Plan last minute je ni nak ke Port Dickson. Kan saya ada cerita sebelum ni yang saya ada order topi pantai tapi tiba lambat jadi tak sempat nak pakai kat pantai Mersing tu. Hubby kata nanti kita cuti kat tepi pantai lain. Haha.
Ni saya dan Dania test pakai topi ni kengkonon kat tepi pantai la ni.
1..2..3....say cheese...
Pit stop pertama ni makan kat Salam Noodle Cyberjaya. Dania teringin nak makan mee. Ok ye sebelum makan sila senyum dulu. Ok cun semua bekerjasama. Haha
Kat gerbang ni la kisah saya bagi roti kat monyet tu. Boleh baca kat sini
Monyet tu datang dari semak kat belah kiri.
Alhamdulilah selamat tiba ke Thistle, Port Dickson. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih dari Cyberjaya tempat yang kami makan sebelum ni.
Bilik yang kami booked ni seafront jadi mengadap laut la. Dania kata gambar bawah ni macam dalam website hotel. Amboiii tq la puji ummi. Hehe
Cuaca baik, matahari memancarkan cahayanya. Tak sabar nak explore pantai.
Dalam pukul 6 petang macam tu turun pantai mandi laut. Kena berhati-hati kalau ada kehadiran obor-obor juga ya?.
Rehatkan minda dulu sebelum berjuang untuk peperiksaan SPM nanti.
Saya dan hubby pulak. Hubby bising kenapa ambik kot belakang?. Style la....😆
Us...
Tak lama pun dapat explore pantai ni sebab tau-tau je dah nak maghrib. Hari ni hotel fully booked sebab Lazada ada program kat sini. Memori kami untuk tahun 2022. Alhamdulilah untuk ini.
Malam, saya teringin nak makan makanan laut jadi akhirnya kami ke sini.
Sementara tunggu nak dapat meja kat Restoran Seri Mesra ni...terdengar ada orang panggil Kak Ezna....hehe rupanya kawan saya Azwa dan suaminya Iman. Suatu ketika dahulu blogger di Eyriqazz. Sekarang ni dah tak aktif menulis. Syok la mereka dah dapat meja dah. Kami dok berdiri je nak dapat meja sebab orang ramai oh....
Setelah dah dapat meja, Ok....jom la kita cari lauk. Nak masak apa ni?
Iman @ Eyriqazz kata kat sini agak pricey harganya....ok kita berpadalah ambik ye. Hehe. Sotong ni masak tepung dan lala ni masak cili. Sotong ni pula size besar. Kalau ada yang sederhana saya sure pilih punya.
Nasi putih 3, Milo ais 1, Teh Tarik 1, Teh O suam 2, Tomyam campur medium 1, telur dadar medium 1,lala bercili, sotong goreng tepung dan 3 otak2 semuanya berharga RM90++.
Balik hotel je, tengok langit....cantiknya banyak bintang2 di langit. Berkelip-kelip. Indahnya ciptaan yang esa kan?.
Ambik gambar la kat fairy light ni.
Hotel yang kami menginap pada waktu malam.
Jumpa lagi hari esok ya.....nanti nak perkenalkan satu cafe yang best....stay tuned!
Chiow....
XOXO,
Ezna
Selamat beriadah dan beristeri rehat
BalasPadamAlhamdulilah. Dah balik dah sebab anak nak sekolah.
PadamSampai PD pulak dia bestnya hehehe jalan sakan yer kita nak jalan tak ada orang nak teman sedih sorang2 hehehehe... Lama juga tak sampai PD ni kan...
BalasPadamTau tau sampai dah sini Maha. Sebelum Dania exam kita tenang2 kan fikiran dulu. Ajak geng la bercuti Maha.
PadamLama xpi port dickson. Rasa macam nk pi sana lagi... Bestnya dpt berjalan sakan... Takpe selagi de masa kita jalan2 je kan... Kang xleh keluar rumah bosan plak heheh
BalasPadamHarap2 takde lagi la PKP sampai banyak peringkat tu. Jenuh kita....
PadamNice juga hotel Thristle ni erk. Boleh usha lagi ni. Lam atak pergi PD. Wah reseki dapat jumpa kawan blogger eyriqaz..hehee..
BalasPadamKebetulan terjumpa Eyriqazz bukan sekali tapi dua kali. Part 2 pun ada. Hehe.
Padamamboi topi u.. kemahen hahahahha.. lama i x jenguk Pantai.. rindu dengan desiran ombak.. achgitew
BalasPadamHahaha Ayu....melaram sakan la dengan topi pantai....baru kena ngan tema pantai ni haa.....nanti you leh plan cuti tepi pantai ni sesambil main air kat pantai....
Padamthis looks like the perfect weekend getaway! from the clean beach to delicious seafood dinner. i cant wait to explore PD now!
BalasPadamJom ke PD!
Padamnampak best gak thistle ni...ada family room tak? (mls plak nak google hahhah)
BalasPadamAda you. Sila sila.
PadamSeriously rindu trip ke PD ni.. tak jemu walaupun tempat dia kecik jer! But banyak dah attraction kat sana kan! Kena repeat trip lagi la lepas ni…
BalasPadamthistle ni mcm pernah gi tau, ezna.
BalasPadammemori lost sekejap. pernah meeting la kat sini sekali.
dgn famili mcm pernah menginap.
nak kena check dlm harddisk gambar.