Khamis, Disember 30

Barang yang ditunggu-tunggu | J&T punya angkara

Inilah barang yang saya tunggu punya lama untuk reach saya. 15 hari ye....15 hari....kalau ikutkan tarikh saya order ialah pada 4 Disember 2021, Famsy perlu 10 hari untuk siapkan order (Bagi saya untuk order siap selama 10 hari ni lama sangat sebab saya order cuma 2 bukan bulk order). Order saya siap 14 Disember 2021. Saya dah beritahu Famsy supaya order saya reach saya sebelum saya pergi bercuti pada 18 Disember 2021. Confident betul Famsy kata courier partner dia boleh fulfilled sebelum tarikh saya bercuti. 

Tup tup saya balik rumah selepas bercuti 21 Disember 2021 pun barang masih tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu sampai 29 Disember 2021 masih hampa. Kemudian saya google la cari owner J&T ni. Rupanya organisasi syarikat kurier ni berasal dari Indonesia. Tahu tak?. Saya pun baru tahu. Bukan syarikat kurier berasal dari negara kita rupanya. 

Terjumpa IG owner dia....letak pulak perkataan rendah hati...apa lagi saya pun tinggalkan komen kat sini. Hehe. Geram sangat kan?. Ayat saya tidak la ada perkataan yang tak elok cuma tunjuk ketidakpuasan hati saya je. 


Sebab saya komen IG owner dia ke malam tadi?. Laju pulak kurier ni tiba kat saya. 😆. Boleh pun kan?. Terkejut bila hubby yang baru balik surau cakap, eh ada bungkusan. Beli apa?. Saya dah tak terfikir apa dah mesti bungkusan Famsy yang saya tunggu-tunggu ni. Lama ohhhh mereka deliver tu. Pick up dari Famsy dari 15 Disember lagi....tiba kat saya 30 Disember 2021. Bersyukur akhirnya selamat tiba ke pangkuan saya tapi setelah 15 hari la ye???.
 

Servis macam ni la saya tak suka. Dah la sekarang ni musim hujan. Main letak je atas tembok. Pulak tu takde sms ke whatsapp ke call ke kata barang dah sampai. Dia buat macam touch and go je. Ambik gambar untuk purpose upload kat website dia je konon dah selesai deliver barang. 

Ni saya ambik gambar dalam website J&T.  


Bagi pihak Famsy pulak tak habis update saya status parcel saya ni ha. Bagus tu bagus la....


Tapi.....yang angin....barang customer tak tiba lagi tapi dah siap suruh tulis review pengalaman kita. You alls rasa?. Dah tentu la saya tulis pengalaman muka sedih tu. Bagitahu la barang tak tiba lagi dan stop tanya saya dan suruh review ni....eiiii angin la jugak kan?. 


Eh eh eh tup tup 29 Disember 2021 suruh saya review lagi barangnya.....hello barang tak tiba lagi la Famsy sayang........29 Disember 2021 untuk rekod....barang masih ding dong entah kat mana. Malas dah nak check kat website J&T sebab selalunya result dia pasti hampa.  Selalu update on hold disebabkan external factors. Entah apa maksud J&T ni. 


Ni lah barang yang saya beli. Straw Hat saya dan Dania. Memang cantik dan murah la bagi saya sebab harganya RM35/hat. Boleh pilih twilly nak warna apa. Siap boleh ukir nama juga. Selalunya agak mahal straw hat ni kalau survey kat online. Saya cakap dengan hubby ingat nak pakai kat pantai hari tu tapi tak kesampaian. Agaknya sebab kesian....ok nanti kena pergi bercuti tepi pantai la. Hooray.....(tapi....entah bila la tu? 😏)

Apa pun bersyukur la selamat tiba topi pantai ni ha....dalam keadaan yang baik. Alhamdulilah. Journey nak mendapatkan topi ni yang tak berapa nak gemar. 


Nak guna ke voucher yang Famsy bagi sebab barang mereka lambat tiba?. 😑

Hmmm nak kena fikir 10 kali kalau mereka masih menggunakan J&T sebagai rakan kurier mereka. Mau sakit jantung lagi nak deal dengan barang lambat tiba.....you alls sanggup ke? 



XOXO,
Ezna


12 ulasan:

  1. Topi tu nice sangat. Saya pun suka pakai topi mcm tu.. klu keluar pergi pantai pakai la... Tapi memandangkan covid masih ada.. dah tak keluar sgt sekarang

    BalasPadam
  2. cantiknya topi tuuuu silalah pergi cuti2 msia sekali lagi hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Topi ni cantik...malangnya tiba lewat. Haha....Insya allah akan ada percutian nanti lepas ni. Hehe....

      Padam
  3. cantekkkk topi strap ni.. suka tgk.. yapi mmg panaa juga dengan servis penghantaran mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panas Ayu...memang masalah kot J&T ni. Even orang Indonesia pun komplen kat IG owner J&T.

      Padam
  4. Thanks for the review, the hat looks good and cute. Sometimes the currier may be sending late due to some reasons, but if the goods is not urgent, we only can wait for it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. But I cannot wait such a long time to receive it. 15 days?. Are you willing to wait?.

      Padam
  5. From Indonesia eh? maybe sebab tu it takes a long time to reach you. However, the business owner should write that on their website. So that pembeli x tertanya2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Company ni dari Indonesia tapi penghantaran based kat Malaysia. Masa pergi Johor, banyak I nampak office J&T. Maybe I geram sangat then asyik nampak je kat mana2. Haha.

      Padam
  6. The hats are so pretty and perfect for holiday, hopefully the courier company can improve their services.

    BalasPadam
  7. Saya dah banyak kali pengalaman dengan J&T tapi sekarang kat sini makin improve service mereka... Tapi cantik lah topi tu bestnya....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...