Isnin, Disember 27

Menakluk JDT | Day 4

Diam tak diam nak masuk hari keempat kami di Johor dan trip kami hari ni nak ke Taman Negara Tanjung Piai. Nanti saya ceritakan tempat menarik kat sana dan kat mana lagi kami singgah dalam perjalanan. Lepas breakfast jalan-jalan tengok hotel ni. Kalau ada anak-anak kecik best la boleh masuk theme park KSL. Guest hotel ni cuma bayar RM20/pax. Ambik peluang bergambar dalam gigi dinosaur. Over tau.....I don't care...Hehe... 


Bergambar 1 family kat sini pulak. 


Cuaca baik nampaknya hari ni. 


Sebijik font  movie Twilight. Nak highlight tu je.  


Statue besar macam ni masa pergi Beijing banyak la.


Mirror selfie lagi...tapi mulanya pakai 1 suit baju Poplook x Hanis Zalikha ni tapi tukar seluar lain yang lebih lasak. Nak pergi taman negara kan?. 


Sebelum ke Taman Negara Tanjung Piai, singgah la makan kat Medan Selera Larkin Bomba ni. Kat sini pun ada Kacang Pool Haji. Kami tak order la Kacang Pool sebab dah try dah sebelum ni. Isi dulu perut sebelum meneruskan perjalanan. Waktu makan tengahari dah ni. 


Suka konsep medan selera ni sebab kita boleh pilih nak makan apa kan?...harga pun masih berpatutan. Dania dan saya makan nasi ayam. Hubby makan nasi campur. Air pula air buah laici dan tembikai dengan nescafe tarik hubby punya. 


Haa ni medan selera larkin bomba. 


Perjalanan dari Johor Baharu ke Tanjung Piai mengambil masa dalam 1 jam lebih. Kami tiba pun dalam jam 1 petang macam tu. Hishhh matahari tengah tegak kat kepala tu. Panas....


Bayaran yang dikenakan kat sini ialah RM5/dewasa. Bagi saya berpatutan sangat kan. Kami mengambil peluang bergambar kat hutan paya bakau. 

Alamat  : Taman Negara Tanjung Piai, 82030 Kukup, Johor.


Bila Dania tengok pondok ni dia dah mula takut dah. Dania memang penggeli dengan ular. Lepas nampak ni dia dah tak senang dah nak jalan-jalan kat sini. Hehe. Baru terfikir pasal ular kat kawasan ni. 


Akhirnya, setelah menapak 500 meter dari pintu masuk, kami tiba di monumen ni. Kami berdiri di penghujung selatan tanah besar asia. 😀


Di kejauhan boleh nampak kapal-kapal besar berlabuh. 


Ini dekat jeti tiga negara. Boleh nampak Pulau Karimun, Indonesia...Singapura dan kita berada di Malaysia. 


Belakang Dania...Pulau Karimun, Indonesia. 


Memang panas betul kat sini. Pastikan pakai topi atau bawa payung. Air mineral pun kami dah standby awal. Kasut pun pakai yang selesa ye. 


Nak pergi ke tempat tinjau hujung sana tu dah tak boleh kerana laluan dah ditutup. Jalan ke situ dah ditenggelami air. 


Sepanjang perjalanan ada nampak plot. Ni plot siput berongan. 


Ni pulak plot Lokan.


Ni video hidupan kat sini. Ada nampak seekor burung yang cantik berwarna-warni tapi tak sempat buat video dah terbang jauh.


Saya ingatkan kawasan sini kena redah air sekali kering je pun. Saya dan Dania dah siap-siap tukar kasut air dan pakai stoking renang. Stoking renang ni dia tak mudah melurut. Ingatkan kena lalu kawasan macam hiking tu. Takut ada pacat. Haha...salah la tekaan saya. Kering je haa lalu atas titi ni. 


Kawasan ni kena turun ke bawah kalau nak ambik gambar. Dania kata cepat la ummi...cepat la...dia dah cemas dah sebab takut-takut ada ular. Dania yang ambik gambar ni dalam takut-takut dia tu. 


Dari depan nak ke menara tinjau ni dalam 300 meter. Saya dan Dania give up la nak naik atas ni. Letih dah jalan-jalan sini pun. Haha.


Ambik gambar kat batu besar ni tapi matahari kat atas terpacak. Tu yang nampak silau ni. Badan pun dah melekit berpeluh. Kalau la duduk hotel mau mandi lagi 1 round. 


Alhamdulilah, kami dah cover Taman Negara Tanjung Piai. Bagi saya lawatan ke sini memang menarik. Sesuai untuk seisi keluarga cuma mereka yang ada anak-anak kecil tu sentiasa mengawasi keberadaan anak-anak anda ye terutama ketika melalui jambatan kayu paya bakau dan yang berdekatan dengan laut. 


Dalam perjalanan, hubby teringin nak beli nenas dah siap kupas tapi berhenti kat gerai jual karipap dan keropok lekor. Buat makan-makan dalam kereta. Panas-panas lagi haa.....tak jumpa lagi gerai nenas siap potong. 


Lepas tu kami jalan dalam kawasan Pontian yang dipenuhi tempat penanaman nenas. Ada la beli nenas untuk keluarga sendiri dan adik-beradik. Harganya murah RM10 dapat 3 biji nenas bersaiz sederhana. Nenas madu katanya. Bila hantar kat adik...dia kata besarnya.....ingat nenas kecik je....saya kata kalau tak boleh habiskan...sedekah je kat kawan2 ofis. Ada juga beli nenas siap potong kat sini. Akhirnya jumpa. 


Cantik kan awan kat sini?. 


Selamat jalan...jumpa lagi....


Next stop ialah Muar. Nanti nak makan mee bandung muar / mee udang. Singgah Masjid Jamek Sultan Ibrahim kat Muar untuk solat. Gambar dalam masjid ni. Cantik tengok lampu klasik tu. Ambik gambar lepas selesai solat la...


Siap ada notis lagi untuk jemaah masjid ni. 


Ni lah rupa Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar. Cantik sangat. Perfect pulak tu dengan awan yang membiru. 


Medan Selera yang kami makan ni tak sure apa namanya tapi orang sini kata tempat pasar tani lama. 


Dania nak Mee Udang tapi Mee Bandung je ada so Mee Bandung boleh. Mee bandung ni pun ada banyak udang kecik-kecik tu. 


Saya order mihun bandung. Pun sedap. Ada juga udang kecik-kecik 5 ekor kot. 


Tak sah kalau datang Johor tak makan otak-otak. Makan 3 keping je seorang 1 keping. Tak ambik banyak sebab order yang lain jugak.  


Satay pun ada. Order cuma 5 ayam dan 5 perut. Kuah kacang dia sedap. 


Sebelum bertolak balik rumah, singgah lagi Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Selesai semua barulah bertolak balik. Bye bye Muar....Bye Bye JDT....kita jumpa lagi nanti...

Ni lampu kat Muar ni. Warna warni gitu. 


 Tiba rumah dalam jam 10.30 malam....alhamdulilah...perjalanan kami dipermudahkan....



XOXO,
Ezna

22 ulasan:

  1. cantik lah baju u satu suit tu...sweet and nice!
    errr i sama mcm dania bab phobia ular tuuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab warna dia sweet sangat la i pun suka. Hehe. Dania kalau bab ular....hari tu i usik dia lepas tu nasib baik la hubby i pegang camera tu kuat...idak mau jatuh camera tu.

      Padam
  2. Bestnya tanjung piai. Sempat singgah tak kedai kopi viral kat situ nama dia Kopi Tenggek tak silap. Haritu gi, tutup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Viral ke?. Masa lalu ke situ ada nampak kopi tu...lepas tu hubby nak singgah la masa balik...sekali tutup la pulak....

      Padam
  3. banyak betul tempat best kat johor tu. teringin nak ke tanjung piai & cuba kopi tenggek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye next time boleh cuba kopi tenggek tapi nak pergi ke area tanjung piai ni 1 jam jugak dari JB.

      Padam
  4. wow we cant wait to visit medan selera larkin bomba to try the nasi campur!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi campur biasa je rasa dia....you should try kacang pool instead.

      Padam
  5. Wah.. trip to JDT, best tu jln2 cari makan, rindu nak pg johor, arwah mak org johor sblm kawin mmg selalu blk johor nti blhlah pg johor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh mesti terer ni area Johor. Ni pun tengok review orang je ni nak jalan2 sana.

      Padam
  6. seronoknya jalan2 dengan keluarga. saya dah lama tak jumpa family, nanti bolehlah plan jalan2 mcm ni hehe :)

    BalasPadam
  7. Wow best nyer, i plan nak pergi ke Taman Negara Tanjung Piai middle of this year.

    BalasPadam
  8. Best nya jejalan! Tanjung Piai pun salah satu dlm wishlist kita. Tapi x sampai2 lagi. malas nya nak egrak jauh dr Penang ni huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huii Penang ke Johor...jauh juga tu kan?. Tapi one fine day boleh la ke Tanjung Piai tu bawa anak2. Banyak hidupan kat sana.

      Padam
  9. Betul2 takluk JDT nie.. Dari lokasi di Tanjung Piai & makanan famous kat JDT pun dia cuba dan tapau habiss.. nmpk menarik mee bandung Muar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali kita jalan2. Hehe. Mee Bandung tu memang sedap!

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...