Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, December 25

Menakluk JDT | Day 2

Ni lepas breakfast kat hotel. Dania kena bayar RM21/RM23 tak ingat untuk breakfast. Seleksinya banyak juga kat La Grandeur ni. Hotel ni kan ada padang golf. Baru tengok kat IG Shuib Sepahtu update anak dia Uwais tu dapat champion untuk golf. Wow hebatnya Uwais. Pasti arwah Siti Sarah bangga kan kalau masih ada....😰. Apa kena mengena dengan Hotel ni? Tournament tu nampaknya dibuat kat sini dan anak Shuib ni masuk tournament pada 21-22 Disember 2021. Saya pula, 19 Disember 2021 dah nak check out. 


Hotel ni banyak elemen kayu. Best juga hotel ni walau booked pun last minute. 


Berehat-rehat di dalam bilik sambil pekena air panas secawan. Makan dengan kacang. 


On the way nak keluar ke highway ada macam kebakaran berdekatan sini. Bila cari dalam internet, rupanya kilang plastik Tomypak terbakar. 

Nampak tak Petronas sebelah kiri tu, situ la kami makan KFC malam sebelumnya. Dekat sangat dengan hotel. 2.6km je ke sini dari hotel. Ok kami akan meneruskan perjalanan ke Mersing. 


Saya pulak datang Johor ni teringin sangat nak makan belangkas sebab area Johor ni banyak belangkas. Saya ada phone 3 Restoran yang menghidangkan belangkas ye....1. Kuali Belangkas Power...tutup pula hari ni. Lepas tu saya call 2. Restoran Belangkas Sedili Selera Maju Jaya.....bila call owner cakap 'saya dah tutup dah kak tahun lepas'. Allahu....dah la saya teringin kan...jadinya saya doakan moga dipermudahkan buatnya. 3. Gerai Belangkas Mahkota....hubby call katanya nak tutup dah...ha??? alahhh sekarang ni masa bertolak dalam 1 lebih kot....saya dalam hati kata kalau ada rezeki adalah...

Ada pulak roadblock kat sini, patut la jam....dah dalam hati kata mungkin gerai tu dah tutup dah masa kami sampai. 


Allah dah tentukan ada rezeki untuk saya kat Gerai Belangkas Mahkota walaupun ramai orang dan makanan yang saya nak tu ada....alhamdulilah. Masa tiba masih ramai orang makan kat sini cuma tempat je la limited. Tak tunggu lama, ada je tempat kami 3 beranak. 

Ini hidangan yang kami pilih....udang goreng tepung, belangkas masak asam pedas dan lala buluh masak cili yang Dania pilih. 


Belangkas ni cara makannya, korek2 la kat celah2 kulit ni ada berbiji-biji warna kuning tu telur belangkas...itu yang dimakan. Lain2 tu keras. Kebetulan ada 2 hidangan je. Saya cuma nak order 1 hidangan je. Bila makan telur tu eh kenapa rasa macam makan rendang daging....eh?? Padehal masak asam pedas tu. Haha...ini pertama kali saya merasa belangkas ye. Tak tau what to expect. 


Tengok la telur2 belangkas ni ha.....


Ni Dania suka ni. Saya suruh pilih diantara kerang dan lala buluh. 


Udang ni masa saya ambik, saya tanya dulu sebab tak nak terkejut bila bayar nanti. RM15/pinggan. Ada tak silap 4 ekor udang. Panas2 lagi baru masak. Memang rangup tak ingat la. 


Senyum dulu ye...lepas tu kita sambung makan. Haha....


Shawl styling by ummi. Hehe...


Bergambar depan Gerai Belangkas Mahkota. Panas nau masa ni. 

Nak tahu alamat ? 

Jln Tun Sri Lanang, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor


Ni pula bila kami dah tiba dah kat Felda Residence Tanjung Leman. Ni la bilik yang ditempah. Suite bilik kami ni ha ada ruang tamu dan bilik. Ok suite kan?. Nanti saya review kat akhir post ni. Huhuhu...


Settle semua, masa untuk mandi kolam. Hehe. Saya dan Dania pakai stoking renang Safa. 


Kali ni bergambar di tepi laut. Sempat la main2 laut kat tepi2 tu je haa...laut bergelora masa ni. Dania punya takut la. 


Malam ni kami makan kat hotel je la. Malas dah nak keluar sebab kena hadap 23km nak keluar dari kawasan ni. Belum lagi ke bandar dia ye...lagi pun kawasan ni kami tak biasa dengan gelapnya kat jalan luar takde lampu. 

Dania punya Cantonese Yee Mee. 


Nasi goreng seafood saya. 


Nasi goreng special Tanjung Leman untuk hubby. 


Makanan kat sini not bad juga rasanya. Dania kata ni je la yang best kat sini. Haha. 😅...tunggu eh saya kupas kat bawah...


Suasana malam tepi laut. Ada je guest buat BBQ kat sini. 


Bilik Suite kami kat tingkat atas. 


Anda boleh booked kat Felda Residence Tanjung Leman tapi tunggu dulu...tengok review ni dulu :

1. Kat luar bilik ni macam takde orang sapu. Jenuh la nak naik tangga tengok atas je. Sepatutnya ada la orang maintain kat luar bilik kan. Jangan dalam bilik je berkilat.

2. Kat sini selalu blackout. Nasib baik masa kami datang tu tak kena. Idak...nak kena prepare lilin kot datang sini.

3. Line telefon on and off. Mungkin anda akan terputus hubungan dengan dunia luar ye. Line tak berapa kuat kat sini. Seringkali telefon saya line E ajer....

4. Internet hanya ada di lobi dan bukan di bilik. Jenuh la Dania nak catch up online kelas yang dia tertinggal. Sekarang pulak join tuition online yang sedang buat Seminar SPM. Memang tak boleh nak join la. Guna phone punya line pun macam siput. 

5. Bila line telefon macam hmmm....nak tengok TV pun warna kelabu dan bising berbunyi (annoying sungguh bunyinya) sebab kata reception counter, disebabkan kejadian blackout baru2 ni..semua bilik mengalami gangguan TV. Mereka sedang melakukan sesuatu. Hmmm sedang melakukan sesuatu atau tidak...kita pun tak tahu kan?. Company Felda yang besar tu boleh la tengok tengokkan....tempat ni....kaya kot Felda tu. Buat la sesuatu. Mana tahu aerial ke apa ke yang rosak kan?. 

6. Katil saya ada anai-anai. Aduhhhh citernya macam ni....kepala katil saya tu ada kayu macam berbonjol keluar tau. Saya tolak dengan bekas tisu sekali.........anai-anai bergerak dalam tu....ewwwww....haishhh idak la saya nak tidur kat katil tu. (Kami angkat tilam dan tidur kat bilik sebelah). Mereka ni kena menitikberatkan bab pest control ni. Kalau tak control populasi anai-anai...habis la kayu katil ni. 

7. Aircond kat bilik tidur tak rasa langsung. Maybe sebab habis gas ke apa...mereka tak service ke...apa lagi....ada isu anai-anai dan bilik panas...itu yang kami bawa tilam ke bilik sebelah (ruang tamu). Berat ohhh tilamnya...

8. Kat siling ada macam tompokan hitam...ala ala bocor ke apa...banyak macam bintang di langit. 😓 Aduhh boleh imagine tak?. Bila baring nampak atas....sekurang-kurangnya cat la bahagian atas tu. Mana la pergi orang maintenance ni? 

9. Kalau tak kisah hotel ni terletak jauh ke dalam ok lah...tak keluar2 kan. Kami ni jenis keluar nak tengok tempat2 menarik atau pada waktu malam selalunya makan kat luar. Bukan makan kat hotel. Kat sini kalau malam nak keluar memang tak la sebab jalan pun gelap, 1 lane dan berbukit. 

10. Kat luar kawasan Felda Residence ni ada pagar menuju ke pantai. Pantai kat belakang ni dipenuhi sampah sarap. Takkan la biarkan je walaupun luar kawasan kan?. After all guest Felda Residence ni juga kan yang guna area ni. Kalau hotel lain kan...cuba tengok....mereka jaga juga kan area pantai belakang resort/hotel mereka kan?. 

11. Bukan untuk mereka yang kurang upaya. Kalau mereka yang kurang upaya boleh request duduk bilik bawah. Hotel ni takde lif. Ye lah rendah ajer. 

Disebabkan 10 faktor ni kan...(No 11 takde kena mengena dengan kami tapi maybe orang lain) terus esoknya kami check out. Sepatutnya tunggu lagi satu malam. Tak tunggu lama lagi dah. Even dah bayar penuh pun...😣. Masa makan tu kami discuss. Siap cubaan menelefon hotel lain kat Johor Baharu untuk booking bilik. 😅

Kalau anda tak kisah faktor-faktor di atas boleh je menginap kat sini. Kena bawa sekali lilin la mana tahu blackout. (Staff reception kata selalu blackout kat sini). 

Nantikan sambungan untuk Day 3 pulak ye....




XOXO,
Ezna


7 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih. Dah tiba rumah dah...alhamdulilah.

      Delete
  2. part anai2 tu ewwww memang patut la u stay satu mlm jerrrr kita holiday2 nak happy2 menikmati bilik yg besh hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut 2 malam jadi 1 je. Bila reception tanya hubby I kata takde wifi dalam bilik. Payah anak nak tengok kelas sebab anak nak SPM. Padehalnya tu haaa banyak reason dia....huhuhuhu

      Delete
  3. wah u suka makan berlangkas ya . hehe. suka dengan hotel yg guna byk elemen kayu ni.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la Ayu...I boleh makan. Baru first time try ni. Nanti u lawat Anaqi boleh try.

      Delete
  4. Wah lauk berlangkas tu namoak best, i belum pernah try lagi kalau ada chance nak singgah kedai ni.

    ReplyDelete