Khamis, Januari 13

Saya sudah booster....anda bagaimana? | Pengalaman di PPV Offsite IOI City Tower 1

Lepas hantar Dania, hari ni kira first day of school tahun 2022, breakfast dulu kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Makan siap-siap breakfast sebelum nak pergi booster. Alahai...saya bab cucuk ni saya paling takut. Tarikh booster ni saya dapat pukul 2.57 pagi hari jumaat sehari sebelum saya ke Port Dickson. Nak suruh saya syok2 bercuti dulu la ni. 

Sempat la menghabiskan masa berdua dengan hubby dulu. Dah 3 minggu takde makan berdua. Ada Dania kan?. 


Terima kasih la Abang menghantar ke sini. Actually tak tahu pun area mana IOI City Tower 1 ni, rupa-rupanya sama tempat je dengan IOI City Mall. Hehehe...lepas booster ni boleh la shopping ye. (Nak selit jugak tu).

Muka suspense oii..

Dah berapa bulan lepas vaksinasi, lupa nak bawak pen. Terpaksalah pinjam pen staff sini. Jangan lupa bawak pen ok?. 


Lengang jugak la pagi ni. Jadual saya jam 9.30 pagi tapi pukul 9.04 pagi saya dah tiba. Ok je tiba awal ni. Orang pun tak ramai. Saya rasa kali ni lagi kurang orang berbanding kat IDCC, Shah Alam. 


Ni station pertama. Rupanya ada juga yang walk in tanpa temujanji. Lepas tu staff kat tengah tu bebel2 kat saya. Katanya masa boleh walk in tu punya ramai orang. Dah kata tak boleh walk in nak walk in jugak. Kan ada signboard kat luar kata tak boleh walk in. Nasib baik la time saya tu walk in dah tak dibenarkan. Staff tu nak meluahkan la tu. 


Sebelum ke station ni ada station kena berjumpa dengan Dr. Selepas itu baru ke station yang ini iaitu station di mana akan ada staff beritahu vaksin yang kita akan dapat nanti. Kat IOI City Tower 1 ni, vaksin AstraZeneca yang akan ditawarkan. 


Kat depan tu dah bilik vaksinasi. Ada 5 bilik tapi 4 je yang berfungsi. A dan B vaksinator lelaki manakala C dan D vaksinator perempuan.


Saya request vaksinator perempuan jadi saya dapat station D. D for Dania...hehe


3 AZ in a row. 


Boleh ambik gambar ke?.....Vaksinator kata boleh. Kalau 10 orang macam saya jenuh juga vaksinator tu. Pagi2 ni selalu mood orang baik kan?. 


Tiba jam 9.04 pagi, selesai booster jam 9.58 pagi. Alhamdulilah. Dah boleh keluar shopping....eh eh...

 
Pintu IOI City Tower 1 ni berdekatan dengan Dolly Dim Sum. Dekat dengan Dolly Dim Sum ni ada escalator naik ke tingkat atas. Naik je escalator tu...BBW tu depan mata. Tudiaaaa....dekat ke idok? 😁


Minta izin nak ambik masa hubby kejap sebab nak pergi Bath & Bodyworks. Apatah lagi ada Semi Annual Sale. Inilah hasil tangkapan saya. Kebanyakkan nak bagi kat cikgu-cikgu Dania. Ni kira batch kedua la ni. batch 1 Dania dah selesai distribute kat cikgu-cikgu. Tahun terakhir persekolahan Dania sebelum ke IPT jadi saya nak buat sedikit extra la. 


Bawah ni hadiah untuk cikgu-cikgu Batch 1. Ada juga barangan saya. Snowflakes and Cashmere tu ya ampun sedapnya bau. Lembut je. Tube kecik2 tu hand cream. Satu lagi winter candy apple tu apa lagi...bau apple la. Pinkberry Clouds tu pun saya punya. Hehe. Lain2 baru cikgu-cikgu punya. 


Hadiah Datin Pengetua dan Penolong Kanan. 


Bau yang sangat best. 


Ni hadiah guru kelas Dania. Ada nota sikit situ. Sebenarnya semua cikgu-cikgu ada nota masing-masing termasuk pengetua dan penolong kanan. 


Moga wangi la nanti cikgu-cikgu Dania. Hehe. 

Lepas booster leh selit-selit shopping sebab dah tempatnya pun kat IOI City Mall. Sekarang ni memang banyak PPV Offsite terletak kat shopping mall kan?. Kat Mid Valley, Paradigm Mall, AEON Taman Maluri. 

Ada side effect ke booster AZ kali ni?

1. Balik tu rasa mengantuk.
2. Lapar.
3. Esoknya badan rasa lenguh2 waktu pagi. Masuk tengahari dah ok.

Mungkin amalan saya makan Habbatus Sauda dan Vitamin C membantu!. Dah siap2 makan Habbatus Sauda lepas breakfast. Lepas makan tengahari tu air Vitamin C pulak. 

Moga saya dijauhkan dari virus penyakit Covid 19. Sesungguhnya saya berikhtiar dan bertawakkal kepadaNYA. 



XOXO,
Ezna


15 ulasan:

  1. sempat shopping tu lps booster...wangi2 la cikgu dpt gift tu nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab shopping tu sempat selit lagi. Hehehe....cikgu2 Dania mesti wangi....hehe...bagi wangi dan lembut tangan yang menanda kertas peperiksaan tu...

      Padam
  2. Untunglah ambil booster dekat shopping mall hihi..
    Anyway, good idea hadiah utk cikgu2 tu..
    Boleh PH ambil idea utk hadiah Hari Guru nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai lak My Sejahtera slot nama kat shopping mall. Hehe. Dania pulak nak kena bagi awal2 sebab Hari Guru bulan Mei, Sebelum Mei dah tak pergi sekolah dah lepas exam SPM dah.

      Padam
  3. Saya baru dpt booster shot dua hari lepas. Juga di IOI City Mall Tower 1. Hehehe.

    BalasPadam
  4. masih x dpt panggilan lg.. yg lmbt vaksin dh dapat.. pelik juga.. apa pun nk juga vaksin dan hrp xde mslh alahan

    BalasPadam
  5. wahhh byk dia borong bbw.. semua nampak best dan wangi2.. hehehe

    BalasPadam
  6. Saya belom booster lagi... Hrp2 kali ni xteruk la.. Sbb mse dose ke 2 teruk juga kena smpi sesak nnafas... Alhmdulillah lega rsa nk lepas 1 booster ni kan... Miga baik2 aje selepas ini. Aminn

    BalasPadam
  7. Haritu dah dapat date, tapi kena pi PD, kebetulan kesihatan tak berapa ok, so Sis postpone, now tunggu date baru pulak..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah sudah booster. Saya belum lagi :)

    BalasPadam
  9. huda pun dah settle amik booster lega dah settle. best yer shopping dan berkongsi rezeki dengan orang lain. semoga bertambah berkat rezeki..

    BalasPadam
  10. Congratz Kak dah take your booster! My turn pulak this week on the 19th... Hopefully all good sebab the week after dah kena balik kampung...

    BalasPadam
  11. Saya pon dh booster. Agak sakit sikit yg kali nie walaupun semua mmg ambil AZ dari mula. Malam start badan panas tp bangun pg dh okay dah. Hopefully xde lagi dah cocok2 nie 😅

    BalasPadam
  12. Airah pun dah booster. Pengalaman okay je tak ada teruk sangat pun. Sakit kepala demgan sakit tempat cucuk tu jeee. Asalkan selamat dari covid ni

    BalasPadam
  13. sama la kita da booster.
    semoga kita kekal sihat, kan.
    ada pendinding dari covid 19 :) in shaa Allah.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...