Selasa, Januari 4

Segalanya untuk keluarga di Mines dan De.Wan 1958

Hari kedua lembaran baru tahun 2022, petang tu nak ke Mines sebab nak beli ink printer. Dania asyik print je sebabnya. Ambik dulu gambar kotak parking. Hehe. Takut terlupa parking kat mana. Siapa lagi macam saya? 


Masih ada lagi dekorasi Christmas kat Mines ni. 


Hubby teringin nak makan kek kat Secret Recipe jadi order la kek ni. 
Saya....Carrot cake
Dania....Oreo cheesecake
Hubby....Chocolate banana cake


Balik je rumah, maghrib dulu sebelum keluar menuju ke Bangi Resort Hotel. Dania bawakkan kek carrot Secret Recipe yang saya saje beli nak share makan dengan family nanti walaupun saya tahu masing-masing mesti kekenyangan dengan food yang dihidangkan. Kat sini kami ke Restoran De.Wan 1958 oleh Chef Wan. 


Ni lah diantara makanan yang dihidangkan. Adik saya siap ambik set menu dah. Hidangan ni semua adik yang belanja. 


Kalau ada saya, semua kena ambik gambar. Hehe.


Dan lagi.....si kecik kat depan macam tak ikhlas je tu. Haha. Dia sibuk nak makan buah, aunty Ena suruh pose. 


Lagi gambar....


Awal-awal lagi adik dah booking hidangan set menu jadi bila kita datang je dah sedia la semua hidangan. Kalau makan ramai-ramai ni berbaloi la....


Ikan siakap masak asam pedas. Nasi pulak boleh pilih diantara nasi putih, nasi lemuni atau nasi telur. Saya memang prefer nasi putih lagi daripada nasi yang lain. Nasi ni free flow. Boleh request kalau nak tambah.


Udang kari hijau telur asin ni saya suka. Siap boleh tapau balik lagi sebab saya duduk kat geng budak2 jadi banyak yang tak habis tu siap tapau la. Hehe. 


Terung masak cili ni saya suka sangat. 


Daging opor hijau. Dagingnya agak keras. Saya tak makan tapi feedback hubby la. 


Ayam masak merah Chef Wan. 


Sate sate....ada ayam dan daging. 


Seleksi buah-buahan. Ni tinggal sikit sebab budak kecik Eerfan makan. 


Saya order juga air Honey Lemongrass tapi tak berapa suka dengan air ni sebab halia tu kuat sangat. Ingatkan ada serai je sekali halia pun ada jadi kurang sedap la air ni. 


Kek nak sambut anniversary dengan family...


Mari kita potong kek. Udah adik beradik saya kata muka saya persis ibu saudara saya yang saya panggil maksu. 


Ada lagi ekstra yang order iaitu aiskrim bunga kantan. Hmmm aiskrim masuk bunga kantan?. Saya makan sikit ajer sebab saya prefer aiskrim vanilla yang original tu. Rasa bunga kantan ni kuat sangat pulak. Kalau masuk dalam asam pedas atau laksa ok lagi tapi bukan aiskrim ye?. 


Gambar masa awal-awal masing-masing gaya berdiri tegak nak menyanyi lagu negaraku je. Haha. 


Okay...kali ni freestyle pulak. 


Saya dan hubby pulak. 


Kat luar, ambik gambar Chef Wan pulak. Chef Wan sekarang ni kat Hawaii lagi. 


Kita abadikan dalam Tik Tok. 


Dah lama juga tak berkumpul ramai-ramai satu keluarga macam ni semenjak Covid ni. Akhirnya awal tahun 2022 dapatlah kami semua bersua muka setelah sekian lama. Missing Sam (adik ipar saya) sebab dalam perjalanan pulang dari misi banjir di Pahang. Moga akan ada Part 2 dan seterusnya...insya allah....harapnya takde lagi la MCO macam yang lepas untuk tahun ni. 




XOXO,
Ezna





 

5 ulasan:

  1. bestnya dpt mkn2 dan berkumpul ramai2 tu!!!

    BalasPadam
  2. Happy Anniversary sis . Moga sentiasa di bawah rahmat Allah SWT seisi keluarga . Syok kan bila dapat berkumpul . Menu pun nampak best , kena try jugak la

    BalasPadam
  3. Wah nampak meriah menu2 dia ek. Kte lom pernah try lagi sini. Tp kalo utk family ramai2 cam berbaloi gak spend sini

    BalasPadam
  4. Seronoknya keluar makan dan jalan-jalan hehehw bestnya banyak makanan tu puas hehehe nak jalan-jalan juga...

    BalasPadam
  5. teringin naw naw nak makan kat restoran chef wan ni.
    sebab minat sgt dgn chef wan.
    sebagai peminat, mesti la nak menjamu kat restoran dia kan.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...