....boleh pulak gini?. Tu yang hubby terus je la ke Haal's Bangi. Apa ada hal. Dekat ajer. Kalau Haal's Chubadak tu yang tak nak sebab jauh kot. 

Sebenarnya baru je masukkan menu mee kicap ni dalam bekal sekolah Dania. Pernah masak jugak. Mungkin sebab tu tiba2 hubby nak merasa mee kicap ori la pulak. 

Mee Wantan kicap yang hubby order ada kat bawah ni. Gambar masa makan tak ambik la pulak. Didatangkan dengan sup yang ada fish cake dan fish ball. 


Kedai kat Bangi ni kecik sangat. Hubby kata adalah 4 meja kot kat luar ni. Kalau ramai, alamatnya kena bungkus je la tapi hubby memang nak bungkus pun. 


Dah kedai nama Mee Kicap, haruslah order Mee Kicap jugak. Hubby order Mee Wantan Kicap sebab dia kata Mee Wantan sedap. 


Saya dan Dania terasa nak makan Chee Cheong Fun. Kalau teringin nak makan Chee Cheong Fun dah tau la nak makan kat mana. 


Macamana nak makan Chee Cheong Fun?. Tuang la kuah sup dia tu. 
 

Kemudian, letak jugak kicap dia. Baru ada rasa sikit. Kalau tak sup dia tawar sikit. 


Siapa lagi yang suka mee kicap ye?. Alhamdulilah la kalau dapat makan mee kicap dan chee cheong fun halal ni sebab ni adalah makanan cina. Saya memamg penggemar masakan cina. 😋.



XOXO,
Ezna



2 comments:

  1. Kitorg selalu bermalam di Meru, Ipoh jadinya selalu juga makan mee kicap di Sajian GJee, sebelah Petronas Meru tu. Kedai orang kita juga...

    ReplyDelete