Cuti Tahun Baru Cina exactly pada hari pertama tahun baru cina, Dania ada kelas tambahan kat sekolah. Tak kisah pun hantar Dania walaupun hari cuti. Nak kena full blast la sebelum SPM menjelang bulan Mac nanti tapi bulan 2 ni dah sibuk dengan ujian bertutur BM, ujian mendengar BI dan amali Sains. Belajar rajin2 anak ummi ye?. Nak nak ni subjek Add Maths. Ada je cikgu buat online tapi cikgu ni nak buat bersemuka. Saya respect Pn. Banu ni terlalu komited. Semenjak masuk sekolah tahun ni setiap hari without fail Pn. Banu buat kelas start 6.45 pagi sampai jadual waktu pertama bermula. Kelas ni buat mereka yang nak datang ajer. Dania pergi setiap pagi awal ke sekolah sebab kelas Pn. Banu ni lah. Harap2 membuahkan hasil yang lumayan. Insya allah.
Sementara itu, ummi dan ayah explore Petronas yang baru buka sambil isi minyak kereta dulu.
Luas Petronas baru buka ni.
Ada McDonald's juga kat sini. Singgah breakfast dulu. McDonald's kat sini bentuk memanjang. Dekonya terkini. Cantik sangat. Boleh tengok gaya kerusinya tu. Cantik dan moden.
Berdua ajer menikmati sarapan pagi.
Nama Petronas ni Sungai Merab R&R. Face mask saya ni kalau tak senget tak sah.
Luas kan?.
Servis yang terdapat kat sini.
Pandu lalu pun panjang.
Kalau kat highway tu dah boleh nampak signboard Petronas dan McDonald's ni.
So far, masih tak ramai orang kat McDonald's ni. Boleh la pergi ke sini menggantikan McDonald's Bandar Baru Bangi yang kemain ramai sangat orang. Nak ikut tol pun boleh jadi masuk kat sini. Kalau tak ikut tol ada susur nak ke Petronas ni tapi parking kat bawah dan kena naik tangga kalau nak ke sini. Tempat parking tu pulak tanah merah ajer. Kalau hujan mau lecak jugak tu. Parking kat bawah ni paling dekat dengan rumah kami. Kalau nak ke highway nak kena keluar kat tol berdekatan Jakel Ostia Bangi.
Saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya!!! Moga bergembira berkumpul sesama keluarga yang tercinta.
XOXO,
Ezna
nampak besar dan spacious! kat my area, ada satu jer mcd drivethru yg paling dekat, so selalu pnjg q, sabar jer lah heheheh
BalasPadamWowo...this is a big one to stopover while on the journey at this highway, thanks for sharing this, will check out when I'm there then. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadambesar betul petronas ni.. mcm2 ada.. kalau i mmg dah jadi tempat melepak dah
BalasPadamBaguala ada macam2.. Bila ada macam2 ni bolehla rehat sekejap kan sbeelumnteruskna perjlanana
BalasPadamwahh bestnya siap ada mekdi, senang petronas camni, boleh isi minyak, pi atm, terus beli mekdi hehehehe
BalasPadamBesar ya Stesen Minyak Petronas hat ni. Kami sekeluarga memang suka singgah kat stesen minyak yang ada pelbagai perkhidmatan macam ni. Sambil isi minyak, anak-anak boleh pi check it out apa-apa yang patut untuk dijadikan tidbits di sepanjang perjalanan.
BalasPadamMemang nampak luas dan cantik...ruang memanjang kat dalam McD pun lawa..boleh singgah ni..
BalasPadamWah this station is huge, ada McD juga. Nampak selesa, bersih, dan lengkap.
BalasPadamSalam. Dekat belah mana yg boleh turun tangga ke parking tu ye?
BalasPadamKalau tahu dimana jalan di bawah jambatan tu, kat depan ada Sony. Ada 1 jalan ke di sebelah kiri sebelum jalan di bawah jambatan. Kat situ ada tangga nak ke Petronas atas bukit ni.
Padam