Hari jumaat, hubby bawa kereta saya ke service center kat Puchong untuk check. Mana taknya tetiba keluar alert kat kereta ni. Alert tu yang 3 berwarna kuning tu. Kalau keluar alert macam tu kena cepat-cepat bawa ke service center. Tu je masalahnya. Dok keluar alert tu. Harap2 bukan masalah yang major la. Saya tak ikut sekali sebab nak kena standby kat rumah sebab jumaat Dania balik sekolah awal.
Kereta kena tinggal kat service center untuk pemeriksaan yang terperinci selama 1 hari je. Risau betul kalau kereta sakit ni kan?. Bukan apa nanti patah kaki la kita. Sabtu, kami ke Service Center sini. Dulu kami service kat service center kat Balakong....disebabkan PKP yang tak berkesudahan sampai tutup service center tu. Jadi kami ke sini la pulak.
Ada mini cafe kat sini untuk kegunaan pelanggan. Memang selesa betul ruang menunggu kat sini. Cakap je nak minum apa nanti tea lady akan ambilkan untuk kita. Dah siap, kita kena ambik kat kaunter. Free ajer. Takde bayaran dikenakan. Lain pula kalau kat service center Audi Glenmarie.Kalau kita tengah menunggu tu tea lady akan datang tanya kita nak minum apa dan tau tau minuman depan mata. Bagi saya ikut la kat service center yang bagi extra kat pelanggannya. Kat Audi tu memang layanan terbaik.
Boleh tengok kat video ni area dalam service center ni.
Pelanggan yang datang bawa anak kecil pun ada mini taman permainan kat sini kalau anak nak bermain.
Dania saya suruh bergambar kat sini kat logo VW. Belakang tu kereta saya dah mereka prepare awal-awal letak kat luar so that senang boleh terus bawa je.
Sementara nak tunggu staff bagi gate pass dan explain apa masalah kereta....kita bergambar la dulu dengan kereta Passat ni.
Ada juga cenderamata VW kalau berminat nak beli. Saya lebih kepada berminat nak tengok ajer...😁
Alhamdulilah selesai dapat gate pass. Rupanya sensor ABS saya rosak. Jadi dia tak boleh detect la sistem ABS kereta saya. ABS ni apa?. Sistem di mana bila ada kecemasan, sistem brek akan mencengkam dengan kuat tayar supaya kereta tak bergerak ke hadapan. Salah satu safety element untuk kereta. Sensor yang mereka tukar tu free ajer sebab kereta masih dalam warranty.
Gate pass ni kena tunjuk kat guard kat depan masa keluar. Terpisahlah sekejap saya dan hubby. Hubby bawa kereta terus ke Plaza Low Yat KL sebab nak tukar hard disk yang lebih besar untuk laptop saya bagi laju sikit laptop dan nak buat something kat laptop kerja hubby. Habis apps hubby untuk kerja tak boleh buka.
Saya dan Dania pun menuju ke area apartment lama saya dulu kat Puchong untuk ke Petronas bersebelahan. Makan aiskrim dulu la. Teringat dulu-dulu kalau saya hantar Dania ke kelas Speech and Drama...mesti singgah makan aiskrim dulu kat Petronas. Bonding ibu dan anak la.
Hari ni weekend ni kemain banyak kereta. Rimas kalau terpaksa berdepan dengan kereta yang bawak kereta mengarut ni. Macam-macam la peel orang bawak kereta ye tak?.
XOXO,
Ezna
Memang paling risau bila lampu amaran tu keluar. Tapi insyaAllah kalau tak ignore dan terus service mcm sis buat, tak ada masalah.
BalasPadamTak boleh ignore pun sebab annoying siap 3 kali bunyi bila start kereta. Terus fix date untuk temujanji. Alhamdulilah dah fix problem sensor tu.
PadamAlhamdulillah semua dah Ok, kalau tak risau je nak bawak kereta ke mana-mana kan...
BalasPadamPaddle pop ke tu? Nampak sedaplah pulak :D
Bila kereta OK, baru la tenang nak bawa jalan2. Hehe. Eh eh pandai la teka...memang paddle pop pun.
Padamsyukur semua dh ok!
BalasPadamAlhamdulilah Suzz. Selagi tak check tak tahu apa sakitnya....rupanya sensor rosak. Nasib baik minor ajer.
PadamSama cam Rawlins. Asal muncul je icon pelik2 kat dashboard, menderu terus ke service centre. Biar depa pening, kita pening bayar je kelak hahaha
BalasPadamyeah, true. The dashboard never lies. It's good that you take early action. Thank you for sharing your experience with me.
BalasPadamNasib baik sensor ABS je rosak. Keta bella pun dah keluar lampu tanda amaran macam ni. Memang sistem elektronik dah jahanam..tapi masih belum bawa ke klinik kereta. Huhu. Harap tak de isu major juga lah utk keta bella. Btw, lawa ye tempat servis keta ni. Sangat convenient!
BalasPadamsensor ABS.. fuhh banyak juga habis tu.. tapi i suka VW.. tahan lasak dan smart
BalasPadamA few months back I had the same problem, glad that you solve it quickly and the service at your center betul cekap!
BalasPadamSeronoknya tempat menunggu dia. Selesa dan luas. Duduk lama lama pon hakpe. Haha
BalasPadamTerbaik lahhh memang dia jaga pelanggan dengan baik siap bagi keselesaan di cafe lagi. Bole makan2 sambil tunggu kereta siap. Mudahhh
BalasPadamSatu satunya benda yang memang Sis amik berat, sebab hari-harui pun guna kereta.. kadang Sis sendiri yang atur servis dari Suami, sebab dia sibuk hehehe
BalasPadamHaaaa.... bab keteta2 ni mmg kak blur skt sbb tak pandai bwk kereta tp anak2 yg uruskan, tgk tempatnya pun selesa dan menarik, jd xboring bila tgh tggu kereta sedang service.
BalasPadambestnya kalau ada servis mcm ni. untung beli kereta baru ni. pegi servis pun dapat layanan and air free. hehe
BalasPadamhaha enjoy ya. As a VW car owner I had happy and terrible experience with the car hence , good luck
BalasPadamKalau Nina pun ada signal memang terus bawak pi servis. Risau kann? Mujur Masih dalam warranty kalau tak terbang gak beratus tu kan.. cantik servis centre VW
BalasPadamThanks for sharing this useful information here, so reminder to all to have proper car check before travel for festive celebration. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamthank you share.walaupun semua bab kereta husband yang uruskan tapi kena la ambil tahu jugak kan hihihi
BalasPadam