Mulanya tak tahu nak makan kat mana. Last minute punya plan ni. Kalau ikutkan nak makan kat tempat biasa je. Hubby kata makan la kat tempat lain pulak. Saya ni jenis kalau suka satu tu kat situ je la makannya. Hehe. Saya survey la sana sini. Ada whatsapp kat beberapa tempat kemudian yang Subak ni balas dan ada pula set up meja. Nampak menarik juga. Tak pernah lagi set up meja. Jadi nak kelainan saya pun booked yang ada set up meja.
Lepas maghrib kami pun menuju ke sini cuak betul la kawasannya berbukit. Ye lah nama pun Bukit Lanjan. Pulak tu macam kat hujung je dan gelap je kawasan ni. Masa kami pergi pun hujan macam tak berhenti. Sementara nak tunggu meja, ambik dulu la gambar Dania kat sini. Kawasan ni terang sebab banyak lampu jadi gambar pun jadi terang malam-malam ni.
Setibanya kami ke meja, inilah hiasan bunga yang ada atas meja. Subak dah bagitau awal2, stok bunga ros merah takde jadi dia akan gantikan dengan bunga lain. Saya whatsapp balik saya tak kisah bunga apa. Nampaknya kat atas meja ada taburan kelopak bunga ros dan dalam pasu kaca ada bunga daisy warna merah dan pink. Ni pun dah cukup lawa bagi saya. Saya minta Subak hias kat tengah2 je sebab kami datang bertiga. Biasanya nak romantik ni datang berdua je. Ishhh yang seorang ni memang selalunya tak tinggal la. Ada 2 lilin. Memang ni candle light dinner anniversary kami yang ke 18 tahun.
Sebelum makan ambik gambar untuk kenang-kenangan la. Pandai la photographer ummi ni.
Tema malam ni hitam, putih dan biru. Melambangkan warna suka duka pahit manis kami bersama.
Gambar photographer ummi pulak.
Tibalah masanya dapat makanan yang kami order. Ni pilihan Dania. Spaghetti Bolognaise.
Saya pilih fish and chips. Sedap juga rasanya.
Ni hubby punya Subak's style grilled chicken.
Bila dah selesai makan, minta staff situ ambik gambar sebab ada port yang cantik sangat ambik gambar macam kat sini. Kanan dan kiri ni kolam ikan. Lepas tu ada lampu ala tanglung dan lampu kecik2 ni dengan akar pokok berjurai macam langsir. Bergambar atas titi kat tengah ni sambil pegang bunga kat meja kami.
Rasanya akar ni dari pokok yang menjalar ni.
Ni apasal ni. Tidur ke ni? 😆
Kalau nak kan kelainan untuk makan malam sambutan anniversary atau hari jadi atau nak celebrate apa-apa pun boleh tengok seleksi harga dekorasi meja. Harga ni tak termasuk makan ye. Diulangi....tak termasuk makan. Ada kes orang depan kami, couple ni kat cashier, total bill RM500++. Kemudian macam rungsing. Nampak macam whatsapp orang dan macam nak guna kad pun tak lepas. Tak tahu apa masalah atau mungkin mereka ingat pakej dekorasi ni termasuk food jugak. Mungkin deko kaw kaw lepas tu makan kaw kaw terus terkejut tengok harga total.
Bersyukur dengan apa yang ada. Mensyukuri walau kita dapat rezeki sikit. Insya allah kita akan dapat rezeki yang lebih besar lagi. Dalam perkahwinan ni kena ada gift and take selalu. Macam2 dah kami lalui baik pahit atau manis. Moga ikatan kami ini diberkatiNYA sehingga ke syurga....insya allah.
14 Disember 2003 - 14 Disember 2021
Kalau nak tahu alamat Subak Restaurant ni :
Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
019-7981465
XOXO,
Ezna
Pernah tgk tmpt ni sbb ada kwn pernh celebrates special event mcm anniversary dan birthday kt sini..nice..anyway happy anniversary ezna dan husband..smoga bahagia till jannah
BalasPadamBaru tahu kewujudan tempat ni Amy. Food dia harga dia tak la murah sangat tapi sebab suasana dan meja yang dihias yang buat special.
PadamTerima kasih Amy ;)
Congratulations! Happy Anniversary to you and your hubby. May you guys be blessed always. This Subak restaurant looks awesome for family dining. Glad you guys had a great celebration.
BalasPadamwahh berbaloi juga.. tgk arrangements meja dan makanan nampak esklusif... boleh bg hint kat my hubby jugak ni hehe
BalasPadamHappy Anniversary! 18 years.. mesti ada so much tips to share with us yang masih baru-baru lagi ni :)
BalasPadamBest nyer restaurant ni, sangat cozy and romantik plus makanan pun nampak sedap, especially their Spaghetti Bolognaise.
BalasPadamHappy Anniversary this is such a lovely restaurant love the packages that enable us to have romantic decorations for the memorable event.
BalasPadam